BTC USD 63,894.6 Gold USD 1,775.53
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Astro, Maxis tawar pakej pengguna akhir tahun

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
KUALA LUMPUR - Astro Malaysia Holdings Bhd dan Maxis Bhd, yang menandatangani perjanjian bagi menawarkan Astro TV dan radio, jalur lebar kelajuan tinggi dan suara kepada rakyat Malaysia hari ini, akan menawarkan pakej pengguna fasa pertama menjelang akhir tahun.

Menerusi perjanjian itu, Maxis, penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu, menjalin usaha sama 10 tahun dengan Astro, yang secara eksklusif akan menjadi penyedia perkhidmatan kandungan televisyen Protokol Internet (IPTV) selama tiga tahun.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Sandip Das berkata kedua-dua pihak kini dalam peringkat membangunkan pakej-pakej dan akan memasarkannya bersama internet gentian, internet mudah alih, internet tanpa wayar dan perkhidmatan talian pelanggan Digital Asymmetrik Maxis.

"Banyak pakej sedang dibangunkan dan kami menjangkakan ia dapat dipasarkan dalam tempoh satu atau dua suku akan datang, dan kedua-dua pihak akan memasarkan bersama pakej-pakej itu menerusi semua saluran pengedaran masing-masing," katanya kepada pemberita selepas majlis pemeteraian itu.

"Secepat mana kami memasuki pasaran dan sesuai dengan kehendak pengguna merupakan ujian sebenar," katanya yang menambah Maxis mengunjurkan pendapatan menerusi usaha sama itu akan ditawarkan tahun depan.

Sehingga akhir Jun, Maxis Home mempunya lebih 57,000 pelanggan, termasuk 9,352 Internet Gentian Kediaman dan lebih 27,000 pelanggan Internet Tanpa Wayar Kediaman.

Perkhidmatan Internet Gentian kini disediakan untuk 1.3 juta rumah manakala perkhidmatan Internet tanpa wayar menawarkan liputan melebihi 82 peratus.

Astro bersiaran menerusi lebih 156 saluran dan mempunyai penebusan 50 peratus TV kediaman di Malaysia atau lebih 3.1 juta pelanggan.

Ketua Pegawai Eksekutif Astro Datuk Rohana Rozhan berkata usaha sama dengan Maxis memberikan 1.3 juta kediaman sebagai pasaran yang boleh ditembusi Astro B.yond IPTV.

"Dan kami menganggarkan satu juta daripada 1.3 juta kediaman terbabit merupakan pelanggan Astro," katanya.

Beliau berkata Astro akan terus meningkatkan produk dan perkhidmatannya, bagi menyediakan pilihan, pengalaman dan nilai yang lebih baik.

Jun lepas, Maxis menandatangani perjanjian usaha sama dengan 14 penyedia kandungan untuk menawarkan video atas permintaan (VOD), kandungan 3D selain saluran percuma ke udara bagi para pelanggan Internet Gentian Maxis. - Bernama
 
Sponsored Post

mattop

Legendary Member
Paid Membership
Joined
Mar 20, 2007
Messages
12,396
Reaction score
10
Points
115
tak der sapa nak amik unifi aar.... hehehhe
 

mzak

Legendary Member
Joined
Nov 3, 2009
Messages
15,880
Reaction score
152
Points
128
Mana yang ok kita "sebatttt"...:):):)
 

jaih

Legendary Member
Joined
Jan 14, 2006
Messages
10,052
Reaction score
487
Points
141
huh... yg ni laa plop... kalu murohh
kawe terminate slaluh 4mb nih...

tu pun kalu pakej unlimited arr
 
Last edited:

kebabom

Super Active Member
Joined
Mar 13, 2007
Messages
8,625
Reaction score
24
Points
65
astro-maxis...tokey yg sama....haha....
 

ekom

Active Member
Joined
Dec 9, 2006
Messages
1,663
Reaction score
6
Points
25
klu murah apalagi.. jom ler hehe..
 

anoyz

Active+ Member
Joined
Nov 3, 2011
Messages
2,663
Reaction score
182
Points
33
harga murah ley la..

dah monopoli market pun harga mahal ape kes..
 

syayzr

Active Member
Joined
Sep 7, 2009
Messages
1,654
Reaction score
79
Points
40
cepat2 la ade saingan bab tv ni kat malaysia..bia depa perang harge lak...ekeke
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register