BTC USD 35,546.4 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas produk kosmetik beracun, berhenti dari menggunakannya - KKM

wataktau

Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
424
Points
41
Apalah hukumnya jual produk yang membahayakan kesihatan pengguna ni. Tentu tak berkat kan?
 
Sponsored Post

alas.meja

Fun Poster
Joined
May 31, 2018
Messages
503
Reaction score
108
Points
23
Apalah hukumnya jual produk yang membahayakan kesihatan pengguna ni. Tentu tak berkat kan?

ntah lah bro..
kadang2 aku pn tertanye2 gak..
klo nk kate x berkat, tp kekayaan diorang ni sume makin bertambah..
x boleh nk kate istidraj sbb ade sesetengah diorang ni sume di ketahui selalu buat umrah, kebajikan, beramal..

cth dl qu puteh vida tu pn sangkut sbb produk ade merkuri, tp sblm sangkut tu, die da kaut untung juta2 da..
klo tgk list yg ade tu, tersenarai produk dnars nien cream.. produk ni dnars skincare punye.. yang pengasas meninggal kemalangan baru-baru ni.. arwah mmg di ketahui seorang yg pemurah dan selalu buat amal kebajikan..
 

wataktau

Banned
Joined
Feb 21, 2017
Messages
1,510
Reaction score
424
Points
41
ntah lah bro..
kadang2 aku pn tertanye2 gak..
klo nk kate x berkat, tp kekayaan diorang ni sume makin bertambah..
x boleh nk kate istidraj sbb ade sesetengah diorang ni sume di ketahui selalu buat umrah, kebajikan, beramal..

cth dl qu puteh vida tu pn sangkut sbb produk ade merkuri, tp sblm sangkut tu, die da kaut untung juta2 da..
klo tgk list yg ade tu, tersenarai produk dnars nien cream.. produk ni dnars skincare punye.. yang pengasas meninggal kemalangan baru-baru ni.. arwah mmg di ketahui seorang yg pemurah dan selalu buat amal kebajikan..

apakah sama trend macam kaki2 ambik rasuah tapi suka pergi umrah, ada beberapa biji rumah anak yatim dan selalu buat kebajikan. Alasannya nak cuci dosa.
 

kunang-kunang

Fun Poster
Joined
May 21, 2010
Messages
970
Reaction score
127
Points
23
ntah lah bro..
kadang2 aku pn tertanye2 gak..
klo nk kate x berkat, tp kekayaan diorang ni sume makin bertambah..
x boleh nk kate istidraj sbb ade sesetengah diorang ni sume di ketahui selalu buat umrah, kebajikan, beramal..

cth dl qu puteh vida tu pn sangkut sbb produk ade merkuri, tp sblm sangkut tu, die da kaut untung juta2 da..
klo tgk list yg ade tu, tersenarai produk dnars nien cream.. produk ni dnars skincare punye.. yang pengasas meninggal kemalangan baru-baru ni.. arwah mmg di ketahui seorang yg pemurah dan selalu buat amal kebajikan..

tu la kan kdg sian habis muka org barai dek produk sampah ni..berkat x berkat tu ssh nk tentukan..mngkin rezeki atau nikmat lain yg allah tarek kita x tau..nikmat bahagia..nikmat rumahtangga..
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
34,787 produk kosmetik dirampas sejak 2018 - Dr Dzulkefly

kosmetik.jpg


KUALA LUMPUR: Sebanyak 34,787 unit produk kesihatan tidak berdaftar dan kosmetik tidak bernotifikasi telah dirampas dengan nilai rampasan sebanyak RM63.1 juta sejak 2018 sehingga tahun ini.

Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr Dzulkefly Ahmad berkata, notifikasi penurunan iklan dan sekatan ke atas laman sesawang dan platform e-dagang juga telah diambil terhadap kosmetik dan produk kesihatan yang melanggar undang-undang.

Menurutnya, pelbagai usaha telah dijalankan bagi meningkatkan kesedaran orang awam berkenaan produk kesihatan berdaftar serta kosmetik bernotifikasi melalui pameran, dialog awam, ceramah dan `Kempen Kenali Ubat Anda’ di seluruh negara.

“Orang awam juga dinasihatkan agar menyemak produk yang ingin dibeli, sama ada ia berdaftar atau bernotifikasi.

“Semakan status pendaftaran atau notifikasi sesuatu produk boleh dilakukan dengan melayari laman sesawang www.npra.gov.my atau memuat turun aplikasi ‘NPRA Product Status’ daripada Google Play Store,” katanya di Dewan Rakyat hari ini.

Dr Dzulkefly berkata demikian ketika menjawab soalan Akmal Nasrullah Mohd Nasir (PH-Johor Bahru) yang mahu tahu langkah-langkah penguatkuasaan yang diambil ekoran peningkatan keluaran produk kosmetik dan kesihatan jenama buatan sendiri, di pasaran sejak kebelakangan ini.

Dalam pada itu katanya, aktiviti pengilangan produk-produk kesihatan dan kosmetik dikawal di bawah Akta Jualan Dadah 1952 dan Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Ujarnya, undang-undang ini memperuntukkan bahawa produk-produk kesihatan perlu berdaftar, dan bagi kosmetik perlu bernotifikasi terlebih dahulu, dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah (PBKD), Kementerian Kesihatan, sebelum dikilangkan dan dijual kepada orang awam.

Tambahnya, pengilangan produk-produk kesihatan dan kosmetik hanya dibenarkan dilakukan di kilang-kilang yang dilesenkan oleh KKM bagi menjamin keselamatan produk-produk tersebut digunakan oleh orang ramai.

sumber : astro awani
 

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
3 produk kosmetik ada merkuri dilarang dijual

TIGA produk kosmetik yang didapati mengandungi logam merkuri. FOTO KP Kesihatan


ORANG awam dinasihatkan untuk tidak membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik selepas ia didapati mengandungi logam merkuri.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah dalam satu kenyataan berkata, tiga produk berkenaan adalah Glow Skin White - Brightening Cream; Glow Skin White - Sun Care dan Rzac Beauty Creme 2.

Kenyataan yang dimuat naik melalui laman web kpkesihatan.com itu mengatakan notifikasi produk-produk kosmetik itu telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Katanya, berikutan itu, produk-produk kosmetik terbabit tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia.

"Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), KKM ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

"Merkuri dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan. Ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.

Justeru, Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk-produk kosmetik itu perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Beliau berkata, penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, individu yang melakukan kesalahan bawah peruntukan undang-undang itu boleh dikenakan denda tidak melebihi RM25,000 atau hukuman penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

"Orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA www.npra.gov.my atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store," katanya.

Sumber : myMetro
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,061
Reaction score
305
Points
51
9 produk kosmetik ada racun berjadual

hm88cosmetic_1594789821.jpg


SEMBILAN jenama kosmetik termasuk dua jenama terkenal di Malaysia dikesan mengandungi racun berjadual oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia(KKM).

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, sembilan produk berkenaan ialah Deeja Cosmetics (Laika Cream, Zulai Cream, Yus Cream), Dnars Luvee Cream (Normal & Sensitif) dan Gold Lifthing Serum (Night), Sparkle Beauty Cream dan Sun Day Cream, Qeziger Age-locking Recharging Spot AM Cream dan MS Skinz Night Cream kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti merkuri, hydroquinone, tretinoin dan betamethasone 17-Valerate.

"Kami menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan sembilan produk kosmetik ini.

"Notifikasi produk kosmetik ini sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya sekaligus tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Katanya, produk yang mengandungi betamethasone 17-valerate, hydroquinone dan tretinoin adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

"Penggunaan produk yang mengandungi bahan berkenaan tanpa pengawasan profesional kesihatan dan secara tidak terkawal boleh menyebabkan kesan sampingan yang tidak diingini," katanya.

Dalam pada itu, beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini perlu menghentikan penjualan dan pengedarannya serta-merta manakala penjualan dan pengedaran produk itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

hm88deeja_1594789823.jpg


"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Katanya, orang awam digalakkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA atau melalui aplikasi 'NPRA Product Status' yang boleh dimuat turun daripada Google Play Store.

hm88daycream_1594789826.jpg


Mengulas lanjut, beliau berkata, kesan sampingan bagi hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, kulit menjadi hipersensitif, boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

"Betamethasone valerate pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

"Selain itu, penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari," katanya.

Menurutnya, merkuri pula dilarang dalam produk kosmetik kerana boleh memudaratkan kesihatan malah ia boleh diserap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan buah pinggang dan sistem saraf.

"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Merkuri juga boleh menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit," katanya.


== hmetro
 

hiduprakyat

Active+ Member
Joined
Dec 6, 2010
Messages
4,061
Reaction score
305
Points
51

Jangan beli tiga produk kosmetik beracun

Dr Noor Hisham Abdullah


Kuala Lumpur: Kementerian Kesihatan (KKM) menggesa orang ramai mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk itu ialah Deeja Cosmetic Yulai Cream, Deeja Cosmetic Laila Cream dan Deluxe Beauty – Ultra Lightening Cream Pearl Perfect Fairness yang masing-masing mengandungi hidrokuinon, merkuri dan betametason 17- valerat.

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM. Oleh itu, produk-produk kosmetik tersebut tidak lagi dibenarkan untuk dijual di Malaysia," katanya dalam kenyataan hari ini.

Dr Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hidrokuinon dan betametason 17-valerat adalah ubat yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat ahli profesional kesihatan.

Produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hidrokuinon boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

"Ia juga boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV merbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit," katanya.

Betametason 17-valerat pula boleh menyebabkan bahagian kulit muka yang disapu menjadi nipis dan mudah mengalami iritasi, berjerawat, perubahan pada pigmentasi kulit dan meningkatkan risiko untuk diserap ke dalam sistem peredaran darah yang boleh membawa kesan mudarat.

Bagi produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri, bahan itu dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

"Ia juga boleh mengganggu perkembangan otak kanak- kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta kerana melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.


== harian metro
 

lats840

Active+ Member
Joined
Mar 15, 2009
Messages
2,671
Reaction score
611
Points
81
Ni bukan product yg slalu keluar iklan kat thr gegar tu ke?
Gila la.. Promote bagai nak rak, last2 beracun...
Allahuakbar.... Seram lak...

Nak salah kan siapa ni..
Founder tak buat research ke?
Ke beracun sbb tak register dgn kkm?
Kesian kat org yg dh pakai...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register