Avatar Filem Terbaik di Golden Globe ke-67

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81


LOS ANGELES: Filem epik sains fiksyen, Avatar menang Filem Terbaik di Anugerah Golden Globe ke-67 yang berlangsung di Beverly Hilton Hotel, Beverly Hills, California, pagi tadi.

Manakala kemenangan Jeff Bridges dan Sandra Bullock sebagai Aktor Terbaik dan Aktres Terbaik mengukuhkan lagi peluang mereka untuk memegang trofi Oscar di Anugerah Akademi pula.

Filem Avatar yang menjadi filem sains fiksyen tiga dimensi (3D) blockbusters, turut mengangkat James Cameron sebagai Pengarah Terbaik, mengetepikan barisan pengarah dan filem The Hurt Locker, Inglourious Basterds, Precious dan Up in the Air.

Ini adalah kemenangan Golden Globe kali kedua kepada Cameron yang sebelum ini sudah meraih anugerah yang sama menerusi filem Titanic pada tahun 1997.

Pengarah Kanada berusia 55 tahun itu mencipta dan mengarahkan filem Avatar yang seterusnya berjaya meletakkan ia sebagai filem yang mencatatkan kutipan kasar tertinggi dalam sejarah mengatasi Titanic. Malahan filem Avatar juga menjadi penanda aras kejayaan terutama dalam kemajuan kamera 3D dalam teknologi penerbitan filem.

Bagaimanapun, Cameron sebenarnya tidak menjangka dengan kemenangan itu. Sebaliknya, dari awal lagi berasakan dia akan tewas dengan bekas isterinya, Katrhyn Bigelow yang turut dicalonkan sebagai Pengarah Terbaik menerusi filem yang mengangkat kisah perang di Iraq iaitu The Hurt Locker.

“Saya memang tidak bersedia langsung. Terus terang saya fikir Kathryn akan meraih gelaran ini (Pengarah Terbaik). Tapi jangan silap, saya juga sudah tentu berbesar hati dan gembira sekali dengan kemenangan ini,” kata Cameron.

Keputusan penuh Anugerah Golden Globe ke-67

Kategori Filem:

Filem Terbaik: Avatar

Filem Komedi Terbaik: The Hangover

Pengarah Terbaik: James Cameron - Avatar

Aktor Terbaik (Filem): Jeff Bridges - Crazy Heart

Aktres Terbaik (Filem): Sandra Bullock - The Blind Side

Aktor Terbaik Komedi atau Muzikal: Robert Downey, Jr. - Sherlock Holmes

Aktres Terbaik Komedi/Muzikal: Meryl Streep - Julie & Julia

Aktor Pembantu Terbaik (Filem): Christoph Waltz - Inglourious Basterds

Aktres Pembantu Terbaik: Mo’Nique - Precious

Filem Animasi Cereka Terbaik: Up

Filem Asing Terbaik: The White Ribbon dari Jerman

Lakon Layar Terbaik: Jason Reitman dan Sheldon Turner - Up in the Air

Skor Asal Terbaik: Michael Giacchino - Up

Lagu Asal Terbaik: The Weary Kind from Crazy Heart

Kategori Televisyen:

Drama Siri Terbaik: Mad Men

Komedi Bersiri Terbaik: Glee

Aktor Terbaik (Drama Bersiri): Michael C. Hall - Dexter

Aktres Terbaik (Drama Bersiri): Julianna Marguilies - The Good Wife

Aktor Terbaik Siri Komedi: Alec Baldwin - 30 Rock

Aktres Terbaik Siri Komedi: Toni Collette - United States of Tara

Siri Mini/Telefilem: Grey Gardens

Aktor Terbaik Siri Mini/Telefilem: Kevin Bacon - Taking Chance

Aktres Terbaik Siri Mini/Telefilem: Drew Barrymore - Grey Gardens

Aktor Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: John Lithgow - Dexter

Aktres Pembantu Terbaik Siri, Mini Siri atau Telefilem: Jane Lynch - Glee

Penghargaan Khas:

Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat Cecil B. DeMille - Martin Scorsese
 
Top
Log in Register