JeBaTeRaWiS
Active Member
- Messages
- 1,267
- Joined
- Oct 15, 2008
- Messages
- 1,267
- Reaction score
- 2
- Points
- 25
Tawaran
RM5000 = 130 x 48 bulan
RM10000 = 260 x 48 bulan
RM15000 = 390 x 48 bulan
RM20000 = 520 x 48 bulan
RM25000 = 650 x 48 bulan
RM30000 = 780 x 48 bulan
RM40000 = 1040 x 48 bulan
RM100000 = 2700 x 48 bulan
JANGAN TERPEDAYA DENGAN PENGIKLANAN YANG ANDA JUMPA NI!!!
Sebab apa aku cakap macamni??
Sebab kawan baik aku sendiri dah terkena..
Korang nak tau apa yang terjadi??
ok.. Aku tolong story...
KEPADA SEMUA WARGA CARIGOLD :
BERHATI2 DENGAN IKLAN YANG ANDA JUMPA NIH WALAUPUN ANDA TERDESAK SANGAT2..
KISAHNYA BERMULA MACAMNI :
Kawan baik aku nih (aku gelarkan faiz lah supaya xde orang kenal dia).. Dia nak kembangkan bisnes dia, so, xbrapa cukup modal.. Dia ada dalam RM50k ja.. So, dia try la nak bwt loan, dia pn terjumpa lah iklan nih, then trus kol no tuh.. Ada sorang chinese angkat menggelarkan dirinya mr tan, then tanyalah serba - serbi.. Last2, dia ckp nak hantar ajen dia.. Dalam 2 - 3 hari kemudian, ada sorang chinese jgk kol dia yang menggelarkan dirinya Ah Ken.. Dia deal nak jumpa dengan Faiz nih..
So, jumpalah dorang.. Apa yang faiz citer kat aku, ah ken ni ckp nak bwt loan RM50k nih bayar bulan2 selama 48 bulan RM1170.. Sebelum nak pinjam lak, ah ken suruh cagar kedai selain kedai faiz n sedara2 faiz, maksudnya kedai kawan2 la.. so, manalah ada kawan2 sanggup cagarkan btl?? Pastu ah ken ni ckp ada satu cara lagi, caranya ialah dengan cara jalankan pakej.. Pakejnya mcmni, apa yang aku faham dari si faiz ni ckp, faiz kena bwt loan RM7000 dulu dengan billion nih untuk membuktikan lepas ni, faiz memang btl2 blh bayar.. Caranya begini,
a) Pinjam dari dorang RM7000
b) Dalam masa 5 hari kena bayar RM700 kepada mereka setiap hari melalui akaun public bank mereka; xsilap aku nama pemegang akaun tu Low Eng Tat
c) Hari yang ke 5 bayar RM700 + RM7000
d) Hari yang ke 6, loan RM50k approve
e) Pinjam RM7000, tapi dapat kat tangan hanya RM600; alasan mereka RM5000 tolak stem fee, RM700 bunga, RM700 lagi pembayaran pertama
f) Ah ken bagi salinan ic dia kat faiz
Tapi, hari yang ke 6, timbul masalah, kerani syarikat tu kol dengan private number, dia cakap, kena bayar insurans plak dah RM2800.. Faiz nih pn bertengkar la dengan kerani tu, ye la, sebelum ni xde pn sebut pasal insurans.. last2 faiz pn masuklah ke akaun public bank dorang.. Pastu, faiz tunggu punya tunggu, last2 dorang cakap, masa tuh dah pukul 5ptg, bank dah tutup, esok baru boleh masuk ke akaun..
Keesokan pagi, faiz kol lagi si ah ken tu.. ah ken pn ckp, dia nak pg amek duit kat pejabat dia.. Pastu faiz nih tunggu lah lagi.. then 30 minit kemudian, ah ken kol, dia cakap dia tertinggal beg yang berisi dengan duit RM50k dalam tandas.. pg balik, tengok dah kena kebas.. memang otak penipu la bangsi si ah ken nih..
ada lagi panjang citer nih, malas aku nak citer detail..
Kesimpulan : Faiz tunjuk semua resit yang dia masuk ke akaun dorang tuh. aku total2, semuanya dalam RM32,020..
Faiz dah xtau pe nak bwt.. last2 dia bgtau aku masalah dia nih.. dia blm lagi report polis ke pe ke..
Kat sini, aku nak mintak pandangan WARGA CARIGOLD yang serba tahu menahu, dan serba arif, macamne aku nak tolong si faiz nih ek?? Memang aku kesian tengok dia, menangis2 dia masa citer kat aku..
so, aku pn post la dalam CG nih.. aku tau, sinilah tempat yang paling sesuai aku nak tanya.. maklumlah, aku sendiri pn muda lagi..
so, nak mintak pandangn korang yang berpengalaman..
ha.. satu lagi, no phone ah ken, mr tan, no akaun n no plate kenderaan ah ken dicatat oleh faiz.. so, senang skit kot nak trace?? Cuma xtau cara ja..
Last edited: