BTC USD 38,246.8 Gold USD 1,809.98
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro Sedang Ada Masalah Teknikal

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Astro menerusi Facebook rasminya menyatakan mereka kini sedang menghadapi masalah teknikal dimana beberapa pengguna tidak dapat mengakses saluran televisyen. Ini termasuk juga dengan pelanggan njoi.

Dalam kenyataan itu juga, Astro menasihatkan pengguna untuk menggunakan perkhidmatan Astro Go buat masa sekarang sekiranya saluran tersebut ditawarkan dalam aplikasi itu.

Astro-1.jpeg

Kami juga telah menyemak bahawa saluran-saluran utama seperti TV 1, TV3 tidak dapat ditonton. Oleh itu, bagi pengguna Astro diharapkan bersabar kerana pihak mereka sedang dalam proses membaik pulih.

Astro mengatakan masalah tersebut berpunca dari gangguan pada satelit dan mereka sedang berusaha membaiki masalah itu. Setakat ini, beberapa saluran sudah pulih kembali. Pun begitu, bagi pengguna yang masih terjejas, disarankan untuk terus strim melalui Astro Go.

 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,298
Reaction score
2,547
Points
201
Sibuk lah orang2 kat MEASAT Cyberjoyo lening.
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Astro Perlu Lebih Masa Menangani Sepenuhnya Isu Perkhidmatan Satelit Yang Di Hadapi

Astro hari ini memaklumkan bahawa pihak mereka memerlukan lebih masa untuk memperbaiki sepenuhnya masalah yang dihadapi. Ia susulan gangguan perkhidmatan satelit yang masih dialami oleh sebahagian pelanngan mereka ketika ini.

Semalam telah dilaporkan tentang masalah teknikal yang dihadapi Astro di mana pelanngan mereka tidak dapat mengakses saluran siaran Astro langganan mereka.

Astro juga menyatakan bahawa pihak teknikal mereka kini sedang berusaha secepat mungkin untuk mengenal pasti dan membaik pulih beberapa saluran yang terjejas.

Pihak Astro juga mengsyorkan kepada pelanggan mereka yang mengalami kesulitan mendapatkan saluran Astro masing-masing supaya melayari penstriman secara langsung di Astro GO.

Setakat semakan yang dibuat di laman Facebook rasmi Astro, masih terdapat pelanggan yang meluahkan rasa kecewa kerana masih belum dapat mengakses saluran langganan mereka hari ini.

Sumber asal Astro Awani
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
Posisi Satelit MEASAT-3 Berubah Punca Gangguan Siaran Astro

Hari ini, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) memaklumkan bahawa gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran menggunakan satelit MEASAT-3 yang berlaku sejak 21 Jun 2021 lalu akhirnya berjaya dipulihkan. Beberapa hari lalu telah berlakunya gangguan ke atas perkhidmatan telekomunikasi dan penyiaran sehingga menyebabkan siaran langganan tv berbayar seperti Astro tidak dapat diakses oleh para pelanggannya.

Berdasarkan kepada laporan yang dihantar oleh pihak MEASAT kepada SKMM, gangguan itu didapati berpunca daripada masalah yang berlaku ke atas satelit MEASAT-3. Walaubagaimanapun punca kejadian sebenar masih belum diketahui, namun siasatan awal yang dijalankan mendapati, berlakunya kegagalan thruster sehingga menjejaskan posisi satelit MEASAT-3.

Jadi bagi menangani isu itu, MEASAT menggunakan back-up thrusters bagi mengawal satelit berkenaan tanpa sebarang impak kepada operasi dan jangka hayat satelit yang dimaksudkan. Insiden tersebut telah mengakibatkan gangguan ke atas pelbagai perkhidmatan seperti Direct-to-Home (DTH), pengagihan saluran video, perkhidmatan telefon mudah alih oleh pihak penyedia perkhidmatan dan juga perkhidmatan Very Small Aperture Terminal (VSAT).

Dianggarkan seramai 14,000 pelanggan telah terjejas dengan insiden itu. SKMM juga memohon pengguna awam untuk terus menghubungi MEASAT sekiranya perkhidmatan yang dilanggani masih lagi terjejas. MEASAT boleh dihubungi (24jam) menerusi talian 03-8213 2188 atau 03-2332 3838.

Sumber asal https://www.mcmc.gov.my/skmmgovmy/m...ANGGUAN_SATELIT_MEASAT_3_KERJA_BAIK_PULIH.pdf
 

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
30,265
Reaction score
4,104
Points
236
MEASAT-3 Perlukan Masa Tambahan Untuk Penstabilan - Astro Turut Terjejas

MEASAT hari ini telah mengumumkan yang mana kini mereka dapati satelit MEASAT-3 mengalami degradasi perkhidmatan – sekaligus memerlukan masa tambahan untuk menstabilkan sepenuhnya satelit berkenaan. MEASAT turut mengatakan mereka kini sedang memantau dan melakukan penyelenggaraan pada peringkat kritikal – dan sedang berusaha supaya mencapai prestasi yang disasarkan secepat mungkin.

Disebabkan oleh masalah ini, beberapa perkhidmatan terus menghadapi masalah. Salah satunya adalah Astro – dimana telah mengesahkan masalah ini, dan mengatakan pengguna di bangunan tinggi akan menghadapi masalah untuk mengakses beberapa saluran. Astro turut meminta pengguna untuk strim kandungan melalui Astro GO sementara masalah ini diatasi sepenuhnya.

 

maxpda

Super Active Member
Joined
Jan 15, 2007
Messages
7,783
Reaction score
305
Points
91
Siapa pengeluar measat 3 ni...
Satelit baru je 15tahun dah masalah...


Lancar tahun 2006...

Astro nak kena ada backup plan dah... Mungkin tukar semua decoder untuk stream dari internet pula..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register