BTC USD 43,018.7 Gold USD 1,749.05
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asteroid 2008 GO20 Akan Lintas Dekat Bumi Hari Ini

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,669
Reaction score
4,162
Points
236
25.07.2021 - Global, Sebuah asteroid yang dianggarkan sebesar saiz stadium bolasepak dilaporkan akan melintasi begitu hampir dengan bumi pada hari ini. Menurut NASA, asteroid itu dijangka terbang melintasi orbit bumi tanpa menimbulkan sebarang ancaman pada sabtu (24 Julai) kira-kira jam 11.35 malam waktu Malaysia.

Asteroid yang dinamakan sebagai 2008 GO20 itu berstatus asteroid Apollo iaitu asteroid yang memiliki lebar orbit antara Bumi dan Matahari sehingga memungkinkan ia tidak hanya menghampiri bumi, tetapi juga melintasi orbit planet ini, Asteroid itu dijangka melintasi bumi pada jarak 4,7 juta km dengan kelajuan 28,800 km/jam.

Sebagai perbandingan, jarak antara bumi dengan bulan adalah sejauh 238,606 batu (383999.1345 km). Walaupun jarak asteroid itu memberikan gambaran yang ia masih jauh dari bumi, NASA telah mengesan lebih daripada 26.000 asteroid berhampiran bumi dan lebih daripada 1.000 daripadanya dianggap berpotensi berbahaya.
1627186214831.png

1627186221193.png

1627186239553.png
 
Sponsored Post

Xploit Machine

CG Top Poster Club
Joined
Nov 23, 2012
Messages
31,669
Reaction score
4,162
Points
236
Asteroid Sebesar Piramid Giza Memecut Hampiri Bumi

26.07.2021 - Washington, Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA) berkata bahawa sebutir asteroid gergasi akan melewati Bumi pada Ahad ini pada kelajuan 28,968 kilometer sejam, lapor akhbar Daily Mail kelmarin. Asteroid dinamakan G020 itu memiliki panjang antara 96 meter hingga 219 meter, menjadikan saiznya sebesar Taj Mahal dan juga binaan Piramid Giza.

Ia akan berada pada kedudukan paling hampir 4.5 juta kilometer dari Bumi, meletakkannya pada kedudukan program ‘Apollo’ NASA. Jasad angkasa lepas itu bagaimanapun cukup jauh untuk dianggap sebagai satu kembimbangan besar. Sebagai perbandingan, Bulan adalah sejauh 384,399 kilometer dari Bumi. Menurut saluran berita Fox News, asteroid itu boleh menjadi semakin hampir dengan Bumi kerana tarikan graviti daripada planet ketika ia melewati sistem solar, namun hal tersebut bukan begitu membimbangkan.

Pada tahun 1901, asteroid itu melewati sekitar 1.2 juta kilometer dari Bumi dan pada 1935 pula ia berada pada kedudukan 2.41 juta kilometer dari Bumi. NASA memantau asteroid untuk mengkaji lebih banyak mengenai sistem solar dan bagi memastikan orbitnya tidak bergerak menghampiri Bumi.

Berita asal https://www.kosmo.com.my/2021/07/26/asteroid-sebesar-piramid-giza-memecut-hampiri-bumi/
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
18,341
Reaction score
2,797
Points
201
Asteroid lebih besar daripada Big Ben hampiri Bumi Ahad ini

WASHINGTON – Sebuah asteroid bersaiz dua kali ganda lebih besar daripada menara jam Big Ben di London dijangka memasuki orbit Bumi pada hujung minggu ini, lapor akhbar Daily Star semalam.

Menurut Pentadbiran Aeronautik dan Angkasa Kebangsaan (NASA), agensi itu buat masa ini sedang menjejaki pergerakan batuan angkasa lepas dikenali sebagai 2021 PT tersebut yang diramal menghampiri Bumi Ahad ini.

Objek itu mempunyai diameter antara 110 meter (m) hingga 240 m.

Ia dilaporkan bergerak pada kelajuan melebihi 25,700 kilometer (km) sejam, namun akan melintasi Bumi pada jarak selamat, iaitu lebih 4.8 juta km.

Sementara itu, NASA buat masa ini turut menjejaki sebuah lagi asteroid yang digelar 2011 UC292.

Ia mempunyai diameter lebih kecil, iaitu 73 m hingga 160 m, namun bergerak pada kelajuan melebihi 30,743 km sejam.

Bagaimanapun, asteroid tersebut turut akan melintasi Bumi pada jarak selamat iaitu melebihi 3.2 juta km pada hari ini. – Agensi

Oleh KOSMO!
24 Ogos 2021, 8:00 pm

#Kosmo
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register