- Joined
- Nov 29, 2007
- Messages
- 85,652
- Reaction score
- 1,894
- Points
- 591
KUALA LUMPUR - Penyakit 'jarang jumpa' kini melanda satu dalam 4,000 bayi yang dilahirkan di Malaysia, menurut Penasihat Penyakit-penyakit Genetik Hospital Universiti Malaya, Dr. Juliana Lee.
Beliau berkata, terdapat beribu-ribu jenis penyakit tergolong sebagai penyakit 'jarang jumpa' dan ubat untuk merawatnya sukar didapati atau terlalu mahal.
"Antara penyakit jarang jumpa ialah tulang rapuh, distrofi otot Duchenne (DMD), Sindrom Prader-Wille (PWS) dan penyakit metabolik," katanya di sini semalam.
Menurutnya, ia merupakan penyakit genetik yang boleh mengakibatkan kematian atau membantutkan pertumbuhan kanak-kanak dari segi fizikal dan mental.
"Susahnya penyakit ini selalunya tidak dapat dikesan pada awal kelahiran.
"Ada penyakit yang hanya dapat dikesan setelah kanak-kanak itu berumur empat atau lima tahun, contohnya penyakit PWS, apabila kanak-kanak terbabit membesar dan mengalami defek pada otot dan fungsi badan yang lain, sehingga terpaksa menggunakan kerusi roda," katanya.
Beliau berkata, dalam kebanyakan kes, ramai pesakit terutamanya kanak-kanak meninggal dunia akibat kelewatan mengesan penyakit dan mendapatkan rawatan yang sewajarnya. - Bernama
Macam2 balak dah dok mai kat dunia hari ini