BTC USD 28,448.7 Gold USD 1,969.46
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News ASUS Zenbook 14 Flip OLED Di Pasaran Tempatan Pada Harga RM5499

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,477
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,477
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
Tidak lama selepas pengumuman bahawa ASUS Malaysia akan menjual komputer riba ASUS Zenbook 14X OLED di pasaran tempatan, syarikat tersebut sekali lagi mengumumkan bahawa mereka juga akan membawa masuk sebuah lagi model ASUS Zenbook, iaitu ASUS Zenbook 14 Flip OLED ke pasaran tempatan. ASUS Zenbook 14 Flip OLED hadir dengan paparan OLED NanoEdge sesentuh bersaiz 14 inci dengan resolusi 2.8K dan kadar segar semula 90Hz yang boleh dipusing 360 darjah untuk menjadikan komputer riba ini sebagai sebuah tablet.

Ia turut menyokong pelbagai jenis teknologi paparan seperti kebolehan mengolah 100 peratus gamut warna DCI-P3, ketepatan olahan warna Delta-E <2 dan DisplayHDR TrueBlack 500 untuk pengalaman olahan warna jitu tidak kira untuk tujuan produktiviti ataupun riadah. Keunikan komputer riba ini hadir dengan engsel Ergolift yang boleh dipusing 360 darjah untuk dijadikan sebuah tablet dan menggunakan panel Corning Gorilla Glass NBT yang dibangunkan khusus untuk digunakan bersama dengan komputer riba seperti ini.

Ia juga dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1340P dengan memori LPDDR5 16GB dan juga storan SSD PCIe 4.0 512GB dengan kelajuan pembacaan data sekitar 3500MB/s. Komputer riba ini merumahkan dua palam Thunderbolt 4, satu palam USB 3.2 Type-A, satu palam audio 3.5mm dan satu palam HDMI 2.1. ASUS Malaysia mengesahkan bahawa komputer riba ASUS Zenbook 14 Flip OLED ini akan mula dijual pada penghujung bulan ini pada harga RM5499.
1678439485030.png

1678439495765.png

1678439509286.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
41,477
Joined
Nov 23, 2012
Messages
41,477
Reaction score
5,124
Points
516
Awards
1
ASUS Lancar Zenbook 14 Flip OLED, Di Kuasakan Cip Intel Gen-13
UP3404-One-Pager-MY-with-price-768x432.jpg

ASUS Malaysia mengumumkan kehadiran model terbaru komputer riba boleh lipat, ASUS Zenbook 14 Flip OLED (UP3404) dengan perkakasan yang dipertingkatkan. ASUS Zenbook 14 Flip OLED kini dikuasakan oleh cip pemprosesan Intel Core i5-1340P Gen-13 serta kuasa grafik dari Intel Iris Xe. Selain itu ia juga dilengkapi dengan memeori RAM 16GB serta storan SSD 512GB. Manakala paparannya pula bersaiz 14" 2.8K OLED dengan ciri skrin sentuh serta kadar segar semula 90Hz.

Hanya seberat 1.5kg, ia dilengkapi dengan bateri 75 Wh dengan ciri ASUS USB-C Easy Charge yang membolehkan ia dicas sehingga 60% hanya dalam masa 49 minit sahaja. Untuk sambungan peranti pula, ia dimuatkan dengan sambungan 2x Thunderbolt 4 USB-C, USB 3.2 Gen 2 Type-A, HDMI 2.1 dan bicu audio 3.5 mm. ASUS memaklumkan Zenbook 14 Flip OLED terbaru ini akan tersedia di pasaran tempatan pada lewat bulan Mac ini dengan harga jualannya RM5,499.​

Untuk info lebih lanjut tentang spesifikasi komputer riba terbaru ini, layarai laman rasmi ASUS Malaysia.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register