BTC USD 63,264.0 Gold USD 4,330.99
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Askar wataniah maut kereta bertembung trak askar

hiduprakyat

CG Top Poster Club
gem
Messages
26,283
Joined
Dec 6, 2010
Messages
26,283
Reaction score
1,665
Points
201
Askar wataniah maut kereta bertembung trak askar
FB_IMG_1663382239474.jpg

Tangkak: Seorang askar wataniah maut apabila kereta dipandu bertembung dengan sebuah trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat, di sini, hari ini.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Faiezah Aminah Shuib, 25, disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan.

Ketua Polis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mangsa terbabit hilang kawalan sebelum melanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera.

"Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak.

"Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertentangan lalu bertembung dengan trak tentera terbabit.

"Susulan pelanggaran itu, kenderaan Proton Saga mangsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera," katanya ketika dihubungi, hari ini.

Mohd Fadhil berkata, pemandu Proton Saga disahkan meninggal dunia di tempat dan m4yat dibawa ke Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bedah siasat.

Menurutnya, anggota tentera yang memandu trak terbabit tidak mengalami kecederaan.

Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

#HarianMetro
 
Hasrat Faiezah Berkahwin Bulan Depan Tak Kesampaian

“Persiapan sedang dilakukan kerana kakak merancang naik pelamin dengan lelaki pilihannya bulan depan, namun kini semuanya musnah,” kata Nur Fasihah Aminah, 23, adik kepada askar wataniah, Nur Faiezah Aminah Suib, 25 yang mau.t dalam kemalangan dengan trak tentera di Kilometer 49.2 Jalan Muar ke Segamat di sini, semalam. Menurut Nur Fasihah, sehari sebelum arwah kelihatan sangat ceria ketika berbicara dengan ibunya, Helen Murni Sulaiman, 50-an berkenaan tarikh pernikahannya yang dijadualkan pada 29 Oktober depan.

“Kami sekeluarga menyedari arwah amat ceria sejak kebelakangan ini kerana bakal menjadi suri rumah malah menyatakan hasrat mahu mengenakan pakaian seragam askar wataniah untuk hari persandingannya nanti,” katanya katanya ketika ditemui di rumahnya di Kampung Durian Chondong di sini, hari ini.

Kata Nur Fasihah, arwh yang juga anak ke tujuh dari sembilan beradik itu melangsungkan pertunangan dengan jejaka pilihannya iaitu seorang anggota poIis trafik pada 30 Oktober lalu. Dalam pada itu katanya, arwah banyak menghabiskan masa dengan ibu jika cuti hujung minggu kerana dia juga bertugas sebagai guru di sebuah taska swasta.

Dalam nahas kira-kira jam 3.30 petang itu, Nur Faiezah disahkan mninggal dunia di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan teruk di leher, kepala dan beberapa bahagian badan. Ketua PoIis Daerah Tangkak, Superintendan, Mohd Fadhil Minhat, berkata, hasil siasatan awal mendapati kereta mngsa terbabit hiIang kawaIan sebelum meIanggar pembahagi jalan dan masuk ke laluan bertntangan lalu bertembung dengan trak tentera.

Difahamkan, kemalangan berlaku ketika kereta mangsa dalam perjalanan dari arah Tangkak menuju ke Segamat, manakala trak tentera pula dari arah Segamat ke Tangkak. Setiba di lokasi kejadian, kereta dipercayai hilang kawalan sebelum masuk ke laluan bertntangan lalu bertmbung dengan trak tentera terbabit. Susulan peIanggaran itu, kenderaan Proton Saga mngsa terperosok di bahagian bawah hadapan trak tentera.

Mohd Fadhil berkata, pemandu Proton Saga disahkan meninggaI dunia di tempat dan myat dibawa ke Jabatan Peru.batan F0rensik, Hspital Daerah Tangkak (HDT), di sini, untuk bdah siasat. Dalam pada itu, Nur Fasihah berkata dia menerima berita kemaIangan yang menimpa kakaknya itu daripada ahli keluarga terdekat kira-kira jam 4 petang semalam. Katanya, keluarganya reda dengan ketentuan Ilahi apabila Nur Faiezah maut dalam kemaIangan itu. Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Wakaf Perkuburan Islam di Felda Sri Jaya di sini kira-kira jam 10.30 malam tadi.
1663404951462.png

1663404959365.png
 
Back
Top
Log in Register