Astora Jabat Sertai Politik Thailand

CG Sponsors

abahmu

Legendary Member
Joined
Feb 21, 2007
Messages
17,951
Reaction score
124
Points
123
KUALA LUMPUR, 21 Jan: Bekas wartawan kontroversi akhbar Utusan, Astora Jabat, akhirnya kembali ke kampung kelahirannya di Resak (Ruso), Narathiwat, Selatan Thailand dan bakal bertanding dalam pilihan raya umum di negara itu.

Hasan Abdul Rahman atau nama Siamnya “Sei Toramain” memberitahu dalam blognya, setelah beberapa bulan kembali ke tempat kelahirannya itu beliau telah mendapat tiga tawaran daripada tiga parti politik Thai untuk menjadi calon dalam pilihan raya umum Thailand akan datang.

“Saya memilih parti yang paling besar dan dijangka akan menang dalam pilihan raya akan datang, iaitu Parti Peau Thai. Walaupun saya tidak berminat dengan politik, tetapi patut bagi saya mengubah arah dan membuat kerja yang lebih mencabar. Saya sendiri suka mencuba bidang kerja baru dan perkara-perkara yang mencabar yang tidak jauh dari bidang kerja asal,” tulis beliau dalam blognya.

Menurut Astora, beliau terpaksa menerima tawaran tersebut kerana beberapa sebab. Antaranya, beliau kena ada tempat bergantung untuk terus tinggal di kampung halamannya. Selain itu, permintaan penduduk kampungnya kerana pengalaman luarnya yang luas termasuk pernah terlibat dalam membantu kerajaan Malaysia pada zaman Tun Mahathir Mohamed.

Beliau juga mempunyai rancangan untuk melaksanakan pendidikan moden di selatan Thailand termasuk berfikir untuk menubuhkan sebuah universiti untuk umat Muslim Thailand.

Astora semasa di akhbar Utusan mengelolakan ruangan agama sebelum dilantik sebagai Pengarang majalah Al-Islam yang kemudiannya ditutup. Kebanyakan dalam tulisannya menghentam dua tokoh ulamak PAS iaitu Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz dan Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang.

Kontroversi lain melibatkan Astora ialah dalam tulisannya pernah mengatakan Firaun ada yang baik dan ada yang jahat. Selain Nabi Musa a.s. yang dianggapnya sebagai Firaun, beliau menamakan Dr. Mahathir sebagai Firaun baik.

Astora juga dalam tulisannya pernah membahagikan hukum aurat wanita kepada mughallazah dan mukhaffafah (seperti pembahagian hukum najis dalam Fiqah), sehingga mendapat tentangan pelbagai pihak.

Tulisan Astora yang tutut menimbulkan kontroversi ialah pendapat beliau yang menyokong ISA (Akta Keselamatan Dalam Negeri).

Beliau menulis bahawa Nabi Muhammad SAW menggunakan ISA untuk membendung pengganas.

Kerana pelbagai polemik yang ditimbulkan dalam tulisannya, beliau pernah difatwakan sesat oleh Majlis Agama Islam Johor (MAIJ) sekali gus dilarang atau dinasihatkan supaya berhenti menulis perkara-perkara yang berkaitan hukum hakam Islam.

Astora juga pernah berdebat dengan bekas Mufti Perlis, Dr Asri Zainal Abidin yang videonya pernah tersebar pada satu ketika dulu.

Beliau juga adalah pendalai laman web www.tematajdid.com

p/s salah satu ulamak idola umno :))
 
Sponsored Post

iamloco

Super Active Member
Joined
Dec 16, 2008
Messages
9,810
Reaction score
114
Points
73
lama tak dengar cerita pasal dia ni
 
S.Y.E.D

Banned
Joined
Jun 6, 2008
Messages
18,685
Reaction score
588
Points
161

oooea.. IDOLA ulamak amno ker... ihihhihii kelakor la plak dengor..
 
faizal_fx

Active Member
Joined
Oct 22, 2009
Messages
1,979
Reaction score
291
Points
41
laa..patut la dok meghoyan kat Malaysia..orang siam ruponya..
 
silvermaddness

Legendary Member
Joined
Oct 6, 2007
Messages
11,535
Reaction score
66
Points
130
tak sabar aku nk dgr mamat ni kena tembak...dok merepek dalam malaysia..siap masuk utusan..ntah ape2
 
fido1

Banned
Joined
Oct 25, 2009
Messages
7,268
Reaction score
339
Points
81
erm...ayat dia mmg pedas kalo hentam pembangkang terutamanya pas..bkn pedas,tp kurang ajar.negara snr kelam kabot nak masuk campur hal negara org.pastu pilih parti yg kuat..ape barang beb...pui! jadik mcm tgna atau anwar lg bgs..from zero to hero..:))
 
CL's

Legendary Member
Platinum Member
Joined
Apr 28, 2009
Messages
14,094
Reaction score
246
Points
128
baru ku tahu nama sebenar dia dan nama siam dia sekali....TQ TT...
 
zekerosy

Active Member
Joined
Feb 3, 2009
Messages
1,714
Reaction score
0
Points
20
idop lagi rupenya mamat ni..
moga2 insap la..
 
Sponsored Post
Top
Log in Register