BTC USD 65,106.5 Gold USD 1,782.50
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asri: Ulama bisu umno umpama anjing... UFB JAWAB

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81
ULAMA' YANG DISIFATKAN SEPERTI ANJING OLEH ALLAH

Firman Allah: (maksudnya) “Dan bacakanlah kepada mereka (Wahai Muhammad), khabar berita seorang yang Kami beri kepadanya (pengetahuan mengenai) ayat-ayat kami. kemudian dia menjadikan dirinya terkeluar darinya, lalu syaitan mengikutnya, maka jadilah dia daripada orang-orang yang sesat. Dan kalau Kami kehendaki nescaya Kami tinggikan pangkatnya dengan ayat-ayat itu, tetapi dia mahu kepada dunia dan menurut hawa nafsunya; maka bandingannya seperti anjing, jika engkau menghalaunya, dia menjelirkan lidahnya, dan jika engkau membiarkannya: dia juga menjelirkan lidahnya. Demikianlah bandingan orang-orang yang mendustakan ayat-ayat kami. maka ceritakanlah kisah-kisah itu supaya mereka berfikir”. (Surah al-A’raf: ayat 175-176).




Asri: Ulama bisu umno umpama anjing...


Umno sebuah parti yang kini dianggotai oleh 'syaitan' yang dikenali, kata Tun Mahathir. Kini, menurut Dr. Mohd Asri, bekas mufti Perlis, Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agama demi mempertahankan pelbagai kerosakan yang dilakukan umno, seperti anjing. Pandangan beliau turut dikongsi oleh beberapa tokoh umno sendiri!

Asri selar ulama Umno membisu dalam isu melibatkan parti tersebut

KUALA LUMPUR, 7 Sept. Bekas mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin menyelar ulama muda dalam Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Dr Asri juga berkata budaya politik samseng seperti serangan ke atas bas, menunjukkan punggung pada gambar pemimpin, membaling kasut dalam masjid, tarian punggung dan lain-lain adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,”kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.

Insiden serangan bas jelajah merdeka ketua pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim di Kota Bharu dan kemudiaannya serangan ahli Pertubuhan Pribumi Perkasa (Perkasa) di masjid baru-baru ini mencerminkan imej sebenar budaya politik ganas yang berlaku dalam negara.

Kontroversi memijak potret perdana menteri (PM) Najib Razak dan isteri dan kibaran bendera baru pada malam kemerdekaan diperbesar-besarkan oleh media hingga memaksa polis mengambil langkah drastik bagi menangkap pesalah tersebut.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.

“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.

Turut tidak terlepas daripada teguran Dr Asri dalam kenyataannya tersebut ialah bekas penyanyi kumpulan Elite, Abby Abadi yang menyertai parti Islam, PAS baru-baru ini.

Pertelingkahan melibatkan bekas mufti Perlis tersebut dengan Abby menarik perhatian ramai minggu lepas apabila kedua-dua mereka bertikam lidah dalam menyuarakan pandangan ke atas isu hukum hudud.

Dr Asri mempersoalkan pihak PAS yang memberikan platform kepada Abby untuk bercakap tentang isu-isu berkaitan dengan Islam dan politik tanpa sebarang ilmu dan pendidikan yang selayaknya.

“Di celahan itu yang menarik hari ini artis-artis yang baru masuk politik sehari dua pun seakan sudah menjadi ‘sarjana Islam’.

“Mula mengeluarkan hukum ke atas orang lain. Sambutannya hebat. Modalnya bukan ilmu, tapi ‘wajah dan penampilan’ yang memikat penganjur.

“Kita hendaklah tahu seperti yang disebut oleh para sarjana Islam, bab politik islami bukan mudah untuk dihuraikan,” katanya lagi.

Oleh Md Izwan - Malaysian Insider



Abu Umayyah Ash-Sha`bani berkata, “Saya bertanya Abu Tha`labah Al-Khushani: Apa pendapat saudara mengenai ayat, ‘ Hai orang-orang yang beriman, jagalah dirimu; tiadalah orang yang sesat itu akan memberi mudarat kepadamu apabila kamu telah mendapat petunjuk. Hanya kepada Allah kamu kembali semuanya, maka Dia akan menerangkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan..’ (Al-Ma’idah: 105)” He said, ” Aku bersumpah dengan Allah, Aku bertanyakan seseorang yang mengetahui tentangnya; Saya bertanya Rasulullah(SAW) mengenainya. Baginda bersabda:

‘Suruhlah antara satu sama lain untuk buat yang baik dan cegahlah antara satu sama lain daripada melakukan perkara yang jahat. Tetapi jika kamu lihat kezaliman ditaati, nafsu diikuti, kepentingan dunia diutamakan, setiap orang terpesona dengan pendapatnya sendiri, maka jagalah diri kamu , dan tinggalkan sendirian perkara yang kebanyakan manusia sedang membuat selepas daripada kamu ialah hari-hari yang akan memerlukan kesabaran, yang mana menunjukan kesabaran akan seperti mengenggam bara. Sesiapa yang berbuat yang benar pada zaman itu akan di beri pahala seperti lima puluh orang daripada kalangan kamu


Update
07092012



KUALA LUMPUR, 7 Sept ―
Ulama Muda Umno hari ini menerima nasihat yang diberikan bekas Mufti Perlis, Dr Mohd Asri Zainul Abidin agar segera menyuarakan pendirian berhubung insiden budaya politik samseng dengan hati terbuka, namun mengharapkan beliau agar dapat mendahulukan melaksanakan perkara itu memandangkan beliau mempunyai hubungan akrab dengan pemimpin tertinggi Umno.

Jelas Pengerusi Jawatankuasa Kerja Seketariat Ulama Muda Umno, Fathul Bari Mat Jahya, tugas ilmuan adalah untuk saling menasihati dan melengkapi antara satu sama lain, dan bukannya mencari kesalahan masing-masing.

“Kami terima dengan hati yang terbuka nasihat beliau (Dr Asri), namun mengharapkan agar beliau yang rapat dengan pemimpin tertinggi parti untuk mendahulukan perkara itu.

Kami mempunyai ruang yang terhad, jarang bertemu pemimpin untuk menyuarakan pendapat dan nasihat kami,” katanya.

Tambah beliau, “kami bagaimanapun ada menyuarakannya melalui penulisan kami di akhbar, laman sosial seperti blog dan sebagainya.”

“Kami hanya melaksanakan mengikut kemampuan kami,” katanya lagi kepada The Malaysian Insider.


Menurut Fathul Bari, pihaknya juga mengutuk budaya politik samseng seperti yang berlaku akhir-akhir ini, seperti insiden serangan ke atas bas Pakatan Rakyat (PR), serangan kasut di masjid di Kedah, dan juga menunjukkan pungung kepada gambar pemimpin negara.

“Kami mengutuk insiden sedemikian ... kalau ia perbuatan salah dan melanggar perintah agama, memang kami tentang.

“Saya sendiri tidak bersetuju dengan perkara itu,” katanya lagi.
Asri sebelum ini menyelar ulama muda Umno yang mengambil sikap membisu terhadap budaya politik samseng yang semakin menjadi-jadi kebelakangan ini.

Beliau juga berkata budaya politik samseng ini adalah bukti masyarakat kini semakin kehilangan adab sopan dan berakhlak buruk.

“Perbezaan politik bukan lagi membawa pertarungan minda dan tawaran khidmat pengurusan yang lebih baik, tetapi sebaliknya yang berlaku,” kata Asri dalam kenyataannya di laman rasminya www.drmaza.com.

Ekoran beberapa insiden yang berlaku, Dr Asri menasihati ulama-ulama muda yang berada dalam parti politik untuk menyuarakan pendirian mereka dengan adil dan bukannya mengikut kehendak parti semata-mata.

“Semalam jumpa beberapa tokoh Umno, mereka kata tolong beritahu ustaz-ustaz muda yang masuk Umno tu jangan terlalu mengampu. Kami pun tak suka,” tulis Dr Asri dalam laman sosial Twitter.

Dr Asri juga memberi contoh dalam isu demonstrasi yang mencerminkan kedangkalan ulama dalam Umno yang sibuk mengharamkan dengan segala fatwa tetapi berdiam diri apabila penyokong sendiri menganjurkan demonstrasi sambil menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya adalah seperti anjing.

“Dalil-dalil agama dan nama ‘salafussoleh’ dikhianati atas kedangkalan pengetahuan, ataupun kepentingan politik ‘orang muda agama’.

“Maka tidak pelik jika Allah menyifatkan golongan ulama yang menjual agamanya seperti anjing,” katanya lagi.

YANG KONONNYA BERILMU AGAMA PUN TAK MAMPU NAK TEGUR PARA PEMIMPIN UMNO.. MAKA SUDAH PASTI TIDAK MAMPU JUA MEMBAWA PERUBAHAN DARI DALAM SEPERTIMANA DIJANJIKAN SEMASA MASUK UMNO DULU!!!!
 

Attachments

  • asri.jpg
    asri.jpg
    21.1 KB · Views: 44
  • nuqasid.jpg
    nuqasid.jpg
    61.3 KB · Views: 48
  • umno.png
    umno.png
    493 KB · Views: 70
  • ulama umno.png
    ulama umno.png
    379.3 KB · Views: 57
Last edited:
Sponsored Post

talibanes

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Aug 18, 2011
Messages
12,991
Reaction score
1,851
Points
191
dimana ada tulang disitu ada anjing :D
 

Scorpions10

Legendary Member
Joined
Jan 29, 2010
Messages
16,345
Reaction score
56
Points
120
maza terbaekkk..dua2 dia hentam..yg mn salah wajib kena tegur..bagus2
 

peel

Active Member
Joined
Oct 5, 2010
Messages
1,536
Reaction score
33
Points
30
Saper tak sayang duit......jika silap bg komen kene buang mcm mane nk kekalkn gaya idup...psl tu diaorg diam je.....hehe
 

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81
Sebagai manusia...
Kita TERLALU LEMAH..
Banyak kesilapan / kelemahan...
Teguran untuk memantapkan UMMAH...
 

tangkisan

Permanently Banned - Multiple ID
Joined
Dec 12, 2010
Messages
7,998
Reaction score
415
Points
81
Duit bukan segalanya...
Tapi segalanya memerlukan duit...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register