BTC USD 100,953 Gold USD 2,662.09
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Ayam Kalio Pembuka Selera Iftar

TXT

CG Super Hardcore Club
gemgemgemgemgemgem
Messages
450,281
Paid Membership
Joined
Mar 15, 2010
Messages
450,281
Reaction score
36,620
Points
2,836
Awards
2

Ayam kalio pembuka selera iftar​



20 Mac 2024 08:45am


2582068.jpg

Cef menunjukkan antara resipi istimewa iaitu masakan ayam kalio.


MELAKA - Mungkin ramai yang tidak mengetahui juadah ayam kalio sebenarnya sinonim dengan masakan yang berasal dari Minang, Indonesia.

Menyedari hal itu, Grand Swiss Belhotel terletak di Jalan Hang Tuah, di sini, menonjolkan menu terbabit sebagai salah satu juadah istimewa berbuka puasa sepanjang Ramadan kali ini.

Menurut Cef Chua Jin Hong, masakan yang menggunakan lebih lima ekor ayam setiap hari adalah hidangan tradisional Indonesia terdiri daripada ayam direneh dalam santan.

Menurutnya, menerusi proses adunan itu, ia kemudian digaul bersama campuran rempah ratus termasuk kunyit, serai, bawang putih dan halia.

2582067.jpg

Ayam kalio sinonim dengan penduduk Melaka yang gemarkan hidangan pedas dan berlada.


Katanya, ayam kalio lazimnya dihidangkan bersama nasi kukus, sekali gus menjadikannya hidangan lebih lazat dan mengenyangkan bukan sahaja ketika iftar malah sesuai untuk sebarang jenis majlis.

“Hidangan ini terkenal dengan rasa sedikit kepedasan yang menambah lagi keenakannya apabila dimakan bersama nasi yang masih panas.

“Jadi rasanya yang pedas sangat sesuai menjadi hidangan istimewa di negeri ini kerana kebanyakan orang Melaka memang sinonim dengan masakan pedas atau berlada,” katanya.

Ujarnya, masakan itu juga terkenal dalam kalangan masyarakat Minang di Negeri Sembilan, cuma membezakannya hanya cara masakan sama ada inginkan rasa pedas atau kurang mengikut cita rasa sendiri.

Katanya, dengan kelainan menu kali ini yang bertemakan Sajian Ramadan Warisan Tanah Melayu secara tidak langsung peminat masakan Indonesia atau mereka yang mahu menikmati hidang berbeza sudah pasti menu ayam kalio mampu memberi pengalaman unik.

“Selain ayam, masakan kalio juga boleh menggunakan daging,” katanya.


 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register