BTC USD 62,795.4 Gold USD 1,765.33
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 ASAL USUL COVID-19 | COVID-19: Beberapa negara tolak dapatan WHO

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
lab_1613467942.jpg

Makmal di Wuhan, China yang didakwa berlaku kebocoran dan menjadi punca tercetusnya COVID-19. - Foto AFP

Kebocoran makmal bukan punca COVID-19 - WHO

BEIJING: Hipotesis virus COVID-19 berpunca daripada kebocoran makmal tidak akan dimasukkan dalam kajian Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) pada fasa seterusnya, kata ketua misi WHO, Peter Ben Embarek hari ini.

Pada sidang media, Peter menjelaskan kebocoran makmal diklasifikasikan sebagai 'sangat mustahil' untuk dijadikan punca virus itu merebak.

Hipotesis lain yang mempunyai kemungkinan lebih besar akan menjadi tumpuan kajian pasukan pakar WHO, termasuk teori virus merebak melalui hos perantara haiwan serta transmisi menerusi rantaian produk sejuk beku.

Pengarah Program Kecemasan WHO, Michael Ryan, berpandangan kerjasama kumpulan pakar antarabangsa dengan China bertujuan membolehkan dunia lebih memahami asal usul virus serta mengambil iktibar daripadanya.

Sambil menegaskan ia bukan misi siasatan 'salah laku', Ryan menegaskan WHO perlu menunjukkan rasa hormat kepada kerajaan pelbagai negara.

Beliau turut menggesa pihak terbabit supaya memberi perhatian terhadap kemajuan yang dicapai buat masa ini, di samping mengenal pasti bidang yang perlu diselidik pada masa depan.

"Sekarang kita perlu melihat kepada sains, dan semua pihak harus bekerjasama dan melakukan yang terbaik untuk mencari asal usul virus," ujarnya. - BERNAMA
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

A Chinese citizen whose father died from COVID-19 in a Wuhan hospital is demanding to meet a visiting World Health Organization (WHO) expert team, claiming that they have been muffled by the Chinese government.

Zhang Hai, whose father died of COVID-19 on February last year after getting infected in Wuhan, China, said the WHO experts should not become a tool to spread lies.

He argued that China has been downplaying the virus and tried to silence him by dismissing lawsuits, interrogating him and threatening to fire relatives of those who speak to the foreign media.
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
294,200
Reaction score
12,482
Points
2,376
Masing² kuasa besar cuba tegakkan benang yang basah
Yang merana nya penduduk dunia
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Sec. of State Antony Blinken calls for INDEPENDENT investigation into origins of COVID-19


 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
WHO syaki arnab, spesies musang turut sebarkan COVID-19 kepada manusia

MOSCOW: Pakar Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang menyelidik asal usul pandemik COVID-19 mencadangkan arnab dan ferret badgers (spesies musang) yang dijual di pasar Wuhan di China, kemungkinan turut menyebarkan virus itu kepada manusia, lapor Agensi Berita Sputnik.

Menurut The Wall Street Journal, penyelidik bagaimanapun menyedari perlunya penyelidikan lebih lanjut mengenai pembekal haiwan terbabit dan haiwan-haiwan lain di pasar itu.

Mereka belum lagi dapat memastikan senarai lengkap haiwan hidup dan mati yang dijual secara sah atau haram di pasar berkenaan.

Pakar juga menegaskan China perlu melakukan ujian lebih menyeluruh di ladang penternakan mink (sejenis spesies musang) selepas penularan dua hala SARS-CoV-2 antara manusia dan mink disahkan di Eropah.

Pasukan pakar WHO menamatkan lawatan kerja empat minggu ke China minggu lalu.

Pada sidang media, mereka mengumumkan bahawa ia bukan kebocoran virus dari makmal, manakala peranan pasar basah Wuhan masih belum jelas.

Penyelidik berpendapat timbul keraguan COVID-19 berpunca daripada kelawar dan menyatakan kemungkinan wujudnya perumah perantara.

-- BERNAMA
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Thailand nafi dakwaan WHO mengatakan COVID-19 berpunca dari sana

BANGKOK: Thailand semalam menafikan teori Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) yang mendakwa virus COVID-19 mungkin berasal dari Pasar Chatuchak.

Kenyataan itu dibuat sebagai maklum balas kepada laporan WHO, yang dikatakan sedang memantau Pasar Chatuchak kerana kemungkinan menjadi punca penyebaran coronavirus itu.

Ia berikutan laporan media Denmark mengatakan pasukan penyiasat WHO yang mengunjungi bandar Wuhan, China Januari lalu sangsi dengan teori bahawa virus itu berasal dari sana dan sedang mencari sumber jangkitan lain.

Antaranya, mereka mengesyaki virus COVID-19 mungkin berasal dari Asia Tenggara dan secara khusus merujuk kepada penjual haiwan liar di Pasar Chatuchak.

Bagaimanapun, Bahagian Pentadbiran Metropolitan Bangkok (BMA), yang mengawasi pasar di ibu negara itu, semalam memaklumkan pembeli tidak dibenarkan membawa haiwan peliharaan mereka masuk ke Pasar Chatuchak.

Pengarah bahagian pemasaran, BMA, Phinit Arayasilpathorn, berkata kebanyakan penjual di pasar itu menjual pakaian, tumbuh-tumbuhan serta pelbagai barangan lain dan premis itu kerap disanitasi sejak bermulanya pandemik COVID-19.

Isnin lalu, akhbar Denmark, Politiken, menerbitkan rencana mempersoalkan sama ada Pasar Chatuchak adalah lokasi sebenar asal-usul coronavirus yang kemudian merebak ke Wuhan.

Rencana itu memetik kenyataan Pakar Epidemiologi Denmark, Thea Kolsen Fisher, yang turut terbabit dalam misi penyiasatan di China baru-baru ini, mengatakan Asia Tenggara mungkin menjadi sumber penyebaran virus itu.

Selasa lalu, Fischer, yang dipetik akhbar sama, bercakap mengenai penemuan baharu mengenai kewujudan kelawar ladam kuda di Thailand, mirip kepada spesis kelawar pembawa coronavirus menyebabkan COVID-19.

Dalam perkembangan berkaitan, Ketua Jabatan Kawalan Penyakit dan Bahagian Risiko Kesihatan Kecemasan, Dr Chawetsan Namwat, berkata Thailand sudah meneliti laporan akhbar Denmark itu.

"Pihak kami menolak kemungkinan Asia Tenggara sebagai lokasi asal-usul COVID-19, kami sudah meneliti isu ini dan ia jelas tidak benar.

"Tidak ada bukti akademik yang menunjukkan penyebaran COVID-19 daripada mana-mana haiwan di Pasar Chatuchak," katanya.

Sementara itu, Arit Srithong, yang mengawasi Pasar Chatuchak, berkata pasukan WHO itu mungkin mengaitkan asal usul COVID-19 dengan lokasi penjualan binatang peliharaan dan hidupan liar berdekatan Chatuchak, iaitu Pasar Sri Somrat.

Bagaimanapun, katanya, pasar itu juga sentiasa dikawal selia dengan baik termasuk kerap menjalani proses sanitasi dan kebanyakan penjual mengikuti pelbagai langkah keselamatan bagi membendung penularan COVID-19.

Untuk rekod, Pasar Chatuchak terkenal kerana menjual pelbagai haiwan hidup termasuk hidupan liar terlarang yang dijual secara haram.

Ia turut menjadi lokasi wajib dikunjungi pelancong antarabangsa, sekali gus mengundang teori kenapa virus itu dapat merebak ke serata dunia dengan begitu mudah. - AGENSI

 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

It took a year for China to allow an international investigation into the origin of the coronavirus... and then only in a joint mission with Chinese experts. Is Beijing trying to hide something? It wouldn't be the first time that China's handling of exotic animals led to the birth of a deadly virus.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
WHO batal keluar laporan interim siasatan COVID-19

WASHINGTON: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) membatalkan rancangan mengeluarkan laporan sementara pasukan yang mengunjungi Wuhan yang menyiasat asal-usul COVID-19, lapor The Wall Street Journal, semalam.

Wuhan adalah bandar di mana pandemik dipercayai bermula pada akhir 2019.

Pasukan WHO baru-baru ini kembali daripada lawatannya ke Wuhan, menyatakan mereka tidak mempunyai penemuan yang jelas mengenai asal-usul virus itu, di sebalik ketegangan antara Amerika Syarikat (AS) dan China mengenai punca krisis kesihatan global yang pertama kali terjadi dalam abad ini.

AS memberi maklum balas menyatakan negaranya mempunyai 'kebimbangan mendalam' mengenai apa yang diperoleh pasukan itu dan negaranya menekan China supaya memberikan lebih banyak maklumat.

Pada 12 Februari lalu, Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus, berkata laporan awal dengan ringkasan penemuan pasukan akan dikeluarkan tidak lama selepas itu serta memaklumkan laporan lengkap akan dikeluarkan dalam beberapa minggu selepasnya.

Menurut jurnal itu, bagaimanapun sekarang, WHO mahu membatalkan laporan interim, dengan memetik Dr Peter Ben Embarek, saintis yang mengetuai pasukan itu.

Sebaliknya kata akhbar itu, pasukan terbabit akan menerbitkan laporan akhir secara lengkap, dengan ringkasan penemuannya, memetik jurucakap WHO.

Laporan lebih luas itu akan diterbitkan dalam beberapa minggu akan datang dan akan merangkumi penemuan penting, demikian menurut jurucakap itu.

"Sebagai definisi, laporan ringkasan tidak akan mempunyai semua perincian," kata Dr Ben Embarek.

Oleh kerana terdapat begitu banyak minat dalam laporan ini, ringkasannya tidak akan memuaskan rasa ingin tahu pembaca," tambahnya.

Jurucakap Jabatan Negara AS, Ned Price, semalam meminta China berkongsi apa yang diketahui daripada bermulanya wabak itu.

"Ini mengenai apa yang diperoleh dan dilakukan, bagi membolehkan kita melakukan apa saja untuk melindungi diri sendiri, rakyat Amerika dan masyarakat antarabangsa dari ancaman pandemik pada masa hadapan," kata Price pada taklimat.

"Itu sebabnya kita memerlukan pemahaman dan ketelusan ini daripada kerajaan China," katanya. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601
Laporan asal usul Covid-19 didedahkan bulan ini – WHO

GENEVA: Pasukan pakar penyelidik antarabangsa yang menyiasat asal usul pandemik Covid-19 di China akan mendedahkan laporan siasatan itu pada minggu ketiga bulan ini.

Laporan tersebut pada asalnya dijangka dikeluarkan pada dua peringkat iaitu ringkasan awal pada Februari lalu diikuti dengan teks penuh.

Bagaimanapun, Ketua Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO), Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata, kedua-dua laporan itu kini akan dikeluarkan pada masa yang sama.

“Saya sedar banyak negara anggota tidak sabar untuk melihat laporan kajian bersama diketuai WHO berkaitan asal usul virus SARS-CoV-2, malah saya juga antara mereka yang ingin tahu.

“Pasukan tersebut ketika ini sedang menyiapkan laporan akhir serta ringkasan berkenaan yang dijangka dikeluarkan secara serentak pada minggu ketiga Mac nanti.

“Apabila ia sudah siap, kami akan meminta pasukan pakar untuk berkongsi laporan dengan negara anggota lain sebelum didedahkan kepada umum,” katanya dalam satu ucapan kepada negara anggota agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB).

Jelas Ghebreyesus, pasukan pakar penyelidik juga akan menjelaskan secara terperinci kepada negara anggota itu mengenai penemuan mereka.

Kes pertama Covid-19 dikesan di Wuhan pada Disember 2019.

Siasatan antarabangsa di Wuhan yang hanya bermula pada Januari lalu, telah berakhir pada bulan lalu.

Sebuah pasukan pakar saintifik antarabangsa menghabiskan masa hampir sebulan di Wuhan dengan melawat lokasi yang dikaitkan dengan kes jangkitan awal.

Pakar percaya virus itu berasal daripada kelawar dan menular ke manusia melalui mamalia lain.

Meskipun misi ke Wuhan gagal mengenal pasti sumber virus itu, para pakar menjelaskan penelitian mereka tidak sama sekali berdasarkan teori virus itu tercetus dari makmal virologi di bandar itu sebelum meninggalkan China.

Bagaimanapun, Ghebreyesus berkata, semua hipotesis masih diteliti dan memerlukan analisis dan kajian lanjut. – AGENSI
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,478
Reaction score
4,441
Points
601

The World Health Organization will soon release its first report outlining its investigation into the origin of the coronavirus.

A team of scientists spent one month studying the outbreak in the Chinese city of Wuhan.

But many have raised questions about the investigation, saying the team was given too little access and arrived too late.
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register