BTC USD 23,452.6 Gold USD 1,865.94
Time now: Jun 1, 12:00 AM

PC News Asus ExpertBook B9, 'Laptop' 14 Inci Yang Paling Ringan Buat Masa Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
gemgem
Messages
40,697
Top Poster #6
Joined
Nov 23, 2012
Messages
40,697
Reaction score
5,058
Points
516
Awards
1
Asus telah melancarkan komputer riba flagship yang baharu di mana beratnya hanya seberat 1.94 pound (0.87kg). Syarikat ini menyatakan bahawa peranti berkenaan, iaitu ExpertBook B9 merupakan komputer riba berukuran 14 inci yang paling ringan setakat ini. Reka bentuk komputer ini dikhuskan khas untuk mana-mana eksekutif mahupun profesional. Berat peranti berkenaan tidak memerlukan tenaga yang banyak untuk dibawanya ke mana-mana sahaja. Ketahanannya yang bagus menampakkan usaha yang paling berkesan oleh Asus untuk menghasilkan komputer riba yang boleh diharap serta serba boleh.
B9400CBA-Expertbook-B9-20.jpg

Asus ExpertBook B9 mempunyai ketahanan bateri yang lebih lama serta reka bentuknya yang anggun. Komputer riba ini untuk seluruh industri, eksekutif mahupun pemilik perniagaan yang seringkali membawa 'kerja' mereka di mana-mana sahaja. Ciri teknologi yang dinaik taraf memberikan prestasi lebih bagus serta keselamatan gred-enterprise untuk menyimpan data-data sulit dengan selamat. Terdapat dua jenis model yang tersedia buat masa ini iaitu 9450CBA-XVE75 dan B9450CBA-XVE77. Kedua-dua model ini mempunyai paparan slim-bezel 14-inch 400 nits FHD NanoEdge.

Komputer riba ini juga dilengkapi dengan casis magnesium alloy yang beratnya sekitar 880g, Intel Core i7-1255U serta grafik Intel Iris Xe. Selain itu juga, model tersebut menyokong USB 3.2 Type-A Gen 2, dua Thunderbolt 4 port, HDMI, Bluetooth 5.2, dan Wi-Fi 6E. Dari segi keselamatan, Asus Expertbook B9 menawarkan pengesanan cap jari, cip TPM 2.0, Kensington Lock dan pelindung kamera. Perbezaan antara dua model ini adalah XVE77 datang 32GB RAM LPDDR5 dan storan sebanyak 2TB SSD.
ExpertBook-B9-sustainable-packaging-modes.jpeg

Tambahan pula, Asus Expertbook B9 mempunyai penarafan Energy Star 8.0 dan sijil kecekapan kuasa daripada EPEAT Gold. Dengan adanya dua ciri ini, bateri yang terkandung didalamnya mempunyai jangka hayat selama 16 jam. Bekas pembungkusan komputer riba tersebut boleh dikitar semula sepenuhnya dan boleh bertukar menjadi laptop stand jika perlu. Harga yang ditawarkan bagi kedua-dua model Asus Expertbook B9 adalah dari ~RM 8,595 dan ~RM 6,299.

Beli komputer riba Asus di - https://shope.ee/3VAcNeYKNG

Sumber asal Digital Trends
 

CG Sponsors




Top
Log in Register