Awas, bahaya lopak air! Penunggang motosikal maut diseret lori sejauh hampir 1km

CG Sponsors




dloanman

CG Top Poster Club
Joined
Apr 15, 2012
Messages
23,456
Reaction score
1,812
Points
206
1-77.png



DISEBABKAN sekarang musim hujan sedang melanda, rider jalan raya perlu lebih peka dan berhati-hati ketika menunggang.
Pastinya memandu dalam keadaan hujan mahupun jalan yang basah mampu mengundang pelbagai risiko kemalangan jalan raya. Bak kata pepatah, “malang itu tidak berbau”.

Begitulah malangnya nasib yang menimpa seorang penunggang motosikal apabila dia diseret sejauh satu kilometer oleh sebuah lori baru-baru ini.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di MRR2 selepas bulatan Batu Caves, menghala ke Kepong, Selangor.

Berita menyedihkan itu kini tular di media sosial setelah dikongsikan oleh pengguna Twitter yang dikenali sebagai Mohd Redzuan Abdul Manap.

Menerusi perkongsian beliau, mangsa yang dikenali sebagai Wong Chun Hung, 20, telah diseret satu kilometer oleh sebuah lori.
Kejadian tersebut hanya disedari pemandu lori tersebut apabila penunggang motosikal yang lain membunyikan hon sebagai ‘tanda’ untuk pemandu lori itu berhenti.

Mangsa ketika itu, menunggang sebuah motosikal jenis MZ Motorrad, di lorong kiri jalan dikatakan terbabas ketika melanggar lopak air.
Susulan pelanggaran itu, motosikal yang ditunggang mangsa hilang kawalan sebelum terjatuh ke lorong tengah jalan dan dilanggar lori.
Akibat insiden tersebut, mangsa telah disahkan meninggal dunia di tempat kejadian.

Hati-hati dengan lopak air kerana ia sangat bahaya dan boleh menyebabkan kita hilang kawalan dengan mudah!
Lopak air akan menyebabkan cengkaman tayar menjadi kurang lekat. Selain itu, lopak air yang dalam akibat jalan berlubang mungkin akan mengakibatkan korang terjatuh daripada motosikal.

Jadi, cuba elak lopak air selagi boleh. Namun, jangan pula korang menunggang terhuyung hayang macam orang mabuk semata-mata nak mengelak lubang pula. Itu lagi bahaya!
Untuk itu, bagi semua penunggang motosikal, sentiasa semat dalam hati bahawa kondisi jalan raya semasa cuaca buruk sudah pasti akan basah dan licin.

Jadi, jangan sesekali bawa terlalu laju dan usah memotong kenderaan di hadapan secara membabi-buta.
Jika terlalu lebat sehingga penglihatan terhad, langkah terbaik berhenti seketika di tempat teduh yang selamat.

 
Sponsored Post

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,168
Reaction score
138
Points
83
dekat selangor ni... jalan selain higway teruk la...
aku rasa duduk sini berapa taun boleh rosak sportrim.. banyak sangat lubang dan tampal2...

xmacam penang pulau...sana jalan setiap tahun turap baru... bukan la nak compare sangat tapi perbezaannya banyak..hahaha...

kata negeri paling kaya.. ape salahnya turap jalan 3-4tahun sekali.. jangan la tampal2..
 

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,516
Reaction score
1,097
Points
151
dekat selangor ni... jalan selain higway teruk la...
aku rasa duduk sini berapa taun boleh rosak sportrim.. banyak sangat lubang dan tampal2...

xmacam penang pulau...sana jalan setiap tahun turap baru... bukan la nak compare sangat tapi perbezaannya banyak..hahaha...

kata negeri paling kaya.. ape salahnya turap jalan 3-4tahun sekali.. jangan la tampal2..
Klau x tampal mcm mn kroni nak cr mkn xgitu.....hahaha
 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
30,685
Reaction score
1,405
Points
201
Nasib melayu la.. jadi pengangur .. buat keje grab food panda.. risiko mcm2.
 

sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
7,743
Reaction score
293
Points
91
fuh bahaya btol..sebab tu aku cuak kalu selisih dgn lori ni..mmg mntak jauhkan la
 

pendekar-laut

Active Member
Joined
May 17, 2012
Messages
1,809
Reaction score
30
Points
30
dekat selangor ni... jalan selain higway teruk la...
aku rasa duduk sini berapa taun boleh rosak sportrim.. banyak sangat lubang dan tampal2...

xmacam penang pulau...sana jalan setiap tahun turap baru... bukan la nak compare sangat tapi perbezaannya banyak..hahaha...

kata negeri paling kaya.. ape salahnya turap jalan 3-4tahun sekali.. jangan la tampal2..
sbb tu better jgn pakai sport rim yg copy ni.. pakai yg ori pun boleh jahanam klo kat lembah klang ni, apatah lg klo yg copy..

klo turap jalan 3-4 tahun sekali, kesian kroni nk tunggu job.. job tampal ni sentiasa ada, lepas tu kualiti mcm haram..
 

pudins70

Super Active Member
Joined
Mar 28, 2011
Messages
7,714
Reaction score
553
Points
121
Kat negara kita, JKR/PBT banyak guna teknik cold patch untuk kerja minor repair.
Dah boleh expect jangka hayat dia setakat 2-3 tahun saja.
Belum ambil kira dengan kerja kontraktor dibuat sambil lewa. Kalau dapat tahan 5-6 bulan pun dah cukup bagus.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register