BTC USD 41,456.9 Gold USD 1,736.70
Time now: Jun 1, 12:00 AM

ASN Equity Global tawar pelaburan RM10

AwangFX

Freshie
Joined
Jul 18, 2019
Messages
15
Reaction score
0
Points
3
Kuala Lumpur: Amanah Saham Nasional Berhad (ASNB) memperkenalkan ASN Equity Global, dana ASNB pertama memberi tumpuan kepada ekuiti global.


Ia mula ditawarkan pada 1 September 2021 dengan pelaburan permulaan minimum hanya RM10 dan pelaburan tambahan pula serendah RM1.


ASN Equity Global sesuai untuk pelabur dengan toleransi risiko tinggi, kerana dana ini menggunakan strategi pelaburan pertumbuhan modal dengan pendedahan yang tinggi di pasaran antarabangsa.


Pengerusi Kumpulan Permodalan Nasional Berhad (PNB), Tun Arifin Zakaria berkata, pelancaran ASN Equity Global adalah satu lagi kejayaan bagi PNB dan ASNB, terutama dalam menunaikan amanat kepada semua rakyat Malaysia dengan memberikan akses mudah ke pasaran global melalui modal permulaan berpatutan.


Katanya, bersesuaian dengan namanya, fokus pelaburan adalah pada ekuiti global dengan peruntukan aset hingga 99 peratus yang mana dana ini menggunakan strategi pelaburan dalam syarikat berprospek tinggi serta mendapat manfaat menerusi megatrend global.


"Rangkaian produk unit amanah kami yang komprehensif kini merangkumi pelbagai geografi dan kategori dana iaitu dana konservatif, seimbang dan pertumbuhan, yang membolehkan pemegang unit memenuhi matlamat kewangan dan pelaburan mereka," katanya dalam kenyataan.


ASN Equity Global diuruskan pasukan pengurus dana profesional PNB berpusat di Kuala Lumpur dan juga pejabatnya di London bagi meneroka dan merebut peluang pelaburan di lebih 50 pasaran saham global utama.


Bermula 1 September 2021, pelabur boleh melanggan ASN Equity Global pada harga tawaran awal RM1 seunit sehingga 21 September 2021.


Dana itu boleh didapati melalui www.myasnb.com.my dan aplikasi mudah alih myASNB, cawangan dan ejen ASNB di seluruh negara serta kemudahan perbankan internet ejen ASNB.


Mulai 1 September hingga 31 Disember 2021, ASNB menawarkan kadar caj jualan lebih rendah untuk semua langganan di kaunter.

 
Sponsored Post

AwangFX

Freshie
Joined
Jul 18, 2019
Messages
15
Reaction score
0
Points
3
"ASN Equity Global sesuai untuk pelabur dengan toleransi risiko tinggi, kerana dana ini menggunakan strategi pelaburan pertumbuhan modal dengan pendedahan yang tinggi di pasaran antarabangsa."

Adakah ini bermakna keuntungan juga adalah lebih tinggi daripada produk ASN yang lain?
 

ownz

Fun Poster
Joined
Sep 24, 2010
Messages
794
Reaction score
28
Points
20
high risk high return..
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register