(News) Asus ROG Phone 3 - Rekaan & Spesifikasi Tertiris

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Asus Perlihatkan Perbezaan Asus ROG Phone 3 Untuk Pasaran Malaysia & China

Asus Malaysia kini telah berkongsi secara ringkas untuk perbandingan antara model telefon pintar Asus ROG Phone 3 di Malaysia, dan juga di China.

Melaluinya, Asus memperlihatkan yang mana model Malaysia akan hadir dengan memori sehingga 16GB RAM, selain storan sehingga 512GB. Pada masa yang sama, ia juga turut menyertakan beberapa penambahan, termasuk rekaan kotak bersegi enam, serta jaminan selama setahun.

Selain itu, penawaran model ROG Phone 3 Strix Edition juga turut diperlihatkan, menunjukkan model tempatan akan hadir dengan 8GB RAM dan 256GB storan, selain beberapa penambahan lain.

strixmyvs_01-950x1132.jpg

Asus Malaysia dilihat bekrongsi spesifikasi dan penawaran tempatan ini, untuk mengelak pengguna membeli versi import yang dijual beberapa penjual, dan lebih menantikan penawaran versi tempatan tidak lama lagi.

Sumber asal
 
Last edited:
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Kenapa Perlu Dapatkan ASUS ROG Phone 3 Set Malaysia Berbanding Set Import ?

Setelah berbulan menjadi bualan, ASUS telah memperkenalkan ROG Phone 3 secara rasmi pada bulan lalu. Belum diperkenal dalam pasaran tempatan, sudah pasti ada antara pengguna ingin menjadi yang terawal memiliki ROG Phone 3 serta mendapatkannya pada harga yang lebih murah.

Baru-baru ini, ASUS Malaysia telah memuat naik kiriman di Facebook mengenai perbandingan antara unit yang akan dijual dalam pasaran tempatan dan set import.

Menurut ASUS, set Malaysia akan menerima sokongan jaminan satu tahun, sementara set import kebiasaaannya hanya menerima jaminan kedai atau kemungkinan langsung tidak ditawarkan sebarang jaminan.

Memandangkan unit tersebut adalah khas untuk pasaran Malaysia, sudah tentu rangkaian jalur lebar juga disesuaikan mengikut negara yang menerima peranti tersebut. Oleh itu, versi Malaysia menerima rangkaian jalur lebar yang lebih luas.

Dari segi RAM dan storan dalaman, ia turut menawarkan pilihan RAM sehingga 16GB serta storan yang lebih besar dengan 512GB storan dalaman.

Bermain permainan video terlalu lama akan menyebabkan suhu peranti meningkat. Tanpa perlu mengeluarkan wang tambahan, di dalam kotak pembelian set Malaysia turut disertakan alat penyejuk AeroActive Cooler 3 yang mempunyai kipas yang lebih efektif untuk penyejukan.

ASUS ROG Phone 3 dijadual akan dilancarkan dalam pasaran Malaysia pada September ini.

116427695_3155527787835757_6414560258422609344_o-755x900.jpg


Sumbe asal
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Asus ROG Phone 3 Bakal Ditawarkan Di Malaysia Pada 5 September

Asus ROG Phone 3 merupakan salah satu telefon memfokuskan permua yang dinantikan ramai. Pihak Asus Malaysia sebelum ini telah mengesahkan ia bakal hadir ke pasaran tempatan, dan kini salah satu penjual tempatan popular mengatakan ia bakal ditawarkan pada 5 September 2020 ini. Asus ROG Phone 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+ terbaru, dilengkapi dengan memori sehingga 16GB RAM, selain pengoptimasian khusus untuk permua, dan juga bateri bersaiz besar.

Buat masa ini, harga jualan tempatannya masih tidak diketahui lagi, tetapi dijangka hadir dengan pilihan antara 8GB RAM hingga 16GB RAM, selain penawaran storan sehingga 512GB. Sama-sama kita nantikan 5 September ini untuk mengetahui lanjut mengenai penawaran telefon permua ini untuk pasaran Malaysia.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
22,006
Reaction score
3,505
Points
236
Asus ROG Phone 3 Berharga Bermula RM3799 Di Malaysia, ROG Phone 3 Strix Berharga RM2999

Asus Malaysia hari ini telah mengumumkan penawaran telefon pintar permua mereka untuk pasaran Malaysia. Sebanyak tiga model dibawa masuk, iaitu satu Asus ROG Phone 3 Strix, dan dua model dibawah Asus ROG Phone 3.

Asus ROG Phone 3 hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865+, memori sehingga 16GB RAM, dan storan 512GB. Ia turut menawarkan skrin pada kadar segar semula 144Hz, serta bateri berkapasiti 6000mAh. Untuk rakaman gambar, ia menyertakan kamera belakang gabungan 64MP + 13MP (ultra-lebar) + 5MP (makro), selain rakaman swafoto 24-megapixel.

Sementara Asus ROG Phone 3 Strix pula hadir dengan cip pemprosesan Snapdragon 865, memori 8GB RAM dan storan 256GB. Berbeza dengan versi utama, Asus ROG Phone 3 Strix hadir dengan cip Snapdragon 865 pada kelajuan 2.84Ghz – berbanding ROG Phone 3 yang menggunakan Snapdragon 865 pada kelajuan 3.1Ghz.

Disamping itu, Asus ROG Phone 3 Strix Edition ini turut hadir dengan memori 8GB RAM LPDDR5, selain storan 256GB UFS 3.1. Penawaran lain adalah lebih kurang sama seperti versi ROG Phone 3 – termasuk pengoptimasian untuk permua.

Di Malaysia, Asus ROG Phone 3 Strix ditawarkan pada harga RM2999. Asus ROG Phone 3 versi 12GB RAM pula ditawarkan pada harga RM3799, dan ROG Phone 3 dengan 16GB RAM ditawarkan pada harga RM4499.

Bersama-sama dengannya, sejumlah aksesori turut ditawarkan Asus, termasuk ROG Kunai 3 Gamepad pada harga RM499, Mobile Desktop Dock pada harga RM599, dan TwinView Dock 3 pada harga RM899
 
Sponsored Post
Top
Log in Register