Info Asal-Usul Sijil, Diploma, Ijazah & Nama Kelulusan Pendidikan Anda

CG Sponsors




Xploit Machine

CG Top Poster Club
Top Poster #3
Joined
Nov 23, 2012
Messages
24,561
Reaction score
3,689
Points
236
Anda ada kelulusan pendidikan? Pasti sekurang-kurangnya anda ada sijil tamat sekolah bukan? Bagi mereka yang cemerlang dan mencapai peringkat baik dalam pendidikan sekolah, anda sudah tentulah akan meneruskan pendidikan ke peringkat lebih tinggi sama ada di peringkat sijil, diploma atau ijazah. Yang mana lebih rajin (haha!) akan ke peringkat sarjana atau doktor falsafah.

Screenshot-2701.jpg


Kita selalu sebut pasal cert, diploma, degree dan sebagainya - tetapi tahukah anda kenapa kita namakan tahap-tahap kelulusan itu, sedemikian rupa?


Certificate

Screenshot-2702.jpg


'Certificate' datang daripada perkataan lama Latin 'certificatum' yang mewakili pengesahan atau pengakuan yang akan dikeluarkan, apabila sesuatu fakta atau bukti itu telah pun diperiksa atau disahkan.


Sijil

Screenshot-2703.jpg


Bagi asal-usul perkataan 'sijil' pula, penulis menemui satu sumber yang mendakwa bahawa 'sijil' diambil daripada kata akar bahasa Arab 'sajala' yang bermakna 'merekodkan' atau 'mencatatkan sesuatu.' Boleh sesiapa sahkan sumber ini, jika anda pakar bahasa Arab?


Diploma

Screenshot-2704.jpg


Diploma merupakan istilah pinjaman daripada bahasa Yunani/Greek 'diploma' yang telah melalui perubahan/korupsi makna. Diploma datang daripada gabungan istilah 'diploos' membawa makna 'dua kali' yang digabungkan dengan imbuhan 'oma.' 'Diploma' pada awalnya merujuk kepada kertas yang dilipat dua kali dikeluarkan oleh pihak majistret era tersebut, sebagai dokumen pengenalan rasmi pemegangnya yang perlu hadir ke daerah/wilayah lain atas urusan tertentu.


Ijazah

Screenshot-2705.jpg


Selalu kita sebut tentang ijazah atau 'peringkat sarjana' yang kerap kali diletak sebagai standard untuk tahap pendidikan majoriti ramai orang. 'Ijazah' diambil daripada perkataan Arab 'ijaza' yang membawa makna lesen atau kebenaran untuk seseorang individu mengajar sesuatu bidang.


Degree

Screenshot-2706.jpg


'Degree' pula membawa makna hirarki atau tangga kedudukan, yang diambil daripada perkataan asal dalam Bahasa Latin 'degradus.' Dalam bahasa Inggeris, kita selalu menamakan 'degree' sebagai 'bachelor's degree'. Istilah ini datang juga daripada perkataan Latin 'bacclaureate'. Pada awalnya orang Inggeris menamakan pangkat yang diberikan kepada individu pahlawan berstatus 'knight' yang baru dilantik sebagai 'bachelor,' sebelum pangkat itu mula digunakan dalam sistem pendidikan mereka.


Sarjana

Screenshot-2707.jpg


Kenapa kita panggil individu yang mempunyai kelulusan pendidikan tinggi sebagai seorang 'sarjana'; tak kiralah sarjana muda atau sarjana? 'Sarjana' pada pendapat kami dipinjam daripada perkataan Sanskrit 'sajjana' yang membawa makna seseorang yang baik, bijaksana dan dihormati.


Tesis dan Disertasi

Screenshot-2708.jpg


Hasil kajian yang dijalankan semasa belajar kebiasaannya dikategorikan sama ada sebagai distertasi atau tesis. 'Tesis' diambil daripada perkataan Yunani/Greek 'thesis' yang bermaksud membentangkan sesuatu atau mencadangkan sesuatu yang baru, sama ada dalam bentuk idea atau fakta. 'Disertasi' pula dicedok daripada perkataan 'dissertation' yang diambil daripada perkataan Latin 'dissertare'. Makna perkataan itu adalah 'untuk mendebat, membincang dan memeriksa sesuatu.'


Rujukan;
 
Top
Log in Register