BTC USD 59,365.9 Gold USD 2,411.44
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AstraZeneca tarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
51,910
Top Poster #7
Joined
Jun 17, 2007
Messages
51,910
Reaction score
6,292
Points
881
Awards
1
AstraZeneca tarik balik vaksin Covid-19 di seluruh dunia

Yusman AwangMay 8, 2024

LONDON: Beberapa bulan selepas mengakui vaksin Covid-19 keluarannya mempunyai kesan sampingan, syarikat farmaseutikal global Britain-Sweden, AstraZeneca menarik balik produk tersebut dari seluruh dunia.

Dalam kenyataan media pada Selasa (7 Mei), waktu tempatan, ia berkata, penarikan semula vaksin Covid–19 di peringkat global kerana ‘lebihan vaksin terkini yang tersedia’ sejak wabak itu melanda pada tahun 2019.

Syarikat itu juga berkata ia akan meneruskan tindakan untuk menarik balik kebenaran pemasaran vaksin Vaxzevria di seluruh Eropah.

“Memandangkan pelbagai jenis vaksin Covid-19 telah dibangunkan, terdapat lebihan vaksin dikemas kini yang tersedia,” ujar kenyataan syarikat itu.

“Senario itu juga telah menyebabkan penurunan permintaan untuk Vaxzevria, yang tidak lagi dikeluar atau dibekalkan,” tambahnya.

Terdahulu, AstraZeneca telah mengakui dalam dokumen mahkamah bahawa vaksin itu menyebabkan kesan sampingan seperti pembekuan darah dan kiraan platelet darah rendah.

Permohonan firma untuk menarik balik vaksin itu dibuat pada 5 Mac 2024 dan berkuat kuasa pada 7 Mei, menurut akhbar Britain, Telegraph yang pertama kali melaporkan perkembangan itu.

Akhbar Britain itu melaporkan, dokumen undang-undang yang dikemukakan pada Februari 2024 sebagai sebahagian daripada prosiding tuntutan mahkamah tindakan kelas, menyatakan bahawa vaksin syarikat itu ‘boleh, dalam kes yang sangat jarang berlaku, menyebabkan trombosis dengan sindrom thrombocytopenia (TTS)’.

Menurut Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), keadaan yang dikenali sebagai TTS adalah merujuk kepada ‘keadaan buruk (kesihatan) yang serius dan mengancam nyawa’.

Singapurasebelum ini merupakan antara negara yang tidak membenarkan penggunaan vaksin Covid-19 AstraZeneca, merujuk kepada kenyataan Menteri Kesihatan, On Ye Kung melalui jawapan dalam sidang parlimen, pada April 2023.

Beliau menjawab soalan mengenai penarikan jab AstraZeneca di Australia kerana kebimbangan mengenai trombosis.

AstraZeneca yang berpangkalan di London mula beralih kepada penghasilkan vaksin virus pernafasan dan ubat obesiti melalui beberapa urus niaga tahun lalu selepas pertumbuhan yang perlahan apabila jualan ubat Covid-19 merosot. – Agensi– HARAKAHDAILY 8/5/2024
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register