BTC USD 98,150.4 Gold USD 2,691.18
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Askar didakwa rogol, amang seksual anak tiri 12 tahun

akudotcom

CG Hardcore Club
gemgem
Messages
56,548
Top Poster #3
Joined
Jun 17, 2007
Messages
56,548
Reaction score
6,645
Points
881
Awards
1
Askar didakwa rogol, amang seksual anak tiri 12 tahun

NOOR AZLIDA ALIMIN
Seorang anggota tentera berpangkat koperal (tengah) dibawa ke Mahkamah Sesyen Ampang pada Khamis, atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 12 tahun, bermula Jun lalu.
AMPANG - Seorang anggota tentera berpangkat koperal mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis, atas tiga pertuduhan merogol dan melakukan amang seksual fizikal terhadap anak tirinya yang berusia 12 tahun, bermula Jun lalu.

Lelaki yang berusia 29 tahun, membuat pengakuan itu selepas semua pertuduhan dibaca di hadapan Hakim, Norshila Kamaruddin.

Mengikut dua pertuduhan, dia yang memakai baju berwarna biru, didakwa merogol seorang kanak-kanak perempuan, di sebuah rumah di Persiaran Baiduri Cheras di sini, pada 3 petang Jun dan 8 malam 18 Ogos lalu.

Pendakwaan dua kes itu dibuat mengikut Seksyen 376(3) Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjaraan antara lapan hingga 30 tahun, dan sebatan tidak kurang dari 10 kali, jika sabit kesalahan.

Tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.
Tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

Bagi pertuduhan ketiga, dia dituduh melakukan amang seksual fizikal terhadap mangsa sama, di lokasi serupa pada jam 4 petang, Julai lalu.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017, yang membawa hukuman penjara tidak lebih 20 tahun dan sebatan, jika sabit kesalahan.

Semasa prosiding, Timbalan Pendakwa Raya, Nurfadzlin Mahmad Zulhasnan tidak mencadangkan tertuduh diberi ikat jamin kerana jenayah yang serius itu, termasuk dalam pertuduhan yang tidak boleh dijamin.

"Pihak kami juga mohon syarat tambahan iaitu melaporkan diri di balai polis sekali setiap bulan, menyerahkan pasport kepada mahkamah dan tidak mengganggu mangsa yang kini berada di bawah jagaan JKM (Jabatan Kebajikan Masyarakat),” katanya.

Bagaimanapun, tertuduh yang diwakili peguam, Mark Jeyakumar Michael merayu kadar itu dikurangkan kerana isterinya yang juga seorang suri rumah, perlu menyara tiga anak mereka yang berusia satu, empat dan enam tahun.

Menurutnya, isteri yang juga ibu mangsa, hadir untuk membayar ikat jamin itu namun tanpa kehadiran tertuduh di rumah, akan menyukarkan wanita berkenaan untuk menguruskan keluarga.


"Ini kali pertama dia dituduh di mahkamah dan dia telah memberi kerjasama kepada pihak berkuasa semasa siasatan dijalankan,” katanya.

Mendengar perkara itu, Nurfadzlin membantah jika ibu kandung mangsa menjadi penjamin, memandangkan dia akan menjadi saksi pendakwaan.

Beliau berkata, wanita itu yang tidak bekerja, akan membebankannya untuk mengumpulkan wang ikat jamin.

Selepas mendengar permohonan daripada kedua-dua pihak, Norshila membenarkan tertuduh diikat jamin RM15,000 bagi ketiga-tiga pertuduhan.

"Tertuduh juga dilarang mengganggu dan tidak melawat mangsa meskipun bersama isterinya.

"Ia termasuk berbual sama ada menggunakan mesej pesanan ringkas atau apa-apa kaedah, yang boleh mengganggu perbicaraan,” katanya kemdiannya menetapkan sebutan kes pada 6 November depan.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register