Awas! Duduk terlalu lama jadikan tubuh anda ‘stor lemak’

Recommended Brokers


Jering

Fun Poster
Joined
Mar 14, 2019
Messages
688
Reaction score
113
Points
23

Duduk terlalu lama boleh memberi kesan kepada kesihatan.

KAJIAN
mendedahkan duduk dalam tempoh lama tanpa melakukan pergerakan boleh memberi kesan negatif kepada kesihatan.

Sama ada anda bekerja atau belajar, jangan lupa untuk rehat seketika dan melakukan beberapa pergerakan anggota badan kerana ia antara faktor penting untuk menjaga tubuh anda.

Rutin pekerjaan yang memerlukan anda mengadap komputer seharian antara 'silent killer' yang memberi kesan jangka masa panjang.


Sakit leher selalu dipandang ringan.

1. Sakit Leher


Ini merupakan kesan pertama yang boleh dirasai. Ia sebenarnya sesuatu yang serius dan sentiasa dipandang ringan.

Terlalu memberi fokus kepada skrin komputer menyebabkan leher anda menjadi kebas seterusnya mengundang kepada beberapa komplikasi lain.

Untuk mengelakkan kesakitan di bahagian leher berlaku, pastikan skrin komputer perlu setara dengan tahap pandangan mata.
Postur kedudukan badan juga memainkan peranan penting bagi mengelak sakit di bahagian tulang belakang.

Bagi mengelakkan ia menjadi lebih serius, rehatkan mata dan badan anda beberapa minit selepas dua hingga tiga jam bekerja dengan berjalan atau melakukan latihan pergerakan kepala.


Lakukan beberapa pergerakan jika duduk bekerja terlalu lama.

2. Tulang Lemah


Menurut kajian Journal of Bone Mineral, sekiranya anda tidak melakukan sebarang latihan fizikal ia mampu menambah jumlah air dalam tulang.

Jika ia berlaku, pastikan anda mengamalkan cara pemakanan yang lebih sihat dengan mengambil susu dan bayam.

Pun begitu, aktiviti fizikal adalah jalan terbaik untuk memastikan tulang anda dapat berfungsi dengan baik.


Masalah insulin boleh menyebabkan penyakit diabetes.

3. Masalah Insulin


Tanpa sebarang aktiviti pergerakan ia boleh menurunkan fungsi insulin dalam badan.

Jika badan tidak menggunakan insulin yang ada dengan betul, risiko mendapat penyakit diabetes jenis 2 semakin tinggi.


Kegemukan boleh menyebabkan pelbagai masalah kesihatan.

4. Masalah Gemuk


Berdasarkan kajian Exercise and Sport Science Reviews, duduk dalam tempoh lama akan menyebabkan badan anda sebagai 'stor lemak' kerana pembakar lemak enzim lipase lipoprotin akan menurun.

Jadi, jalan terbaik adalah bangkit dari kerusi anda dan lakukanlah beberapa pergerakan yang juga boleh membantu pengaliran darah dengan baik.

 
Top
Log in Register