BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Awas jerat kad kredit virus

eboss

CG Hardcore
gemgem
Messages
85,650
Paid Membership
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,650
Reaction score
1,896
Points
591
KUALA LUMPUR - Berhati-hati apabila anda didatangi seseorang yang mendakwa kononnya dia wakil dari sesebuah bank yang kemudiannya meminta kad kredit yang baru diterima oleh mana-mana mangsa dengan alasan kad kredit tersebut telah dijangkiti virus.

Ini kerana, selain tidak memulangkannya semula kad kredit tersebut, duit dalam kad itu juga telah habis digunakan.

Modus operandi suspek amat mudah apabila seorang lelaki akan muncul di rumah mangsa-mangsa yang baru menerima kad kredit dan meminta kad kredit tersebut.

Alasan suspek kad kredit yang telah dijangkiti virus perlu dibaik pulih di ibu pejabat.

Satu kes terbaru, seorang lelaki berusia 30-an dan berpakaian kemas telah memperdaya seorang eksekutif akaun wanita dan melesapkan wang berjumlah RM2,250 dalam kad kredit mangsa dalam tempoh sehari.

Cerita mangsa Chan Shee Ing, 24, beliau telah membuat satu kad kredit pada pertengahan April lalu di Jalan Cheras di sini.

"Selepas beberapa jam menerima kad tersebut pada 21 Mei lalu, ada seorang lelaki datang ke rumah saya dan memperkenalkan diri sebagai wakil pihak bank.

"Lelaki itu meminta supaya saya menyerahkan kad kredit yang baru saya terima kononnya untuk diperbaharui selepas ia didakwa dijangkiti virus," katanya ketika ditemui di Wisma MCA di Jalan Ampang di sini semalam.

Menurut beliau, lelaki itu kemudiannya berjanji akan memulangkan semula kad kredit itu dalam tempoh dua jam selepas itu.

Katanya, pada mulanya beliau sangsi tetapi selepas lelaki itu menunjukkan dokumen dan pas pekerja di bank tersebut dia akur.

Shee Ing memberitahu, dua jam selepas itu, lelaki tersebut menghubunginya tetapi mendakwa kad kredit miliknya tidak dapat dipulangkan kerana jangkitan virus yang dialami terlalu kritikal.

Bila kos sara hidup makin tinggi orang yang nak ambil jalan mudah bertambah kreatif

:mad: :mad: :mad:
 
ramai org genius kat m'sia neh.. bkn sng nak klepet org la neh..
 
ada tak CC yg leh guna kat stesen minyak, isi rm20 dpt 20liter:)):)):))
 
kahkahkahkahkahkahkah.. :)) Kad kredit boleh dijangkiti virus ker? Nampak sangat pembohong.
 
mak aii....kos hidup semakin tinggi
 
Back
Top
Log in Register