BTC USD 42,541.8 Gold USD 1,753.97
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas!! Kiamat hampir tiba!! Updated at 1st Post

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,384
Reaction score
2,797
Points
201

Perang menjelang kiamat​

AL-MALHAMAH Al-Kubra hanya terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi SAW
AL-MALHAMAH Al-Kubra hanya terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi SAW
ANTARA tanda-tanda kiamat adalah terjadinya pertempuran di antara kaum Muslimin yang merupakan tentera Isa AS dan bangsa Yahudi yang menjadi tentera Dajjal pada akhir zaman.

Sehingga pada satu masa pokok-pokok dan batu berkata kepada tentera Islam tentang kedudukan orang Yahudi yang bersembunyi di belakang mereka.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Tidak akan datang hari kiamat sehingga kaum Muslimin memerangi kaum Yahudi dan membunuh mereka, sehingga bersembunyilah orang Yahudi di belakang batu dan kayu, lalu batu dan kayu berkata, 'Wahai orang Muslim, wahai hamba Allah, ini ada orang Yahudi di belakang aku, ke marilah dan bunuhlah dia kecuali pohon al-Gharqad (yang tidak berbuat demikian kerana ia termasuk pohon Yahudi.'" (Hadis Riwayat al-Bukhari)

Siri peperangan di dunia tidak pernah terhenti khususnya melibatkan dua kumpulan besar yang masing-masing mempunyai tujuan tertentu sama ada menguasai atau menghadapi.

Apabila mendengar perkataan 'perang' pasti akan melibatkan nyawa dan kemusnahan yang besar. Kaum Muslimin secara umumnya sudah berperang dengan kaum Yahudi sejak zaman Nabi SAW.

Mereka dapat mengalahkan kaum Yahudi itu dan mengusir mereka dari Jazirah Arab.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Sungguh aku akan mengeluarkan kaum Yahudi dan Nasrani dari Jazirah Arab, hingga tidak ada yang aku biarkan kecuali yang beragama Islam." (Hadis Riwayat Muslim)

Siri peperangan ini akan terus berlaku sehingga peperangan besar sebelum kiamat muncul. Peperangan yang dikenali dengan al-Malhamah al-Kubra ini merujuk kepada perkataan lahm yang bermaksud daging.

Maka al-Malhamah adalah 'daging-daging' yang menggambarkan situasi peperangan dan pembunuhan yang besar berlaku. Disebabkan peperangan ini ramai tentera dan orang awam yang terbunuh.

Al-Malhamah al-Kubra ini hanya terjadi di akhir zaman dan merupakan salah satu daripada tanda kiamat yang dikhabarkan oleh Nabi SAW. Peristiwa ini banyak disebut dalam hadis Nabi SAW dan diriwayatkan oleh ramai ulama.

Baginda SAW bersabda yang bermaksud: "Pemakmuran Baitul Maqdis merupakan tanda kehancuran Yathrib (Madinah), kehancuran Yathrib merupakan tanda permulaan al-Malhamah, permulaan al-Malhamah merupakan tanda pembebasan Kota Kostantinopel, pembebasan Kota Kostantinopel pula adalah tanda kemunculan Dajjal." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Apabila meneliti perbahasan hadis al-Malhamah al-Kubra ini, peperangan yang akan berlaku adalah melibatkan Islam dan Kristian yang merupakan seteru permusuhan yang sudah berlaku pada masa lalu. Bagaimanapun, dalam hadis tersebut, Nabi SAW tidak menggunakan perkataan Nasara (orang-orang Kristian) atau Nasraniyyah (agama Kristian), tetapi mengemukakan nama Rom.

Penggunaan nama Rom ini adalah sebahagian simbol kekuatan golongan Kristian dan Nasrani dan mudah difahamai oleh sahabat Baginda pada waktu tersebut. Pada saat tersebut, golongan Kristian adalah mereka yang mempunyai kuasa besar dan bertapak di Rom melalui Empayar Byzantine. Walau bagaimanapun, Empayar Byzantine Rom telah dimusnahkan oleh Sultan Muhammad al-Fateh ketika pembukaan Kota Kostantinopel pada tahun 1453M.

Menerusi hadis Baginda Nabi SAW, terdapat beberapa peristiwa menjelang berlakunya al-Malhamah al-Kubra.

Antaranya fitnah berlaku berleluasa. Baginda SAW bersabda maksudnya: "Akan berlaku ketika hampirnya al-Malhamah fitnah-fitnah di mana pada masa itu hati seorang lelaki akan mati sepertimana badannya akan mati." (Hadis Riwayat Abu 'Amr al-Dani)

Fitnah yang sedang melanda umat akhir zaman pada hari ini akan terus membarah sehingga menjadi asbab kepada berlakunya kematian dan pembunuhan. Dalam situasi ini, setiap manusia tidak akan terlepas dari pada fitnah sehingga mereka yang berilmu dan beriman juga terpalit dalam fitnah akhir zaman ini.

Dalam masa sama, pasukan tentera Islam mula ditubuh dan diperkuatkan.

Nabi SAW bersabda maksudnya: "Keadaan agama ini akan sampai kepada suatu masa kamu sekalian menjadi tentera yang berpasukan. Satu pasukan di Syam, satu pasukan di Yaman dan satu pasukan di Iraq." Ibnu Hawalah berkata: "Pilihkan untukku (tempat terbaik) wahai Rasulullah, jika aku menemui keadaan tersebut." Lalu Baginda bersabda: "Hendaklah engkau menetap di Syam kerana sesungguhnya ia adalah bumi Allah yang terpilih daripada kalangan hamba-hamba-Nya. Ada pun jika kamu sekalian enggan, maka hendaklah kamu menetap di Yaman dan minumlah dari kolam-kolam air kamu. Sesungguhnya Allah telah menjamin untukku (menjaga) daerah Syam dan penduduknya." (Hadis Riwayat Abu Daud)

Al-Malhamah al-Kubra ini akan terjadi di A'maq atau Dabiq, dua tempat yang berdekatan dengan Halab di Syria dan Antakia di Turki.

Perkara ini bersandarkan kepada Sabda Nabi SAW yang bermaksud: "Tidak akan terjadi hari kiamat hingga bangsa Rom akan turun berhimpun di A'maq atau Dabiq, lalu keluar menghadapi mereka sekelompok askar dari Madinah antara sebaik-baik penduduk bumi ketika itu. Maka tatkala mereka berhadapan, bangsa Rom berkata: "Biarkanlah kami memerangi orang-orang yang mengambil tawanan daripada kami." Kaum Muslimin menjawab: "Tidak, demi Allah, kami tidak akan membiarkan kamu memerangi saudara-saudara kami." Maka terjadilah peperangan antara mereka. Lalu ada sepertiga yang kalah di mana Allah tidak akan mengampuni dosa mereka untuk selama-lamanya dan sepertiga lagi terbunuh sebagai sebaik-baik syuhada di sisi Allah dan sepertiga lagi akan memperolehi kemenangan. Mereka tidak akan ditimpa sebarang fitnah selama-lamanya, lalu mereka akan menakluki Kostantinopel. Kemudian ketika mereka sedang membahagikan harta rampasan perang di mana mereka telah menggantungkan pedang-pedang mereka pada pohon zaitun tiba-tiba syaitan meneriak terhadap mereka: "Sesungguhnya Al-Masih (Dajjal) telah muncul dalam kalangan keluarga kalian," maka mereka pun segera keluar, sedangkan itu hanyalah satu kebohongan. Apabila mereka mendatangi Syam, ia pun muncul. Maka ketika mereka sedang mempersiapkan diri untuk peperangan dan merapikan barisan, tibalah waktu solat. Lalu turunlah Nabi Isa bin Maryam AS, lalu ia mengimami mereka. Apabila musuh Allah (Dajjal) melihatnya, nescaya ia akan mencair sebagaimana garam mencair di dalam air. Seandainya ia membiarkannya sahaja nescaya ia juga akan mencair sehingga binasa, akan tetapi Allah ingin membunuhnya dengan tangannya, lalu baginda memperlihatkan kepada mereka darahnya yang melekat di tombaknya." (Hadis Riwayat Muslim)

Justeru itu, gambaran peperangan besar ini akan berlaku pada ketika kemunculan Imam al-Mahdi dan peperangan yang berlaku sengit sehingga mengambil masa yang agak panjang dan mengorbankan nyawa yang ramai. Walau bagaimanapun, masanya hanya diketahui Allah SWT.

Penulis Pensyarah Kanan, Fakulti Pengajian Bahasa Utama, Universiti Sains Islam Malaysia (Usim)
 
Sponsored Post

nationagainstzionist

Super Active Member
Joined
Oct 17, 2012
Messages
5,907
Reaction score
279
Points
91
mekah dibina terowong2.. bangunan2 tinggi dibina disekitarnya sehingga menutup bukit2 disekelilingnya...ketahui lah dunia kini sdhg dibayangi kiamat...

ada hadis nya ni, cuba talaqqi dgn guru2/mursyid2.. bukan talaqqi dgn syeikh al yadani al gugeli al pesbuki al kopipaste al wahabiyyun
 

Nortrom

Junior Member
Joined
Jul 26, 2018
Messages
92
Reaction score
17
Points
11
mekah dibina terowong2.. bangunan2 tinggi dibina disekitarnya sehingga menutup bukit2 disekelilingnya...ketahui lah dunia kini sdhg dibayangi kiamat...

ada hadis nya ni, cuba talaqqi dgn guru2/mursyid2.. bukan talaqqi dgn syeikh al yadani al gugeli al pesbuki al kopipaste al wahabiyyun
hahahaha.....dlm maksudnya boh. :ROFLMAO:
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,839
Reaction score
4,365
Points
206
Tempat yang selamat dari kobid....





Covid-19 di Tarim?

Saya keluar dari Malaysia untuk ke Tarim ketika negara kita Malaysia baru sahaja mengumumkan lockdown atau PKP 3.0 .
Ketika itu kes harian di Malaysia adalah 7000-9000 kes sebelum ia turun dan kembali melonjak pada hari ini.

Sudah semestinya, saya ketika di Malaysia mengikup SOP² yang ditetapkan oleh kerajaan. Sebelum saya tiba airport Seyun , saya dah 2 kali melakukan swab test dalam masa 1 minggu. Di Sungai Petani sebelum flight dari KL ke Cairo dan di Cairo sebelum flight dari Cairo ke Seyun. Saya juga telah mengambil vaksin polio kerana kerajaan Mesir mensyaratkan untuk masuk ke Mesir mesti mengambil vaksin polio . (so saya bukan antivaksin yaaa dan anak saya pun sebelum berangkat dah selesai mengambil semua jenis vaksin yang diperlukan bayi)
Tidak dinafikan, ketika saya di Malaysia, saya agak risau dan bimbang untuk bertemu ramai kawan kawan , saya juga terasa risau jika ada orang yang batuk atau selsema berhampiran saya, perkara itu berlarutan sehinggalah seminggu-dua selepas saya sampai di Kota Tarim.
Ketika saya sampai di Airport Seyun, bayangkan orang yang bekerja di Airport saja sudah tidak memakai mask, tiada hand sanitizer, apatah lagi masyarakat didalamnya Kehidupan mereka memang benar benar normal dan klasik seperti sebelum tahun 2020.
Sekarang setelah sebulan lebih saya berada di sini, setelah saya berbual dan bertanya kepada begitu ramai orang disini, samaada orang asal disini mahupun orang orang Malaysia yang ada disini berkaitan Covid-19 di sini .
Saya dapati terdapat khilaf dari jawapan mereka.
Majoriti mereka apabila ditanya tentang Korona, mereka akan menjawab bahawa Korona tiada dan ia hanya pendustaan semata mata.
Jawapan dari kelompok kedua dan ia merupakan jawapan minoriti.
Mereka mengatakan bahawa situasi mencemaskan dilanda Korona di Kota Tarim ini hanya berlaku dalam tempoh kurang lebih dua minggu . Ada yang mengakui bahawa mereka pernah diserang Covid-19. Ada yang mengakui merasai simtom² Covid-19 seperti hilang deria bau, hilang deria rasa, sesak nafas dan sebagainya . Bahkan saya temui seorang yang berusia 60 tahun mengakui bahawa beliau diserang Covid-19 dan hanya terbaring di atas katil selama 1 bulan . Beliau menyatakan bahawa beliau hanya merawat diri dengan mengamalkan makan madu, bawang putih, dan habbatus sauda serta beberapa herba lain.
Saya melihat jawapan dari kelompok kedua yang minoriti ini lebih tepat. Dan jika demikian, boleh dirumuskan bahawa hampir kesemua penduduk Tarim telah terkena Covid-19 dan mereka yang hidup sekarang telah mempunyai immune system yang mampu menghadapi serangan Covid-19 . Seolah olah mereka semua telah divaksin. Demikian yang saya faham dari maklumat maklumat kesihatan dari awal Covid-19 tersebar..
Walaupun khilaf dalam jawapan mereka, namun mereka tetap sama dalam pendirian mereka. Mereka berpegang teguh dengan penuh keyakinan bahawa kita hidup tidak perlu takut kepada mati. Kerana mati akan datang walaupun kita tidak ditimpa penyakit.
Yang perlu dirisaukan bukanlah kematian itu sendiri, tetapi dalam keadaan yang bagaimana kita mati menghadap Allah. Mereka juga berkeyakinan bahawa ketika kita takut akan sesuatu, maka ia akan menimpa kita ... Dan ketika seseorang terlalu takut , maka ia akan melemahkan sistem pertahanan badan (immune system).
Pendirian mereka ini yang membawa kepada ketenangan jiwa . Mereka juga sedar tentang hakikat bahawa bala dan wabak tidak terangkat melainkan dengan kembali kepada Allah. Memohon keampunan dan mengimarahkan Rumah Rumah ALLAH. Majlis zikir, majlis ilmu yang begitu banyak disini menjadi asbab menjemput tercurahnya Rahmat Allah. Dan apabila Rahmat Allah mencurah, mana mungkin akan terhimpun bala kemurkaan dengan RahmatNya . Beginilah caranya mereka menghadapi pandemik Covid-19.
Ketika dunia sedang sibuk dan risau dengan pelbagai varian yang baharu yang tersebar. Penduduk di Kota Tarim terus tenang menjalani kehidupan , amal ibadah seperti biasa. Bahkan mereka begitu gembira jika tetamu tetamu dari serata dunia mengunjungi tanah air mereka .
Sejak dari awal tersebarnya Covid-19, mereka tidak pernah menghalang orang luar untuk berkunjung ke tempat mereka...
Tujuan dari penulisan ini, bukanlah untuk saya mengatakan bahawa apa yang diusahakan oleh kerajaan Malaysia untuk menangani Covid dengan Sop² yang diperkenalkan itu salah, hanyasanya saya ingin berkongsi bagaimana cara penduduk dari Kota Sejuta Wali yang penuh Barokah ini menghadapi Pandemik ini.
MEREKA TENANG DAN KEMBALI KEPADA ALLAH!!!
Jadi buat saudara² dan sahabat² di Malaysia, ikutlah SoP sebagai langkah ikhtiar & usaha kita, dan kita sebagai hamba kepada Sang Pencipta, disamping usaha kita yang tersangat kerdil, jangan kita lupa untuk memohon dan merayu kepada ALLAH untuk mengangkat bala dan wabak ini, perbanyakkan membaca doa qunut nazilah kerana dengan doa menjadi antara asbab terangkatnya bala dan wabak.
Ketika ini, saya memohon kepada Allah , semoga Allah mengekalkan keamanan dan kesejahteraan di Hadramaut dan di Tarim khususnya. Semoga Allah mencampakkan ketenangan kedalam hati hati para saudara dan sahabat sahabat di Malaysia . Dan semoga Allah mengangkat wabak dan bala dari Malaysia khususnya dan dari seluruh tanah tanah yang dihuni umat Islam di seluruh dunia.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register