ASUS ROG Zephyrus G14 Akan Tiba Ke Malaysia

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,831
Reaction score
3,793
Points
236
Apabila ia diperkenalkan buat kali pertama beberapa tahun lalu, siri komputer riba gaming ASUS Zephyrus boleh dikatakan siri komputer riba gaming berkuasa yang juga mempunyai rekaan yang serba nipis.

Siri tersebut telah melihat beberapa perubahan dalam rekaannya, dan terkini, mereka bakal membawa masuk iterasi terkini yang dinamakan ASUS ROG Zephyrus G14 yang dikuasakan CPU AMD Ryzen 9 yang cukup unik.

Komputer riba Zephyrus G14 ini hadir dengan paparan bersaiz 14 inci pada pilihan resolusi Full HD dan kadar segar semula 120Hz, ataupun resolusi WQHD (2560×1440) pada kadar segar semula 60Hz.

Model Zephyrus G14 paling berkuasa akan dikuasakan oleh CPU AMD Ryzen 9 4900HS yang eksklusif buat ASUS untuk seketika. Selain daripada itu, ia dilengkapi sebanyak 16GB memori DDR4 dan hadir dengan storan SSD PCIe sebesar 1TB.

Dari segi pemprosesan grafik, ASUS ROG Zephyrus G14 ini akan dikuasakan oleh cip grafik NVIDIA GeForce RTX 2060 Max-Q.

Gimik utama komputer riba ASUS ROG Zephyrus G14 ini ialah ia mempunyai panel Dot Matrix di belakang paparan yang boleh digunakan untuk menunjukkan pelbagai jenis corak, bergantung kepada kehendak pengguna.

Sebelum ini kami telah melaporkan bahawa komputer riba ini telah memasuki pengkalan data SIRIM untuk ujian, dan ASUS nampaknya bersedia untuk mengumumkan ketibaannya di pasaran tidak lama lagi.

Menurut ASUS Malaysia, ASUS ROG Zephyrus G14 dengan spesifikasi berkuasa ini akan dijual pada harga RM7699. Mereka juga akan menjual model-model dengan pilihan komponen berbeza yang akan diumumkan pada 29 Jun kelak.

ASUS-ROG-Zephyrus-G14-Dot-Matrix-950x520.jpg
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,831
Reaction score
3,793
Points
236
ASUS ROG Zephyrus G14 Ditawarkan Di Malaysia Bermula RM4,499

Seperti yang dijanjikan, ASUS kini telah melancarkan ROG Zephyrus G14 secara rasmi untuk pasaran Malaysia. Ia merupakan komputer riba gaming nipis berkuasa yang juga dimuatkan dengan cip terbaru AMD iaitu siri 4000 Ryzen.

Antara perkara paling menarik mengenai komputer riba ini adalah ia hadir dengan panel AniMe Matrix di belakang paparan boleh digunakan untuk mempamerkan pelbagai kandungan atau corak mengikut citarasa pengguna.

ROG-G14_White_23_L2-1024x688.jpg


Untuk pasaran Malaysia, ia bakal dijual bermula pada harga RM4,499 dan mencecah RM7,699 untuk varian paling tinggi. Secara keseluruhan, terdapat 3 model pilihan cip antara Ryzen 5 4600HS, Ryzen 7 4800HS, dan Ryzen 9 4900HS.

Dari segi pilihan grafik, ia hadir kad grafik permulaan Nvidia GTX 1650 dan RTX 2060 Max-Q untuk yang paling berkuasa. RAM pula datang dalam pilihan antara 8GB DDR4 dan 16GB DDR4. Namun terdapat satu lagi ruang tambahan (dwi-saluran) menjadikan keseluruhan RAM kepada 32GB.

Storan pula tersedia pada 512GB dan 1TB dalam bentuk PCIe NVMe SSD. Untuk bateri, ASUS memuatkan kapasiti bateri 76Wh untuk kesemua model namun komputer riba ini juga menyokong pengecasan menggunakan port USB Type-C.

Untuk pilihan paparan, kesemua model menggunakan panel 14 inci IPS 100% sRGB, namun dibezakan dengan satu varian FHD 120Hz dan satu lagi QHD 60Hz.

2%E5%BE%97_%EF%BD%A3V%E9%8C%A8-e1593445688888-1024x768.jpg


Bagi yang mahu membeli G14 dengan harga permulaan, duka cita dimaklumkan untuk varian tersebut tiada panel AniMe Matrix disertakan. Anda perlu membeli varian yang lebih tinggi jika mahu menikmati panel corak tersebut. Untuk keseluruhan harga dan varian model, boleh rujuk di bawah ini:

GA401I-HHE027T (Tiada AniMe Matrix, jualan bermula hari ini)
  • AMD Ryzen 5 4600HS (6 teras / 12 bebenang)
  • Nvidia GeForce GTX 1650 GDDR6 4GB
  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB
  • 8GB DDR4 3200MHz
  • PCIe NVMe 512GB SSD
  • RM4,499
GA401I-IHE103T (Boleh dibeli hari ini)
GA401I-IHE102T (Jualan Ogos 2020)

  • AMD Ryzen 5 4600HS (6 teras / 12 bebenang)
  • Nvidia GeForce GTX 1650 Ti GDDR6 4GB
  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB
  • 8GB DDR4 3200MHz
  • PCIe NVMe 512GB SSD
  • RM5,299
GA401I-UHE099T (Jualan Ogos 2020)
  • AMD Ryzen 7 4800HS (8 teras / 16 bebenang)
  • Nvidia GeForce GTX 1660 Ti GDDR6 6GB
  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB
  • 16GB DDR4 3200MHz
  • PCIe NVMe 512GB SSD
  • RM6,199
GA401I-VHE341T / GA401I-VHE340T (Jualan September 2020)
  • AMD Ryzen 9 4900HS (8 teras / 16 bebenang)
  • Nvidia GeForce RTX 2060 Max-Q GDDR6 6GB
  • 14 inci FHD 120Hz IPS 100%sRGB
  • 16GB DDR4 3200MHz
  • PCIe NVMe 1TB SSD
  • RM7,699
GA401I-VHA232T (Boleh dibeli hari ini)
GA401I-VHA231T (Jualan Ogos 2020)

  • AMD Ryzen 9 4900HS (8 teras / 16 bebenang)
  • Nvidia GeForce RTX 2060 Max-Q GDDR6 6GB
  • 14 inci QHD 60Hz IPS 100%sRGB
  • 16GB DDR4 3200MHz
  • PCIe NVMe 1TB SSD
  • RM7,699
Ada model yang sudah dijual bermula hari ini, manakala model-model lain bakal ditawarkan pada bulan Ogos dan September kelak.

Sumber: ASUS Malaysia
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
25,831
Reaction score
3,793
Points
236
ASUS ROG Zephyrus G14 & G15 Di Kemaskini Dengan Komponen AMD & NVIDIA Terkini

Pada tahun lepas, ASUS telah memperkenalkan sebuah siri komputer riba nipis dan ringan baru dibawah jenama ROG Zephyrus G yang memperlihatkan gabungan CPU AMD Ryzen dan juga kad grafik NVIDIA GeForce. Di acara CES 2021 yang sedang berlangsung, ASUS telah mengesahkan bahawa dua model didalam siri ini, iaitu ROG Zephyrus G14 dan Zephyrus G15 akan dikemaskini dengan siri cip pemprosesan AMD Ryzen 5000 dan juga NVIDIA GeForce RTX 3000 untuk komputer riba.

Kedua-dua model ROG Zephyrus G14 dan G15 ini juga hadir dengan pilihan paparan skrin yang baru. Model G14 diberi pilihan paparan skrin 14 inci dengan resolusi Full HD dan kadar segar semula 144Hz ataupun resolusi 2K dengan kadar segar semula 120Hz.Untuk G15 pula, pengguna diberi pilihan untuk mendapatkan paparan 15 inci yang mempunyai resolusi QHD dan juga kadar segar semula 165Hz bersama-sama dengan sokongan gamut warna DCI-P3 100 peratus untuk mereka yang mementingkan kejituan warna.

Untuk Zephyrus G15 lagi, model yang dikemaskini juga hadir dengan sistem engsel Ergolift Hinge yang mengangkat sedikit bahagian papan kekunci untuk pengaliran udara yang lebih optimal. Gimik utama pada model Zephyrus G14 dan G15 ialah panel AniMe Matrix di bahagian belakang paparan. Panel ini, yang diperbuat menggunakan lampu Mini LED kini telah menerima penambahbaikan dari segi animasi. ASUS mengatakan bahawa mereka akan mula memperkenalkan kemaskini komputer riba ROG Zephyrus G14 dan G15 ini sekitar suku pertama 2021 pada harga yang akan ditetapkan kelak.

Screenshot-3673.jpg
 
Sponsored Post
Top
Log in Register