BTC USD 63,258.7 Gold USD 1,804.71
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awasi tanda2 strok...penyakit ni jangan diambil mudah

haudli

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
Rasa lemah atau kebas secara tiba-tiba pada muka, lengan serta di sebelah bahagian badan adalah antara gejala seseorang itu berkemungkinan diserang strok atau angin ahmar.
Selain itu, penglihatan juga menjadi kabur secara tiba-tiba pada sebelah atau kedua -dua mata.


Tanda-tanda amaran strok
Menurut Perunding Neurologi di salah sebuah hospital di ibu negara, Dr. Lee Moon Keen, strok tidak terjadi begitu sahaja kerana lazimnya terdapat tanda-tanda amaran seperti yang dijelaskan.

Dengan mengenalpasti tanda-tanda ini dan bertindak segera daripada segi perubatan, seseorang individu dapat mengelakkan strok yang akan berlaku ataupun mengurangkan tahap keseriusannya.
Di negara ini katanya, strok adalah pembunuh yang keempat terbesar selepas kanser dan penyakit jantung.
Strok juga penyebab utama ketidakupayaan yang teruk, di mana kos merawat pesakit juga adalah tinggi dan rawatan pemulihan bagi pesakit yang terselamat daripada maut mengambil masa yang panjang serta mahal.

Menerangkan lebih lanjut mengenainya, terdapat dua jenis serangan strok iaitu, strok iskemia dan strok berdarah.
Strok iskemia berlaku apabila darah beku menyekat arteri daripada membekalkan darah ke otak.
Biasanya strok iskemia adalah akibat daripada pengumpulan kolestrol dan puing lain di dalam arteri semenjak bertahuntahun lamanya.

Strok jenis tersebut mungkin disebabkan oleh trombosis serebrum, iaitu apabila darah beku (tombus) terbentuk di dalam arteri utama yang menuju ke otak, menghalang bekalan darah.
Manakala embolisme serebrum berlaku apabila darah beku terbentuk di dalam salur darah di tempat lain dalam badan, contohnya di leher atau di jantung dan bergerak dalam aliran darah ke otak.
Menerangkan mengenai strok berdarah katanya, ia terjadi apabila salur darah di dalam otak atau di sekelilingnya pecah dan menyebabkan pendarahan.
Penyakit tekanan darah tinggi yang lama dan tidak dirawat memberi memberikan tekanan pada dinding arteri, menyebabkan meningkatnya risiko arteri itu pecah dan seterusnya berdarah.
Strok berdarah kemungkinan disebabkan oleh pendarahan intraserebrum, iaitu apabila salur darah pecah di dalam otak.
Manakala pendarahan subraknoid, iaitu apabila salur darah di permukaan otak berdarah dan darah tersebut meresap ke dalam kawasan di antara otak dan tengkorak yang dikenali sebagai ruang subarakanoid.

Menurut Dr. Lee, strok merupakan masalah kesihatan mengancam nyawa yang paling mudah dicegah.

Oleh itu, amat penting bagi seseorang mengetahui dan memahami faktor risiko yang boleh menyebabkan strok.

Sesetengah faktor risiko boleh diubah dan sesetengahnya tidak.
Amat penting katanya, mengingati bahawa mempunyai satu atau lebih faktor risiko yang boleh diubah meningkatkan risiko serangan strok.

Kawalan yang lebih baik terhadap faktor risiko yang boleh diubah dapat mengurangkan risiko strok dengan ketara. Antara faktor yang dikaitkan dengan strok termasuk tekanan darah tinggi, kencing manis, kolestrol tinggi, perokok, diet tidak seimbang dan stres.


Bagaimana strok didianogsis?

Kata Dr. Lee, doktor akan melakukan dianogsis klinikal dengan cara mendapatkan sejarah perubatan pesakit diikuti dengan pemeriksaan fizikal.

Selepas itu doktor akan melakukan ujian bersesuaian yang diperlukan untuk merawat pesakit dengan berkesan. Pengimejan menggunakan imbasan tomogafi berkomputer (CT) dan imbasan gema bermagnet (MRI) membantu doktor merawat pesakit.

Menjelaskan mengenai kesan strok kepada pesakit kata beliau, ia adalah pelbagai. Keupayaan khusus yang akan hilang atau terjejas akibat strok bergantung pada berapa teruknya otak rosak dan di bahagian mana di otak strok berlaku.
Katanya, otak adalah organ yang kompleks yang sangat hebat dan setiap kawasan di dalam otak bertanggungjawab terhadap fungsi atau keupayaan tertentu.

‘‘Oleh sebab otak mengawal kesemua fungsi badan, maka strok mempunyai potensi menjejaskan semua aktiviti seseorang,” ujarnya.
Ditanya pula tentang sejauh mana kepentingan melakukan pemulihan segera terhadap mangsa strok, beliau menegaskan pemulihan segera adalah amat penting dimana setiap mangsa mesti mendapatkan rawatan pemulihan secepat mungkin.

Katanya, semakin cepat terapi pemulihan dimulakan, semakin cepat otak mempelajari semula pergerakan yang normal dan kelewatan akan menyukarkan proses pemulihan.
Terapi pemulihan meliputi fisioterapi, terapi cara kerja, terapi pertuturan dan kaunseling.

Dr. Lee juga menegaskan risiko strok boleh dicegah sekiranya seseorang itu mengamalkan gaya hidup sihat. Antaranya melakukan aktiviti fizikal, pengambilan makanan yang sihat, tidak merokok dan sentiasa melakukan pemeriksaan tekanan darah, selain dapatkan khidmat doktor sebelum mengambil pil kontraseptif.
Beliau turut memberi nasihat jika seseorang itu pernah diserang strok, amat penting membuat pemeriksaan perubatan secara tetap supaya tekanan darah, paras kolestrol dan berat badan dapat diawasi.



sumber dari internet,just google.
 
Sponsored Post

myheart75

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2010
Messages
260
Reaction score
3
Points
20
Bagi kes diatas tak perlu kos mahal,saya dah nampak sendiri 4 orang yg menghadapi masalah seperti ini pulih dan boleh bekerja semula spt sebelum mereka sakit.
 

haudli

CG Top Poster Club
Paid Membership
Joined
Jul 15, 2009
Messages
47,314
Reaction score
442
Points
136
Bagi kes diatas tak perlu kos mahal,saya dah nampak sendiri 4 orang yg menghadapi masalah seperti ini pulih dan boleh bekerja semula spt sebelum mereka sakit.

share kat sini bro..utk sesape yg ade masalah ni mungkin sgt berguna..
 

myheart75

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2010
Messages
260
Reaction score
3
Points
20
share kat sini bro..utk sesape yg ade masalah ni mungkin sgt berguna..
Umur 50an,bekas stroke mulut ada herot sikit,pertuturan tergannggu dan hilang keseimbangan badan telah pulih dalam 45hari.
Rawatan menggunakan herba membersihkan saluran darah,herba menguatkan sel dan membaik pulih sel serta herba utk otak agar oksigen sampai ke saraf2 otak.

p/s kos dalam 550 sebulan ,murah dari kos yg biasa.
 

oscar

Active Member
Joined
Oct 18, 2007
Messages
1,498
Reaction score
2
Points
25
Umur 50an,bekas stroke mulut ada herot sikit,pertuturan tergannggu dan hilang keseimbangan badan telah pulih dalam 45hari.
Rawatan menggunakan herba membersihkan saluran darah,herba menguatkan sel dan membaik pulih sel serta herba utk otak agar oksigen sampai ke saraf2 otak.

p/s kos dalam 550 sebulan ,murah dari kos yg biasa.

kos rm 550 tu, ialah dari start rawatan sampai sembuh yer...lepas tu tk perlu lg rawatan cume jaga kesihatan shj...betul ker mcmtu...estimate baper bulan makan masa baru sembuh..?:D
 

bazsh

Super Active Member
Joined
Jul 8, 2008
Messages
7,020
Reaction score
12
Points
65
Umur 50an,bekas stroke mulut ada herot sikit,pertuturan tergannggu dan hilang keseimbangan badan telah pulih dalam 45hari.
Rawatan menggunakan herba membersihkan saluran darah,herba menguatkan sel dan membaik pulih sel serta herba utk otak agar oksigen sampai ke saraf2 otak.

p/s kos dalam 550 sebulan ,murah dari kos yg biasa.
Herba apa yg digunakan ni bro?
Boleh la share kat sini coz morbidity dr penyakit ini adalah tinggi
Minor stroke ada kemungkinan utk sembuh
Tp major stroke especially yg berdarah boleh membawa maut
 

myheart75

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2010
Messages
260
Reaction score
3
Points
20
share kat sini bro..utk sesape yg ade masalah ni mungkin sgt berguna..
umur 44 tahun,perempuan.kesian kalau dengar citenya.
semasa dia diserang strok di dalam wad ,doktor hanya melihat tanpa tindakkan!
Ketika soalan diajukan kepada doktor terbabit,
doktor memberitahu..

MEREKA TAK DAPAT BUAT APA2 KERANA TIADA UBAT UTK KES NYA **banyak penyakit**(Jantung,kencing manis,buah pinggang peringkat awal dan SLE)
] cuti keja setahun kerana pergerakkan terbatas.
] sebagai iktiar,banyak produk telah dicuba,tetapi tiada perubahan.
( serangan strok pada april 2010)
]Mula makan herba yg sama cuma ada tambahan produk iaitu teh herba kerana dia juga ada kencing manis.

]Baru seminggu mulakan rawatan,alhamdullillah cergas semula.
]3 minggu habis set yg pertama ,dah lapor diri utk keja.(pensyarah maktab)
kos 670 (masih murah dari kos yg doktor beri)
 

myheart75

Fun Poster
Joined
Oct 25, 2010
Messages
260
Reaction score
3
Points
20
kos rm 550 tu, ialah dari start rawatan sampai sembuh yer...lepas tu tk perlu lg rawatan cume jaga kesihatan shj...betul ker mcmtu...estimate baper bulan makan masa baru sembuh..?:D
kos tu utk sebulan, utk kes strok sahaja.
strok melibatkan saluran darah yg tersumbat,otak yg tak terima oksigen dan bila keadaan ini berlarutan lebih banyak kerosakkan yg berlaku.
logikmnya darah yg mengalir membawa bekalan oksigen ke semua organ,bila bekalan tak sampai,apa yg terjadi?
organ akan rosak!1
itu sebab strok perlu dirawat dgn segera.
semakin lama strok dibiarkan tanpa rawatan semakin banyak kerosakkan dan semakin banyak pula kos diperlukan.
kalau baru kos tak banyak sgt dan masa rawatan pun tak lama.
 

fordLASER

Legendary Member
Joined
Mar 22, 2007
Messages
10,806
Reaction score
54
Points
120
penting utk kita mengubah amalan dan cara hidup kita demi orang yg tersayang....
 

eboss

CG Hardcore
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,895
Points
591
setengah jam lagi aku nak bekam lintah pesakit stroke :)
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register