Astro sudah ada siaran tv dalam format 4k Ultra HD

CG Sponsors




SmileAlways

Super Active Member
Joined
Aug 11, 2014
Messages
9,520
Reaction score
426
Points
91
Credits
0
Dengan berita ini, peminat EPL kini boleh tengok bola dalam resolusi 4K. Sekali lagi diingatkan bahawa tayangan siaran 4K Astro menggunakan type 2160p. p= yg merujuk pada progressive adalah yg lebih bagus kerana 4K sudah tidak lagi menggunakan interlaced atau dikenali dgn nama 1080i pada siaran HD.
Tapi yg buat saya rasa kecewa. Hanya 4 saluran berkualiti tinggi 4K sahaja yg Astro tawarkan. Juga diingatkan bahawa Astro masih menggunakan teknologi compression MPEG2 utk siaran SD

komen copy from amanz
 
Sponsored Post

tomie

CG Hardcore Club
Joined
Dec 25, 2006
Messages
73,876
Reaction score
8,262
Points
716
Credits
0
bkn 2 perkara yg bbeza ke? :-?
beza baq hang...
4k tu...untuk luas dabak ja...

60fps....smoothh 3D punya ..real grafik :D
lagi sejuk mata memandang.... ;;)
 

underscore

Legendary Member
Joined
Sep 20, 2008
Messages
11,454
Reaction score
4,234
Points
196
Credits
0
PETALING JAYA: : Berita baik buat semua pelanggan Astro kerana Astro Ultra Box baharu yang memberikan pengalaman Definisi Ultra Tinggi 4K (4K UHD), iaitu empat kali ganda lebih baik berbanding Definisi Tinggi (HD), kini dilancarkan.

Menurut Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Astro, Henry Tan, pelanggan Astro adalah antara yang pertama di Malaysia untuk menikmati perlawanan besar Liga Perdana, EUFA Euro 2020, La Liga, Formula 1 serta beberapa filem terpilih pada definisi 4K UHD.

“Paling utama anda boleh menonton kandungannya di 4K UHD. Ia pasti mengujakan peminat sukan dan tahun depan merupakan tahun sukan di mana ada Euro 2020. Kita akan lihat banyak cerita mengenainya dan ia boleh ditonton pada kualiti 4K UHD dengan paparan lebih jelas dan menarik,” kata Henry ketika melancarkan Astro Ultra Box di Blue Atrium, Sunway Pyramid, pada Rabu.

Pengalaman tontonan 4K UHD jika dibandingkan dengan HD adalah lebih baik kerana piksel tinggi (8,294,400 piksel) dan resolusi 3840 x 2160 memberi paparan lebih jitu dan teliti pada skrin berbanding resolusi 1920 x 1080 pada skrin HD.

Untuk menikmati tontonan 4K UHD, pelanggan memerlukan televisyen 4K yang bersesuaian.

Astro Ultra Box turut menawarkan pelbagai fungsi menarik bagi kemudahan pelanggan menonton rancangan kegemaran pada bila-bila masa mengikut permintaan, termasuk fungsi Cloud Recording atau Rakaman Awan, Play From Start, lebih 50,000 saluran video on demand, serta keupayaan untuk merakam pelbagai program secara serentak di beberapa alat berbeza.

Fungsi-fungsi itu boleh dinikmati jika Ultra Box disambungkan dengan Internet.

Menurut Henry lagi, Astro berada di landasan yang betul untuk terus menambah baik dan menyediakan perkhidmatan serta pengalaman yang terbaik buat pelanggannya menerusi kandungan, kemudahan OTT dan pengalaman menonton di rumah.

Naik taraf percuma diberikan kepada pelanggan yang melanggan pakej bulanan Astro pada harga RM100 ke atas, manakala pelanggan dengan harga pakej langganan bulanan RM100 ke bawah perlu membayar RM199 bagi kos pemasangan.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register