BTC USD 64,644.1 Gold USD 2,385.00
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas!!! Virus Chikugunya telah Kembali!!!!

king_diamond

Legendary Member
gem
Messages
10,160
Paid Membership
Joined
Sep 3, 2008
Messages
10,160
Reaction score
359
Points
131
Berikut adalah petikan dari sebuah laman web :-

Beberapa minggu lalu daerah Rembau dilanda demam Chikungunya , hingga kini masih ada yang di serang demam ini. Mereka katakan demam ini tidak membawa kematian. Tapi ada beberapa teman saya yang penulis kenali meninggal dunia 1-2 hari selepas diserang Chikungunya, mungkin mereka ada komplikasi lain, tak tahulah.


Yang hairan kenapa demam Chikungunya ni suratkhabar, tv tak heboh sangat ? Rakyat pula masih ramai yang tidak menjaga kebersihan , kawasan taman perumahan kotor , longkang tersumbat , semua nak salahkan pekerja perbandaran , walaupun mereka ada tanggungjawab mereka sendiri. Tapi kita sebagai rakyat harus menjaga kebersihan walaupun di tempat awam.


Kemudian rakyat tidak diajar pemakanan untuk mengurangkan sakit demam Chikungunya ini. Pemakanannya ialah sama seperti mereka yang ada sakit sendi , athritis dan sebagainya. Aspirin atau ubat sakit kepala yang selalu diambil hendaklah dijauhi ketika sakit sendi yang kuat. Ada yang sampai tak boleh nak bangun, nak bergerak , nak jalan kalau kena demam ini.


Dua hari lepas isteri teman saya kena Chikungunya di Seremban. Semalam ibu teman saya yang lain di Seremban juga kena. Minggu lepas pekerja di tempat saya kena. Tadi dapat tahu seorang pekerja lagi kena.


Itu yang dilaporkan. Entah berapa banyak lagi yang tidak dilaporkan.


Walaupun Chikungunya ini dikatakan tidak membawa maut , tetapi ianya boleh menjejaskan kehidupan harian , menjejaskan produktiviti. Dan demam ini walaupun dah baik dari demam , sakit sendi dan rasa lemah masih ada dan boleh berulang selama beberapa bulan.


BALA , MUSIBAH , NYAMUK ATAU FENOMENA ALAM SEMULAJADI ?


Marilah kita sama-sama bertaubat dan kembali kepada ajaran Islam. Marilah kita hidupkan masjid dan surau kita dengan solat jemaah dan majlis ilmu. Marilah kita jaga kebersihan rumah kita dan persekitaran. Marilah kita nasihat menasihati, tegur menegur sesama kita.


Sebelum ni kes ini banyak di Melaka, kemudian ke Rembau , sekarang di Seremban , tak tahu lepas ni ke mana pula ?


Beringatlah wahai kaum muslimin, usahlah kita leka dalam mengejar dunia sehingga dilupakan tuntutan agama antara lainnya menjaga kebersihan, bala Allah turunkan bukan hanya disebabkan taqdir, malahan juga disebabkan kealpaan manusia itu sendiri. Usah lah lagha dan lalai. Kita lupa, Allah boleh turunkan bala bila-bila masa sahaja, jadi janganlah lupa diri :D
 
Last edited:
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register