BTC USD 35,546.4 Gold USD 1,764.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas produk kosmetik beracun, berhenti dari menggunakannya - KKM

Ms Senorita

Active Member
Joined
Mar 31, 2014
Messages
1,640
Reaction score
325
Points
41
KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) hari ini menggesa orang ramai agar mengelakkan dari membeli dan menggunakan beberapa produk kosmetik yang didapati mengandungi racun berjadual yang mampu memberikan kesan mudarat jika digunakan.


Kementerian itu berkata tujuh jenis produk yang dikenal pasti itu dipercayai mengandungi bahan beracun seperti hydroquinone, tretinoin dan merkuri.


Susulan itu, notifikasi berkaitan produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.


"Bahan beracun tersebut mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, menghalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser.


"Produk kosmetik yang dicampurpalsu ini juga boleh memudaratkan kesihatan disebabkan bahan beracun yang dicampur dengan produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menjurus kepada kerosakan buah pinggang dan sistem saraf," menurut satu kenyataan yang dikeluarkan.


Susulan itu penjualan produk ini telah dilarang serta merta kerana telah melanggar Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.


Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 dan penjara tidak melebihi 3 tahun untuk kesalahan pertama, manakala denda tidak melebihi RM50,000 dan penjara tidak melebihi 5 tahun untuk kesalahan-kesalahan yang berikutnya.


Justeru mereka yang sedang menggunakan produk-produk kosmetik ini dinasihatkan untuk menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat ahli kesihatan yang profesional jika terdapat kesan sampingan dan sebagainya.


Orang ramai juga dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi KKM di http://npra.moh.gov.my/.


http://www.astroawani.com/berita-ma...n-ini-berhenti-dari-menggunakannya-kkm-157823

attachment.php

Bahan beracun tersebut dikatakan mampu memberi kesan negatif terhadap kulit seperti timbulnya kemerahan, ketidakselesaan, mengahalang proses pigmentasi serta meningkatkan risiko untuk menghidap kanser kulit.


attachment.php




Update #13

Dua produk kosmetik mengandungi racun berjadual

ubat_1554117145.jpg


DUA produk kosmetik mengandungi racun berjadual.

ORANG ramai diminta berhenti membeli dan menggunakan dua produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, diphenhydramine.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk berkenaan adalah Bao Fu Ling Snow Lotus Cream dan Bao Fu Ling Skincare Cream

Beliau berkata, notifikasi produk kosmetik berkenaan dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalamnya.

“Produk mengandungi diphenhydramine adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan digunakan untuk memberikan kelegaan sementara bagi kegatalan serta kesakitan akibat gigitan serangga, selaran matahari yang ringan dan kerengsaan kulit.

“Selain itu, penggunaannya tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh mengakibatkan bahagian kulit yang disapu menjadi lebih sensitif kepada cahaya matahari dan boleh menyebabkan kesan alahan teruk,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

Dalam pada itu, Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya dengan serta-merta.

Katanya, penjual diingatkan iaitu penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

“Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan berikutnya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Berikutan itu, Dr Noor Hisham berkata, orang awam yang sedang menggunakan produk kosmetik ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan advers.

Katanya, sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada [email protected].

Pengguna dan orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman web rasmi NPRA http://www.npra.gov.my.

sumber: https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2019/04/439827/dua-produk-kosmetik-ada-racun-berjadual
.


Update #12

30 Jan: Tujuh produk kosmetik telah didapati mengandungi racun berjadual oleh Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM).

Produk-produk tersebut adalah Tati Ultra Treatment, Tati Ultra Night Cream, Deeja Dream Cream, Deeja Wrinkle Cream, ROBISIS -Anti-Acne Whitening Day & Night Cream, Asdanne Whitening Freckle Day Cream dan Fulenze-Whitening Freckle Day Cream.

tati-1024x429.png

deeja-1024x421.png

robisis-1024x506.png

xracun-681x363.png.pagespeed.ic.ofElKlhgVo.webp


Update #11

KKM kenal pasti 17 produk kosmetik beracun di pasaran

logokkm-1.jpg


NASIONAL December 7, 2018 11:39 am

OLEH NADIAH ZAMLUS

SHAH ALAM, 7 DIS: Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan 17 produk kosmetik yang kini berada di pasaran kerana dikesan mengandungi racun berjadual.

Produk berkenaan termasuk ; Nuriz Kosmetik-D’solve Plus; Nuriz Shoppe -Beau One Whitening Cream 3 In 1; Dnars Sunny Cream; Night Cream Dollys Pinky; Nuriz Shoppe – UV Pearl Cream; Nuriz-D’Solve dan NV Anti Blemish Toner 1.

Selain itu, produk lain adalah Dnars Honey Cream; Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus; Dnars Yellow Gold Collagen; GG Pinky Day Cream for Skin; Tati Therapy Cream 1; Tati Therapy Cream 2; Deeja Cosmetic Star Cream; Deeja Cosmetic Vogue Cream; Deeja Krim Nano (Night) dan Miracle White-Brightening Cream.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua premis yang didapati menjual produk kosmetik berkenaan akan disiasat di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Katanya, individu yang didapati bersalah boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama.

“Sementara syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya.

“Sehingga Oktober 2018, sebanyak 280 kes didakwa di mahkamah dengan jumlah denda RM790,000,” katanya dalam kenyataan.

Noor Hisham berkata, KKM melalui Bahagian Penguatkuasaan Farmasi (BPF) turut menjalankan penguat kuasaan ke atas premis yang disyaki melanggar undang-undang.

Katanya, bermula Januari hingga November 2018, sebanyak 142,777 produk kosmetik bernilai RM3.4 juta tidak bernotifikasi termasuk kosmetik yang mengandungi racun dirampas.

FB4E7C3E-5CEA-403C-9A00-506782BE64BD.jpeg


“Orang ramai dinasihat supaya lebih berhati-hati semasa membeli produk kosmetik di pasaran dan tidak mudah terpedaya dengan iklan serta testimonial yang disiarkan di media cetak dan media elektronik.

“Orang ramai termasuk pihak media digalakkan untuk mengemukakan aduan dan menyalurkan maklumat berkenaan produk kosmetik yang meragukan,” katanya.

https://selangorkini.my/2018/12/kkm-kenal-pasti-17-produk-kosmetik-beracun-di-pasaran/


Update #10

Lagi kosmetik beracun

9 OKT: Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) ingin menggesa orang awam untuk mengelak daripada membeli dan menggunakan produk-produk kosmetik berikut kerana dikesan mengandungi racun berjadual seperti di bawah:

9OVQziVd

DpB7P8mV4AArLo4.jpg


https://kpkesihatan.com/2018/10/09/...tik-yang-dikesan-mengandungi-racun-berjadual/


Update #9

Tiga produk kosmetik dikesan racun berjadual, kata KKM

cosmetics-halal2-090813.jpg


Penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984. ― Foto oleh Choo Choy May

KUALA LUMPUR, 24 Feb ― Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata produk tersebut ialah GG Pinky Day Cream for Skin, Tati Therapy Cream 1 and Tati Therapy Cream 2.

“Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Beliau berkata produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan daripada penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang mengurangkan perlindungan kulit daripada pancaran sinar UV berbahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit,” katanya.

Dr Noor Hisham berkata produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan tretinoin biasanya dipromosikan untuk tujuan merawat masalah jerawat dan membantu mengurangkan kedutan.

Namun begitu, beliau berkata penggunaan tanpa pengawasan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari.

Bagi produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan merkuri, beliau berkata ia boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf.

“Ia juga boleh menganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan. Selain itu, pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu,” katanya.

Penggunaan produk yang mengandungi merkuri, kata beliau, boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit.

Dr Noor Hisham berkata penjual dan pengedar produk-produk kosmetik ini diberi amaran supaya menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut dengan serta-merta.

Beliau bekata penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik ini melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Individu yang melakukan kesalahan di bawah Peraturan-Peraturan ini boleh didenda maksimum RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda maksimum RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya bagi kesalahan-kesalahan berikutnya, katanya.

“Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya,” katanya.

Maklumat lanjut boleh didapati dengan menghubungi di talian 03-78835400 atau emel ke [email protected]. ― Bernama

sumber: http://www.themalaymailonline.com/p...-racun-berjadual-kata-kkm#erH0WdLIjsxOyTFh.99

.


Update #8

GG Pinky Day Cream for Skin, Tati Therapy Cream 1 and Tati Therapy Cream 2

23218kpkesihatan1_cropped_1519400079.jpg



Update #7

Lagi 3 produk beracun

KUALA LUMPUR - Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan tiga produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual, merkuri, hydroquinone dan tretinoin, yang tidak dibenarkan dalam produk kosmetik.[/B]

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, produk tersebut ialah GG Pinky Day Cream for Skin, Tati Therapy Cream 1 and Tati Therapy Cream 2.

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, KKM berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan," katanya.

Dr. Noor Hisham berkata, produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.

Beliau berkata, produk kosmetik yang dicampurpalsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif. - Bernama


http://www.kosmo.com.my/terkini/tiga-produk-kosmetik-dikesan-mengandungi-racun-1.615052


Update #6

Produk Sejagat Global Resources iaitu Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus, produk Onew Cosmetics iaitu Dnars Day Cream serta produk Arriana Rose Beauty Rersources iaitu Luffiya Night Cream 1 dan 2 pula dikesan mengandungi hydroquinone dan tretinoin.

image.jpg


Update #5

KKM kesan 5 lagi produk kosmetik beracun

DNARS%20HONEY%20CREAM-800x800.jpg


KUALA LUMPUR: Kementerian Kesihatan menasihatkan orang ramai supaya mengelak daripada membeli dan menggunakan lima produk kosmetik yang dikesan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.[/B]

Dalam satu kenyataan, Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr Noor Hisham Abdullah, berkata produk itu ialah Dynars Honey Cream, Moleek Skincare Anti Pigmentation Cream Plus dan Luffya Night Cream 1 yang mempunyai hydroquinone dan tretinoin sementara Dynars Yellow Gold Collagen dan Luffya Night Cream 2 dikesan mempunyai merkuri.

"Notifikasi produk-produk kosmetik terlibat telah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi, Kementerian Kesihatan berikutan pengesanan bahan racun berjadual dalam produk berkenaan.

"Produk yang mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya.

Dr Noor Hisham berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik ini diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk terbabit serta-merta.

"Penjual adalah diingatkan bahawa penjualan dan pengedaran produk kosmetik ini adalah melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Orang awam yang sedang menggunakan produk ini dinasihatkan untuk segera menghentikan penggunaannya dan mendapatkan nasihat dari ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan," katanya.

Pengguna dan orang ramai boleh menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik di laman web rasmi Bahagian Regulatori Farmasi Negara (NPRA) di http://npra.moh.gov.my/.


https://www.bharian.com.my/berita/n...-kesihatan-kesan-lima-produk-kosmetik-beracun


Update #4

4 produk ini beracun

krim_cropped_1513853298.jpg

Empat produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin. FOTO ihsan NPRA

BAHAGIAN Regulatori Farmasi Negara (NPRA), Kementerian Kesihatan mengesan empat produk kosmetik tempatan mengandungi racun berjadual iaitu merkuri, hydroquinone dan tretinoin.

Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata, empat produk berkenaan ialah termasuk Nuriz Shoppe -Uv Pearl Cream, Nuriz- D'solve, Aura Gorgeous Night Cream dan NV Anti Blemish Toner 1.

Menurutnya, notifikasi produk kosmetik itu sudah dibatalkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi berikutan pengesanan bahan racun berjadual di dalam produk berkenaan.

"Orang ramai dinasihatkan tidak membeli dan menggunakan produk itu malah perlu segera menghentikan penggunaannya serta mendapatkan nasihat daripada ahli profesional kesihatan jika mengalami sebarang ketidakselesaan atau kesan sampingan.

"Ini kerana produk mengandungi hydroquinone dan tretinoin adalah produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, penjual dan pengedar produk kosmetik itu diberi amaran untuk menghentikan penjualan dan pengedarannya serta merta kerana ia tertakluk kepada Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

"Individu yang melakukan kesalahan di bawah peraturan ini boleh dikenakan hukuman denda tidak melebihi RM25,000 atau penjara tidak melebihi tiga tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan pertama dan denda tidak melebihi RM50,000 atau penjara tidak melebihi lima tahun atau kedua-duanya untuk kesalahan-kesalahan berikutnya.

"Syarikat yang melakukan kesalahan boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 untuk kesalahan pertama dan denda sehingga RM100,000 untuk kesalahan berikutnya," katanya.

Beliau berkata, pengguna dan orang ramai dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my.

"Sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh diemel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400," katanya.


https://www.hmetro.com.my/mutakhir/2017/12/295801/empat-produk-ini-beracun


Update #3

7 produk kosmetik diharamkan serta-merta


Update #2

Tujuh produk kosmetik mengandungi racun

image.jpeg


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sebanyak tujuh produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Nuriz Kosmetik - De'solve Plus, Nuriz Shoppe -Beau One Whitening Cream 3 In 1, Cantiqa Face Toner, Rzac Platinum Toner, Magic Cream, Dnars Sunny Cream dan Night Cream Dollys Pinky.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.


Katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan daripada penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang merupakan perlindungan kulit daripada pancaran sinar lembayung ungu (UV) yang bahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

“Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” ujarnya.

Beliau memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu dengan serta-merta kerana penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Tambahnya, sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh di emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wil...etik-mengandungi-racun-1.537357#ixzz4vP6EdBQg
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

Attachments

  • mekap 1.jpg
    mekap 1.jpg
    16.5 KB · Views: 219
  • mekap 2.jpg
    mekap 2.jpg
    159.2 KB · Views: 222
Last edited:
Sponsored Post

onewafer

Legendary Member
Joined
Feb 5, 2014
Messages
10,571
Reaction score
258
Points
131
Elok la denda sykt yg mengupah pengilang &
pembekal produk ni drp mendenda peruncit
& pembekal kecil yg untung tak seberapa.



.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
80,927
Reaction score
12,969
Points
1,906
Malaysia ni tak habis habis dengan isu produk yg guna bahan yg membahayakan kulit...
dah larang penggunaan produk yg ni, yg tu pulak muncul...
sestengah pengguna ni tak kisah bahan apa yg ada dlm produk skincare diorang
 

Jedi

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 15, 2009
Messages
42,874
Reaction score
1,914
Points
201
Tak pernah beli.
 

azarulez

Super Active Member
Joined
Jul 9, 2008
Messages
8,358
Reaction score
1,154
Points
151
tiap kali keluar berita macam ni..mesti ada nama dnars. patutnya KKM dah ambil tindakan lebih tegas kat dnars ni.
 

cre8tive

Legendary Member
Joined
Oct 14, 2008
Messages
17,158
Reaction score
614
Points
161
Sykt ikan bilis pi kaut. Walhal sykt besar yg buat contract manufacturing bebas lg meracun rakyat mesia anak bini kakak makcik kitorg.
 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
23,849
Reaction score
2,449
Points
201
semua barang anak2 melayu.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,279
Reaction score
4,504
Points
601
Tujuh produk kosmetik mengandungi racun

image.jpeg


KUALA LUMPUR 13 Okt. - Sebanyak tujuh produk kosmetik dikesan mengandungi racun berjadual iaitu Nuriz Kosmetik - De'solve Plus, Nuriz Shoppe -Beau One Whitening Cream 3 In 1, Cantiqa Face Toner, Rzac Platinum Toner, Magic Cream, Dnars Sunny Cream dan Night Cream Dollys Pinky.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, racun-racun berjadual yang dikesan di dalam produk-produk berkenaan adalah merkuri, hydroquinone dan tretinoin yang merupakan produk farmaseutikal yang perlu berdaftar dengan Pihak Berkuasa Kawalan Dadah dan hanya boleh digunakan dengan nasihat profesional kesihatan.


Katanya, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan hydroquinone boleh menyebabkan kemerahan pada kulit yang disapu, ketidakselesaan, perubahan warna kulit yang tidak diingini, malah kulit menjadi hipersensitif.

“Kesan daripada penggunaan hydroquinone boleh menghalang proses pigmentasi (depigmentasi) yang merupakan perlindungan kulit daripada pancaran sinar lembayung ungu (UV) yang bahaya dan boleh meningkatkan risiko kanser kulit.

“Penggunaan tretinoin tanpa pengawasan profesional kesihatan boleh menyebabkan bahagian kulit yang disapu menjadi kemerahan, tidak selesa, pedih, mengelupas dan hipersensitif kepada cahaya matahari,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Menurut Noor Hisham, produk kosmetik yang dicampur palsu dengan merkuri boleh memudaratkan kesihatan kerana merkuri yang terkandung dalam produk kosmetik boleh menyerap masuk ke dalam badan dan menyebabkan kerosakan pada buah pinggang dan sistem saraf serta boleh mengganggu perkembangan otak kanak-kanak yang masih kecil atau yang belum dilahirkan.

“Selain itu, kesan mudarat akibat pendedahan kepada merkuri boleh juga dialami oleh orang sekeliling terutamanya kanak-kanak apabila produk kosmetik yang mengandungi merkuri yang disapu pada kulit meruap dan dihidu.

“Bayi dan kanak-kanak kecil boleh terdedah kepada merkuri apabila mereka menyentuh produk kosmetik yang mengandungi merkuri atau orang yang menggunakan produk kosmetik tersebut dan kemudiannya memasukkan jari-jari mereka ke dalam mulut. Penggunaan produk yang mengandungi merkuri boleh juga menyebabkan ruam, iritasi dan perubahan lain pada kulit,” ujarnya.

Beliau memberi amaran kepada penjual dan pengedar produk-produk kosmetik tersebut untuk menghentikan penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik itu dengan serta-merta kerana penjualan dan pengedaran produk-produk kosmetik tersebut melanggar Peraturan-Peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984.

Tambahnya, sebarang pertanyaan berkaitan produk kosmetik boleh di emel kepada [email protected] atau menghubungi talian 03-78835400. Pengguna dan orang ramai adalah dinasihatkan untuk menyemak status notifikasi sesuatu produk kosmetik dengan melayari laman sesawang rasmi NPRA http://npra.moh.gov.my/. - UTUSAN ONLINE

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/berita/wil...etik-mengandungi-racun-1.537357#ixzz4vP6EdBQg
© Utusan Melayu (M) Bhd
 

pecot85

CG Top Poster Club
Joined
Jan 11, 2009
Messages
27,973
Reaction score
826
Points
161
jadilah pengguna yg bijak.. Guna bahan semula jadi lagi bagus.. Murah/selamat/berkesan
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register