Asal Usul Solat Lima Waktu

CG Sponsors




EncikEx

Legendary Member
Joined
Mar 21, 2007
Messages
12,047
Reaction score
94
Points
120
aku dpt dr email...

Nabi Muhammad S.A.W merupakan nabi terakhir yang
diutuskan oleh Allah S.W.T untuk membimbing manusia
ke arah jalan kebenaran. Tidak seperti umat nabi-nabi yang
lain, umat Nabi Muhammad telah diperintahkan untuk
mengerjakan solat lima waktu setiap hari. Ini merupakan
kelebihan dan anugerah Allah S.W.T terhadap umat Nabi
Muhammad S.A.W. Solat lima waktu akan memberikan
perlindungan ketika hari pembalasan kelak Berikut
diterangkan asal-usul setiap solat mula dikerjakan.

Subuh:
Manusia pertama yang mengerjakan solat subuh ialah Nabi
Adam A.S. ketika baginda keluar dari syurga lalu
diturunkan ke bumi. Perkara pertama yang dilihatnya ialah
kegelapan dan baginda berasa takut yang amat sangat.
Apabila fajar subuh telah keluar, Nabi Adam A.S. pun
bersembahayang dua rakaat.

Rakaat pertama - Tanda syukur kerana baginda terlepas daripada kegelapan malam
Rakaat kedua - Tanda syukur kerana siang telah menjelma

Zohor:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Zohor ialah Nabi
Ibrahim A.S. iaitu tatkala Allah S.W.T telah memerintahkan
kepadanya agar menyembelih anaknya Nabi Ismail A.S.
Seruan baginda itu datang pada waktu tergelincir matahari
lalu sujudlah

Rakaat pertama - Tanda syukur bagi penebusan
Rakaat kedua - Tanda syukur kerana dibukakan dukacitanya dan juga anaknya
Rakaat ketiga - Tanda syukur dan memohon akan keredhaan Allah S.W.T
Rakaat keempat - Tanda syukur kerana korbannya digantikan dengan tebusan kibas


Asar:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Asar ialah Nabi
Yunus A.S. tatkala baginda dikeluarkan oleh Allah S.W.T
dari perut ikan Nun. Ikan Nun telah memuntahkan Nabi
Yunus di tepi pantai, sedang ketika itu telah masuk waktu
Asar. Maka bersyukurlah Nabi Yunus lalu bersembahyang
empat rakaat kerana baginda telah diselamatkan oleh Allah
S.W.T daripada 4 kegelapan iaitu:-

Rakaat pertama : Kelam dengan kesalahan
Rakaat kedua : Kelam dengan air laut
Rakaat ketiga : Kelam dengan malam
Rakaat keempat : Kelam dengan perut ikan Nun

Maghrib:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Maghrib ialah
Nabi Isa A.S iaitu ketika baginda dikeluarkan oleh Allah
S.W.T dari kejahilan dan kedegilan kaumnya, sedang
waktu itu telah terbenam matahari. Bersyukur Nabi Isa lalu
bersembahyang tiga rakaat kerana diselamatkan daripada
kejahilan tersebut iaitu:-

Rakaat pertama : Untuk menafikan ketuhanan selain daripada Allah yang Maha Esa
Rakaat kedua : Untuk menafikan tuduhan dan juga tohmahan ke atas ibunya Siti Mariam yang telah dituduh melakukan perbuatan sumbang
Rakaat ketiga : Untuk meyakinkan kaumnya bahawa Tuhan itu hanya satu ialah Allah S.W.T semata-mata, tiada dua atau tiga

Isyak:
Manusia pertama yang mengerjakan solat Isyak ialah Nabi
Musa A.S. Pada ketika itu, Nabi Musa telah tersesat
mencari jalan keluar dari Negeri Madyan, sedang dalam
dadanya penuh dengan perasaan dukacita. Allah S.W.T
menghilangkan semua perasaaan dukacitanya itu pada
waktu Isyak yang akhir. Lalu sembahyanglah Nabi Musa
empat rakaat sebagai tanda bersyukur.

Rakaat pertama : Tanda dukacita terhadap isterinya
Rakaat kedua : Tanda dukacita terhadap saudaranya Nabi Harun
Rakaat ketiga : Tanda dukacita terhadap Firaun
Rakaat keempat : Tanda dukacita terhadap anak Firaun
 
Sponsored Post

eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
Refresh balik apa yang pernah didengar
 

GT

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Nov 14, 2008
Messages
38,557
Reaction score
245
Points
123
Ingat aku kat Arwah Atuk aku yang selalu cerita pasal nie...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register