BTC USD 96,972.5 Gold USD 2,693.79
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Aset Rizab Rasmi Malaysia US$113.82 Bilion Pada Akhir Jun 2024 - BNM

Md Hanif

Fun Poster
Messages
693
Joined
Jun 13, 2023
Messages
693
Reaction score
48
Points
25
1722412814475.jpeg


Aset rizab rasmi Malaysia berjumlah US$113.82 bilion (US$1=RM4.61) manakala aset mata wang asing lain US$513.4 juta pada akhir Jun 2024, kata Bank Negara Malaysia (BNM).

Dalam kenyataannya, bank pusat itu berkata butiran terperinci rizab antarabangsa memberi maklumat akan datang mengenai saiz, komposisi dan kebolehgunaan rizab dan aset mata wang asing lain yang mengikut format Special Data Dissemination Standard (SDDS) Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF).

Pada masa sama, ini turut memberi jangkaan dan prospek aliran masuk dan keluar pertukaran asing bagi Kerajaan Persekutuan dan BNM untuk tempoh 12 bulan akan datang.

“Secara keseluruhannya, butiran terperinci rizab antarabangsa mengikut format SDDS IMF menunjukkan rizab antarabangsa Malaysia pada akhir Jun 2024 tetap boleh guna,” katanya.

BNM berkata bagi tempoh 12 bulan akan datang, aliran keluar jangka pendek yang telah dikenal pasti bagi pinjaman, sekuriti dan deposit mata wang asing.

Ini antara lainnya termasuk pembayaran balik berjadual peminjaman luar negara oleh kerajaan dan kematangan Bil Antara Bank dalam mata wang asing Bank Negara berjumlah US$14.68 bilion.

Kedudukan jualan hadapan bersih adalah sebanyak US$27.82 bilion pada akhir Jun 2024, mencerminkan pengurusan mudah tunai ringgit dalam pasaran wang.

Sejajar dengan amalan yang diterima pakai sejak April 2006, BNM berkata data ini tidak termasuk unjuran aliran masuk mata wang asing daripada pendapatan faedah dan pengeluaran pinjaman projek serta unjuran aliran masuk mata wang asing berjumlah US$2.48 bilion bagi tempoh 12 bulan akan datang.

BNM berkata satu-satunya aliran keluar bersih jangka pendek kontingensi bagi aset mata wang asing ialah jaminan kerajaan terhadap hutang luar negara dalam mata wang asing yang akan matang dalam tempoh setahun berjumlah US$400.8 juta.

“Aliran ini tidak mengandungi sebarang pinjaman dalam mata wang asing yang terkandung opsyen serta tidak mempunyai kemudahan kredit dan kemudahan kredit tanpa syarat belum digunakan yang diberikan oleh atau kepada bank pusat lain, organisasi antarabangsa, serta bank dan institusi kewangan lain.

“BNM juga tidak terbabit dalam urus niaga opsyen mata wang asing terhadap ringgit,” katanya.

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register