Australia Bank, Westpac diarah bayar denda RM3.8 bilion

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
47,534
Reaction score
3,755
Points
201
wang_1600914110.jpg


SYDNEY: Bank Westpac diarah membayar denda sebanyak AS$923 juta (RM3.8 bilion) selepas didapati melakukan 23 juta pelanggaran undang-undang anti pengubahan wang haram, semalam.

Ketua Eksekutif Agensi perisikan kewangan Australia (AUSTRAC), Nicole Rose, berkata kesalahan dilakukan Westpac termasuk gagal memantau pembiayaan antarabangsa membabitkan jenayah eksploitasi kanak-kanak.

"Peranan kami adalah memperkasakan sistem kewangan daripada jenayah serius dan penggubahan wang haram bagi pembiayaan keganasan dan hukuman yang dikenakan menunjukkan betapa serius kegagalan serta kesalahan dilakukan Westpac," katanya dalam satu kenyataan.

Sementara itu, Ketua Eksekutif (CEO) Westpac, Peter King, mengakui kesalahan yang dilakukan bank berkenaan dan setuju membayar denda yang dikenakan.

"Saya ingin memohon maaf atas kegagalan pihak bank," katanya.

King berkata, Westpac akan memperkasakan lagi sistem memantau jenayah kewangan bank itu dan akan menjalankan penilaian semula terhadap budaya, tadbir urus dan bertanggungjawab bagi mengelak kejadian sama berulang.

"Kami bertekad akan meningkatkan lagi standard jenayah kewangan, mematuhi kewajipan dan menjunjung tinggi harapan pelanggan, masyarakat serta peraturan," katanya.

Pada November lalu, Westpac didakwa melakukan 23 juta pelanggaran undang-undang mengenai penggubahan wang haram dan pencegahan pembiayaan keganasan membabitkan dana berjumlah AS$7 bilion (RM29.21 bilion).

Antara dakwaan itu, eksekutif bank terbabit tidak mengambil endah terhadap bukti bahawa wujud beberapa pindahan wang antarabangsa yang digunakan untuk membiayai eksploitasi kanak-kanak. - AFP



 
Top
Log in Register