Astro Jawab isu TV3 Dihalang Buat Liputan

CG Sponsors




arifnikkeyell2000

Active Member
Joined
Nov 15, 2007
Messages
1,184
Reaction score
14
Points
25
JOHOR BAHRU, 21 DIS 2008: Gara-gara tidak dapat membuat liputan meluas terhadap perkahwinan Mawi dan Ekin di sini semalam, krew TV3 mendakwa mereka telah dihalang daripada menjalankan tugas di lokasi pernikahan dan persandingan pasangan mempelai itu.

Laporan yang ke udara menerusi Buletin Utama semalam dan Melodi TV3, siang tadi memaparkan kekecohan yang berlaku antara krew terbabit dan pihak Astro serta Maestro Talent And Management.

Difahamkan, krew TV3 tidak dibenarkan masuk oleh pengawal keselamatan yang bertugas di perkarangan Masjid Sultan Abu Bakar dan Stadium Tertutup Johor Bahru kerana tidak mempunyai pas khas untuk membuat liputan itu mahupun sebarang dokumen hitam putih yang membenarkan tindakan mereka.

Halangan' ini terjadi apabila Astro telah mendapat hak penerbitan dan penyiaran eksklusif bagi semua liputan TV terhadap majlis perkahwinan Mawi & Ekin itu seperti yang diketahui oleh semua pengamal media sebelum ini.

Pun begitu, 'orang kuat' Astro Prima, Khairul Anwar Salleh, menjelaskan kepada wartawan malam tadi bahawa pihaknya telah pun sebenarnya memberikan ruang kepada krew TV3 untuk menemubual Ekin dan Mawi selepas sidang media perkahwinan mereka selesai di Masjid Sultan Abu Bakar.

"Kami tidak pernah menutup pintu langsung kepada TV3. Ini kerana selepas sidang media perkahwinan mereka dengan wartawan lain selesai, kami membenarkan mereka untuk menemuramah Mawi dan Ekin selama 15 minit. Jika dari awal lagi adanya permohonan secara hitam putih untuk membuat liputan (yang terhad), kami mungkin masih boleh membuat pertimbangan," jelas Khairul.

Difahamkan lagi, selain Astro, hak penyiaran itu juga turut diberikan kepada Radio Televisyen Malaysia (RTM) menerusi laporan khas yang akan ke udara di stesen penyiaran negara itu kelak.

Sementara itu, Mawi sendiri sempat mengulas tentang kejadian itu ketika sidang media tengah malam tadi sesudah dia bersanding di Stadium Tertutup Johor Bahru.

"Saya tak tahu menahu pun tentang perkara ini. Cuma saya takut orang akan kaitkan setiap kontroversi seperti ini dengan nama saya. Apa benda yang jadi pun, nama saya akan tetap disebut. Saya harap pihak-pihak yang terbabit dalam isu seperti ini memahami keadaan saya dan Ekin," pintanya.

Ekin dalam nada yang penuh diplomasi pula berkata, dalam setiap majlis yang besar seperti perkahwinan, tentu akan adanya cacat cela kerana ia sudah menjadi lumrah.

"Kita cuba sedaya upaya untuk memuaskan hati semua orang. Saya harap perkara ini tidak akan berlarutan menjadi satu isu yang diperbesar-besarkan. Sekali lagi saya ingin mengucapkan terima kasih kepada semua yang sudi datang tidak kira untuk meraikan kami dan membuat juga liputan," katanya.

sumber- murai
 
Sponsored Post

kasmarol

Super Active Member
Joined
Dec 12, 2008
Messages
9,935
Reaction score
59
Points
80
alahai isu ni ni lagi boring nii #:-S#:-S#:-S:(
 

ykenobi

Super Active Member
Joined
Nov 19, 2008
Messages
6,422
Reaction score
14
Points
65
ahh tv3suku mmg suke cari hal..maklum laa nak naikkan rating..meluat!!!
 
Sponsored Post
Top
Log in Register