BTC USD 63,314.0 Gold USD 4,343.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro TV User Review @ CG

mengapa masih pakai astrok
banyak pilihan lain
pilihan di tangan anda
 
Semenjak saya tinggalkan Astro dah tak perlu menghadapi semua ni. :D

(Padahal masih ada Astro Njoi kat rumah)
 
saya pakai yg free je. kalu nk tgk yg berbayar, gi lepak kedai yg pasang channel tersebut.
 
Dah Batal Astro, Tapi Bil Datang Lagi : Lihat Cara Wanita ini Bertindak Cara Bijak

Screen%2BShot%2B2016-05-15%2Bat%2B12.01.13%2BPM.png


15 Mei - Beberapa hari lepas, seorang pengguna Facebook, Novianti Mohd Zain, telah berkongsi satu status di Facebook yang menceritakan kronologi bagaimana dia membatalkan langganan Astro menjadi viral.

Menurut Novianti, pada mulanya dia hanya membuat pembatalan menerusi panggilan telefon tetapi bil bulan-bulan selepas itu tetap juga datang.

Selepas beberapa bulan, barulah kes pembatalan ini selesai dan Novianti berkongsi kronologi bagaimana dia menyelesaian masalah itu di Facebook dengan tujuan agar orang ramai berani untuk menegakkan hak sebagai pelanggan.

Jom lihat bagaimana Novianti menyelesaikan masalah ini.

《Hikayat Aku & Astro》

BUTIR-BUTIR TUNTUTAN : PELANGGAN MENENTANG ASTRO

23 Feb 2016

Saya telefon Astro Call Centre untuk menamatkan perkhidmatan langganan Astro. Saya diberitahu perlu menjelaskan bayaran 1 Bulan Notis jika ingin menamatkan perkhidmatan iaitu sebanyak RM46.20 dalam masa 2 hari.

24 Feb 2016

Saya menyelesaikan bayaran notis 1 bulan itu menggunakan perkhidmatan perbankan internet (Cimbclicks) sebanyak RM46.20 (bererti saya boleh lagi menikmati tayangan Astro sehingga 24 Mac).
*Rujuk lampiran

6 @ 7 Mac 2016

Wakil Astro menelefon saya untuk bertanya :

i) Adakah saya masih menerima bil astro?
Saya jawab TIDAK (ketika ini saya tidak menerima bil)

ii) Adakah saya pasti ingin menamatkan langganan Astro?
Saya jawab YA.

**Panggilan ini dibuat ketika saya masih berada di pejabat.

- Sebaik saya pulang ke rumah, saya dapati servis seperti sudah ditamatkan kerana tv gelap seperti tidak menerima apa-apa isyarat walaupun cuaca tidak hujan dan lampu decoder menyala. (Saya amat kecewa kerana masih belum cukup 1 bulan notis). Tetapi saya diamkan sahaja kerana tidak mahu membazir bil telefon dan masa saya menelefon call centre.

- Saya terus mencabut wayar kuasa Astro dan menyimpan dekoder. (Saya tidak lagi menggunakan langganan siaran Astro)

3 April 2016

- Tiba-tiba saya menerima kembali bil bagi bulan April daripada Astro (*nota: Bil Mac tidak diterima) berjumlah RM 39.45

- Saya telefon Astro untuk bertanyakan status akaun saya.dan mereka menyatakan status akaun saya AKTIF. Saya terkejut dan merasa amat kecewa kerana bayaran notis penamatan telah dibuat dan wakil Astro juga telah menelefon saya untuk tujuan kepastian menamatkan servis langganan.

Pegawai perkhidmatan pelanggan tersebut menyatakan akan menyemak kembali dakwaan saya mengenai panggilan (6 @ 7 Mac) wakil Astro kepada saya. Beliau menyatakan akan menelefon saya kembali dalam masa 48 jam dan jika dakwaan saya salah, saya perlu melunaskan juga bil.

- Selepas 48 jam, tiada wakil Astro yang menelefon saya.

28 April 2016

Saya menelefon Astro. Mereka mengesahkan tentang panggilan yang telah saya buat pada 3 April dan bertanyakan adakah wakil Astro yang menghubungi saya selepas tarikh tersebut? Saya jawab TIADA. Sekali lagi mereka berjanji untuk menghubungi saya dalam masa 48 jam untuk pengesahan status akaun saya. Tetapi selepas 48 jam, tiada panggilan balas daripada Astro.

5 Mei 2016

Saya menerima bil bulan Mei berjumlah RM 81.80.

11 Mei 2011

- Saya memfailkan tuntutan kepada Tribunal Tuntutan Pengguna kerana merasa telah dianiaya oleh Astro dengan niat melengah-lengahkan aduan saya disamping bil terkumpul yang semakin banyak tertunggak.

- Saya dengan ini , memohon agar saya diberi pengecualian daripada membayar bil Astro bermula tarikh 24 Mac 2016 sehingga kes tuntutan ini selesai.
(** Disertakan bersama bukti pembayaran dan bil)

********************************************************************

11 Mei 2016

- Setelah menyerahkan borang tuntutan ke Tribunal Pengguna, saya juga menghantar 1 salinan borang tuntutan saya kepada Astro menggunakan Pos Berdaftar (wajib).

- Tarikh sebutan kes ialah pada 16 Jun 2016. Dimana saya akan bersemuka dgn wakil Astro.

12 Mei 2016 (24 hours after report)

- Saya mendapat panggilan daripada wakil Astro, mereka menyatakan akaun saya akan segera ditamatkan dan bil tertunggak yang dihantar kepada saya akan dipadamkan (erase).

ALHAMDULILLAH..
**********************************
Tujuan saya berkongsi pengalaman saya ini, supaya jika ada mereka yg sedang mengalami situasi seperti saya ini, tolong jangan biarkan kita dianiaya & dibuli oleh syarikat yang ternama hanya kerana takut (ada macam2 jenis takut..takut kena saman oleh Astro kerana tak bayar bil, takut bnyk kerja kena naik turun pejabat sana sini, takut pd akhirnya kita juga yg terkena balik & mcm2 jenis takut lg).

Kita ada hak kita sebagai pengguna walaupun saya amik pakej yg plg murah. Fight for your right. Bawa semua bukti & halakan kekecewaan kita kepada pihak yg betul. Insya Allah..jika rezeki kita Alhamdulillah.tp jika tiada rezeki, tidak mengapa..sekurang-kurangnya kita berusaha membela diri kita & tidak membiarkan mereka berterusan 'merompak' kita.
 
Harga Langganan Astro Sports Pack Meningkat Bermula 1 Ogos 2016

Di dalam dunia siaran tv satelit berbayar, Astro ialah pembekal perkhidmatan nombor satu di negara. Antara sebab mereka mendominasi arena ini ialah kerana kekurangan saingan dan hak siaran bola sepak eksklusif untuk beberapa liga dunia. Kepada pelanggan pakej Astro Sports Pack, bayaran langganan anda akan meningkat sebanyak RM 8.48 bermula 1 Ogos ini.

Astro-Sports-Pack-Harga-Naik-1.jpg


Harga langganan baru ini termasuk dengan 6% cukai GST. Harga baru ini ditetapkan kerana bayaran penyiaran yang meningkat oleh Liga Perdana Inggeris. Pada masa yang sama, Astro turut menekankan yang mana mereka menambah dua saluran lagi di bawah pakej sukan mereka, iaitu saluran e-sukan dua puluh empat jam baru yang dinamakan eGG Network dan juga saluran BeIn Sports yang menawarkan liputan bola sepak di Eropah. Dua lagi saluran tambahan Astro Super Sport 4 dan Astro Arena HD turut diperkenalkan.

Dengan harga baru ini setiap pelanggan Astro Sports Pack akan diberikan prebiu OD Plus, Astro Cricket dan Setanta Sports selama 60 hari dari 16 Julai ke 16 September. Kepada yang melanggan diharap anda menyedari harga baru yang bakal berkuat kuasa sebulan dari sekarang.
 
Haha. Aku terpaksa jgk pasang astro.

Sebulan dah nak dkt rm160.

Sbb mak bapak aku tak reti pakai android box, skybox semua tu.

Lepas tu diorg suka pakai pvr.
 
Astro buat hal lagi. Orang tengah rancak tengok Euro 2016, pelan-pelan dia hantar notis naik RM8 untuk pakej sukan. Saya pun dapat notis yang sama, esoknya jugak 29.6.2016 terus telefon Astro nak tukar pakej. Nak tukar pakej kena caj penalty RM120, dalam 4 tahun lepas RM20 je rasanya. Saya tukar fikiran, nak terminate terus. Lama operator buatkan saya tunggu, lepas tu dimaklumkan kena bayar lebih kurang RM360 untuk terminate. Saya tanya apa detail RM360 tu?

RM120 penalti
RM80 penalti
RM88 bil bulanan
RM70 1 bulan notis.

1 bulan notis pun ada cas jugak? Lepas tu saya kata ini unfair, dalam perjanjian takde pun. Selamba je operator tu jawab dengan gelak2 ramai dah orang komplen benda ni. Kalau encik tak puas hati encik boleh komplen dalam facebook. Ok fine, I take your challenge. Saya bayar RM360 skang saya nak tulis ni dalam facebook.

Jadi soalnya sampai bila kita nak biarkan Astro sentiasa buat hal? Kita plak cuma boleh jadi Pak Pandir. Orang kata bayar, kita pun bayar. Orang kata hari ni takde siaran sebab hujan, kita pun cakap ye lah, kami akur. Mana maruah kita selama ni? Ni bukan sekali dua ye, kalau ikut rekod entah berapa kali dah dia cari pasal. Time nak terminate bukan main susah, time hujan line tak dapat, bayar lambat dia potong, nak sambung balik punya lembap, bila telefon jawab lebih kurang. Apa lagi? Enough is enough la. Cuba pegi tengok dalam fb rasmi Astro tu, berapa ramai yang komplen dan macam mana cara Astro jawab? Irritating. Macam tu ke cara dia layan kita sedangkan dia perlukan duit kita untuk dia sendiri survive. Kenapa dia boleh pijak kepala kita sedangkan sepatutnya kita yang boleh pijak kepala dia? Kenapa? Sebab kita mungkin sudah faham hak pengguna, tapi kita tak pernah bersatu. Cuba kalau kita bersatu, korang tak teringin ke tengok ego Astro ni terjatuh macam Maxis dulu?

Rasanya kalau sebahagian besar pengguna Astro boikot untuk bayar bil Astro selama 3 bulan, katakan la JULAI, OGOS dan SEPTEMBER 2016 saya rasa cashflow diorang mungkin akan terganggu. Bila dah geng kapitalis yang hidup bertuhankan duit ni tak dapat sumber ‘oksigen’ macam biasa, baru la masa tu kau nak tergedik-gedik macam cacing kepanasan. Tak payah tengok contoh jauh2, sebab kita rakyat Malaysia pernah secara tak sengaja ‘memalukan’ Maxis dulu. Ye betul, diorang akan potong line. Anak-anak dan bini kita mungkin komplen boring takde tv, tapi kita kena sabar. Cakap kat diorang yang kita buat ni untuk masa depan semua jugak. Sekali kita tak pernah cuba, sampai bila-bila pun Astro tetap akan buli kita. Jadi selama Astro takde tu layan la youtube ke, tv biasa ke tak pun rival Astro tak kira yang halal atau haram, pandai2 le korang pilih. Katakan dalam tempoh 3 bulan ni Astro degil jugak, sekurang-kurangnya kita dah terbiasa hidup tanpa Astro 3 bulan, so lepas tu dah tak rasa apa-apa. Boleh jugak jimat bil bulan-bulan kalau macam saya ni RM80 sebulan, setahun dah RM960 tu.

Mari kita bersatu. Kalau dulu kita pernah ‘jatuhkan’ Maxis tanpa sengaja, kali ni kita bersatu pulak dengan sengaja untuk jatuhkan Astro. Biar kali ni golongan kapitalis akan sentiasa beringat bahawa kita bukanlah pengguna yang boleh dijadikan seperti lembu untuk dicucuk hidung dan dibawa ke sana sini sesuka hati. Kali ni, kita buat sampai Astro melutut depan kita. Saya dah tutup Astro, skang nak pakai Njoi je. Hati senang, tak payah nak marah2 lagi.

#nwt
 
Pakai je box, beli pakej HDTV. Walaupun masih kena bayaran bulanan tetap berbaloi.
 
Skrg ni btul ke nak terminate kene byr rm360? Bnyak gilaaaaaa?mcm2 bole beli rm360 adui syaiton nya xtrok niiii
 
Back
Top
Log in Register