BTC USD 62,416.9 Gold USD 1,764.85
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AWAS Gelombang kedua Banjir

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
Berita dari TV3 -
http://www.tv3.com.my/beritatv3/taj...lau_kalau_Berlaku_Banjir_Gelombang_Kedua.html

KANGAR: Menteri Besar, Datuk Seri Dr Md Isa Sabu mahu rakyat Perlis berhati-hati walaupun banjir semakin reda kerana beliau tidak menolak kemungkinan akan ada gelombang kedua banjir melanda negeri ini.

Saranan itu disuarakan beliau selepas mengambil kira ramalan cuaca terutama hujan yang dijangka melanda negeri ini dalam tempoh sehari dua ini, selain keadaan geografi yang dikhuatiri menyebabkan peningkatan paras air di beberapa sungai utama.
Beliau berkata, jika diikutkan laporan Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca meramalkan cuaca elok bermula Isnin ini, namun aspek monsun yang kebiasaannya melanda bermula September hingga Disember tidak boleh dinafikan, selain keadaan angin yang kencang.
“Malah, kejadian air pasang besar yang berlaku juga berkemungkinan besar dijangka mampu mendorong peningkatan paras air, sekali gus menyebabkan berlakunya banjir.

“Justeru, saya harap penduduk negeri ini berhati-hati dan sentiasa bersedia dengan mengambil tahu setiap perkembangan semasa terutama melalui siaran radio dan juga media lain. Malah, rakyat juga perlu sedia berpindah jika keadaan memaksa,” katanya ketika dihubungi, di sini, semalam.

Banjir yang melanda Perlis bermula Ahad lalu dilaporkan mulai surut sejak kelmarin.

Sementara itu, Md Isa berkata, pusat gerakan banjir negeri yang beroperasi di Kompleks Dewan Undangan Negeri (DUN) kini mempunyai bekalan mencukupi untuk menampung keperluan mangsa sekiranya banjir teruk melanda bagi tempoh sekurang-kurangnya tiga hari.
“Kita terima sumbangan daripada banyak pihak termasuk rakan dari negeri luar dalam pelbagai bentuk dan semuanya akan disalurkan mengikut keperluan dengan keutamaan diberikan kepada mangsa di pusat pemindahan.

“Bagaimanapun, kita tidak akan abaikan mangsa yang sudah dibenar pulang dan bantuan akan dihantar mengikut kesesuaian, terutama bagi lokasi yang teruk terjejas sementara menunggu keadaan pulih,” katanya.

Kelmarin, Jabatan Perkhidmatan Kajicuaca menjangkakan Kedah, Perlis dan Pulau Pinang mengalami hujan lebat serta angin kencang dalam tempoh minggu ini dengan Kedah dijangka lebih teruk.

Justeru, semua penduduk serta pihak berkuasa diminta berjaga-jaga untuk menghadapi sebarang kemungkinan
 
Sponsored Post

limahchai

Junior Member
Joined
Nov 2, 2010
Messages
90
Reaction score
0
Points
6
diharap segala persiapan dan persedian diatur lebih rapi lagi...walaupun banjir yang melanda sekarang tidak reda...
 

rijal2009

Marked as Scammer, (until issue resolved)
Joined
Jul 8, 2009
Messages
9,169
Reaction score
286
Points
81
yup, cuaca skrng ni selalu mendung je..tdi hujan lebat...aku harap akan banjir lagi..sbb aku syok rumah aku tak banjir..dok gelak org kt bawah, sbb aku duk atas bukit.. AHAAAAAAAAAA
 

Chainsaw

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2010
Messages
2,955
Reaction score
5
Points
25
Patutnyer kene buat macam negara-negara bencana bermusim yang lain, kalau musim banjir ke taufan ke nak tiba..kene ada persediaan awal, bomba, polis marin..bot-bot penyelamat dan pengangkut dan bekalan bekalan makanan dan perubatan in case la..kesian warga-warga utara semenanjung #:-S
 

mint

Super Active Member
Joined
Apr 27, 2009
Messages
5,432
Reaction score
16
Points
65
yup, cuaca skrng ni selalu mendung je..tdi hujan lebat...aku harap akan banjir lagi..sbb aku syok rumah aku tak banjir..dok gelak org kt bawah, sbb aku duk atas bukit.. AHAAAAAAAAAA


apala ko ni bro..

jangan ketawakan nasib malang org..itu semua Allah yg tentukan..:mad::mad::mad::mad::mad:

buat satu hari, Allah terbalik kan kena pada ko, baru ko rasa..:mad:

ko kata ko duduk rumah atas bukit, aku bukan apa, jangan nanti rumah ko kena tanah runtuh baru ko tau..

jgn lupa, kita ni sumer duduk di atas bumi milik Allah, apa2 saja yg Dia hendak bole berlaku atas keizinan Nya..
 

taufic

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Feb 6, 2008
Messages
14,651
Reaction score
694
Points
161
yup, cuaca skrng ni selalu mendung je..tdi hujan lebat...aku harap akan banjir lagi..sbb aku syok rumah aku tak banjir..dok gelak org kt bawah, sbb aku duk atas bukit.. AHAAAAAAAAAA

macam haram jadah punya statement
 

Chainsaw

Active+ Member
Joined
Sep 23, 2010
Messages
2,955
Reaction score
5
Points
25
yup, cuaca skrng ni selalu mendung je..tdi hujan lebat...aku harap akan banjir lagi..sbb aku syok rumah aku tak banjir..dok gelak org kt bawah, sbb aku duk atas bukit.. AHAAAAAAAAAA

Kalau banjir still boleh berenang lagi..harap harap la bukit tempat ko tu runtuh :)):))
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register