BTC USD 60,189.0 Gold USD 1,792.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AWAS!!! Penculikan di Jaya Jusco AU2 Keramat

man_spaq

Super Active Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
5,865
Reaction score
16
Points
65
Berikut adalah email yg telah diforwardkan oleh seorang Hamba ALLAH di emel saya:-


Assalamu'alaikum wbth.

Semoga saudara sekalian dalam rahmat dan inayah Allah.

Saya ingin berkongsi sedikit peristiwa mencemaskan yang berlaku kepada seorang rakan saya bar-baru ini.

Pada malam Jumaat 29/10/2010, rakan saya dan isteri hampir-hampir kehilangan anak lelakinya yang berusia setahun lebih di Jaya Jusco AU2, Keramat, KL.

Menurut rakan saya ini, peristiwa berlaku sekelip mata. Anaknya berjalan sentiasa di hadapan beliau dan dalam jangkauan tangannya. Cuma ketika di kawasan pakaian, anaknya ini dengan pantas berlari masuk ke celah-celah pakaian. Rakan saya ini cuba menangkap, tetapi terlepas. Beliau kemudianb segera masuk ke celahan pakain itu mencari anaknya tetapi tidak berjumpa.

Peristiwa ini berlaku dalam jangkaan berberapa saat sahaja. Beliau dan isterinya yang sedang sarat mengandung cuba mencari di kawasan sekitar, namun gagal. Habis semua pakaian diselak dengan bantuan beberapa orang pekerja JJ. Pihak pengawal keselamatan juga dimaklukan dan mereka mengarahkan semua pengawal mencari dan mengawal ketat kesemua pintu keluar.

Selepas lebih kurang hampir dua jam, anaknya kemudian dijumpai di kawasan permaian kanak-kanak, keseorangan dalam keadaan ketakutan.

Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

Alhamdulillah, berkat doa dan tindakan pantas semua pihak terlibat, usaha jahat wanita itu gagal dan beliau meninggalkan kanak-kanak itu dikawan permainan tanpa mengapa-apakannya.

Peristiwa ini benar-benar menjadi pengajaran kepada rakan saya itu, dan juga saya yang biasa melepaskan anak-anak bermain di JJ sambil berjalan-jalan...

Semoga peristiwa ini juga dapat menjadi pengajaran kepada kita semua agar sentiasa berusaha untuk lebih menjaga/mengawasi anak-anak,dsb, berwaspada serta bertawakal kepada Allah. Dia yang maha melindungi... Wallahu'alam.

p/s : Semoga ianya menjadi ikhtibar agar kita sentiasa berhati2 dgn pelbagai kes jenayah yang melanda Malaysia.. beberapa tahun kebelakangan ini kes jenayah di Malaysia semakin meningkat dari sehari ke sehari..oleh itu, sama-samalah kita menjaga keselamatan masing2 sekiranya ternampak sesuatu yang mencurigakan anda, segeralah memberikan bantuan atau pertolongan dengan memberitahu polis kerana dengan bantuan yg kita hulurkan walaupun sedikit namun mampu menyelamatkan satu nyawa dengan izin ALLAH.....
 
Sponsored Post

ulatjahat

Active Member
Joined
Apr 7, 2008
Messages
1,747
Reaction score
6
Points
35
riso jugak jj ni mmg slalu pegi, kena sentiasa jaga2 la kite semua..
 

BlackPepper

Active+ Member
Joined
Oct 26, 2009
Messages
4,906
Reaction score
50
Points
30
Berdasarkan rakaman CCTV, anaknya itu telah dibawa ke tandas oleh seorang wanita persis warga asing (Indonesia). Wanita itu dipercayai cuba menukar pakaian atau penampilan anak rakan saya itu. Usaha itu gagal kerana tandas penuh. Beliau kemudian kelihatan cuba untuk membawa kanak-kanak itu keluar tetapi gagal kerana setiap pintu keluar telah dikawal ketat oleh pengawal. Beliau juga dilihat membawa kanak-kanak tersebut ke serata tempat di dalam JJ... mungkin cuba mencari jalan keluar.

kt toilet ada cctv gak ke...:eek::eek::-?
 

fizzy86

Super Active Member
Paid Membership
Joined
Feb 14, 2009
Messages
7,376
Reaction score
37
Points
70
kes mcm ni pnh terjadi kat tesco sungai petani.... penculik botakan kepala budak terus...
 

mint

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
huisshh...

minta dijauhkan kejadian ni dari ahli keluarga aku.. :(

aku klau aku dapat pompuan indon yg menculik ni aku pijak sampai mampus.. :mad: :mad:

datang Malaysia menculik anak org..mcm ****!!! :mad: :mad:
 

man_spaq

Super Active Member
Joined
Feb 14, 2009
Messages
5,865
Reaction score
16
Points
65
aku pun selalu gi JJ A2 nih....

sebagai peringatan utk kita semua...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register