BTC USD 63,001.7 Gold USD 1,754.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Covid-19 ASAL USUL COVID-19 | COVID-19: Beberapa negara tolak dapatan WHO

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
962308.jpg


WUHAN - Seorang saintis dari Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) yang menyiasat asal usul wabak Covid-19 mengatakan gua kelawar mungkin mempunyai petunjuk penting mengesan unsur genetik virus tersebut.

Menurut laporan Reuters, pakar penyakit haiwan, Peter Daszak berkata, gua kelawar di Wuhan, perlu menjadi sebahagian daripada penyelidikan berprofil tinggi mengenai asal usul penyakit itu.

Daszak mengatakan bahawa kumpulan itu telah menerima maklumat baharu mengenai bagaimana wabak Covid-19 menyebabkan kematian hampir 2.3 juta orang di seluruh dunia.

962307.jpg

Peter Daszak - Foto Reuters

Beliau tanpa mengulas lanjut, mengatakan saat ini tidak ada bukti menyokong idea bahawa virus itu berasal dari dalam makmal seperti yang tular sebelum ini.

Daszak pernah terlibat dalam penelitian mengenai asal usul Sindrom Pernafasan Akut Teruk (SARS) pada tahun 2002 dan 2003 dengan menyiasat haiwan kelawar yang tinggal di sebuah gua di Yunnan barat daya.

“Oleh itu, penyelidikan serupa perlu dilakukan dan tugas mencari sumber kelawar adalah penting kerana jika anda dapat mencari sumber virus maut ini, anda dapat mengurangkan kontak dengan haiwan tersebut,” katanya.

Sebelum ini, China tidak telus dalam menangani penularan wabak ini dan Beijing memberitahu, virus itu berasal dari tempat lain namun Amerika Syarikat terutama mengatakan asal usul virus ini dari Wuhan, China.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/arti...juk-penting-asal-usul-wabak-Covid-19-kata-WHO
© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf
 
Sponsored Post

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
Taklimat mengenai asal usul COVID-19 hari ini

GENEVA: Pasukan pakar antarabangsa yang menghabiskan sebulan di China untuk menyelidiki asal usul pandemik COVID-19 akan memberi taklimat kepada media di Wuhan hari ini, umum Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO)

"Pasukan antarabangsa yang bekerja untuk memahami asal-usul virus COVID-19 sedang melengkapkan empat minggu tugasannya di Wuhan, China dan bersama-sama dengan rakan mereka dari China akan mengambil bahagian dalam sidang media," kata WHO semalam.

Taklimat, pada jam 4:00 petang waktu tempatan di sebuah hotel di bandar itu, akan disiarkan secara langsung dalam bahasa Inggeris di platform media digital dan sosial agensi kesihatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) itu.

Kes COVID-19 pertama dikesan di Wuhan pada Disember 2019.

Saintis berpendapat bahawa penyakit itu - yang telah membunuh lebih 2.3 juta orang di seluruh dunia - berasal dari kelawar dan boleh menular ke manusia melalui mamalia lain.

Namun, belum ada jawapan pasti dan pegawai atasan WHO telah menafikan berjaya menemui jawapan dalam percubaan pertama pada misi penyiasatan sensitif itu.

Mereka menyatakan bahawa lawatan Wuhan kemungkinan akan menimbulkan banyak lagi pertanyaan yang perlu dijawab.

Sejak muncul dari kuarantin awal 14 hari yang mereka perlu lalui, pakar WHO telah mengunjungi sejumlah laman web berprofil tinggi yang berkaitan dengan asal-usul pandemik, termasuk pasar makanan laut di mana orang pertama mendapat sakit berkenaan.

Kunjungan ke Institut Virologi Wuhan Rabu lalu adalah acara berprofil paling tinggi dalam agenda kerana teori kontroversial yang mungkin menjadi sumber pandemik terbabit.

Saintis di makmal itu melakukan penyelidikan mengenai beberapa penyakit paling berbahaya di dunia, termasuk jenis coronavirus kelawar yang serupa dengan COVID-19.

Spekulasi muncul pada awal pandemik bahawa virus itu mungkin secara tidak sengaja bocor dari makmal di Wuhan, walaupun tidak ada bukti yang diberikan untuk menyokong teori itu.

Presiden Amerika Syarikat (AS) ketika itu, Donald Trump dan penyokongnya memanfaatkan khabar angin terbabit dan memperkuatkannya dengan teori konspirasi bahawa China sengaja membocorkan virus terbabit.

Ketua misi WHO, Peter Ben Embarek, menyatakan pemeriksa telah mengadakan perbincangan "sangat jujur" dengan saintis China mengenai sumber pandemik terbabit - termasuk teori bahawa ia bocor dari makmal, katanya kepada AFP Khamis lalu.

Walaupun dia tidak menyatakan teori tertentu, Ben Embarek menggambarkan beberapa teori terbabit sebagai tidak rasional dan menegaskan penyiasat tidak akan membuang masa untuk menyiasat dakwaan paling liar itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
Misi WHO di China gagal kesan punca COVID-19

WUHAN: Misi siasatan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) ke China untuk mengesan asal-usul COVID-19 gagal mengenal pasti jenis haiwan yang menjadi punca jangkitan coronavirus itu.


Pakar percaya virus yang setakat ini menjangkiti 107,007,830 mangsa dan mengorbankan 2,336,339 nyawa di 219 negara di seluruh dunia, berasal daripada kelawar dan mungkin dipindahkan kepada manusia menerusi mamalia lain.

Menurut ketua pasukan penyiasat China, Liang Wannian, walaupun jangkitan dipercayai berpunca daripada binatang, hos asal belum dapat dikenal pasti.

"Kajian menunjukkan virus ini boleh dibawa ke lokasi yang jauh jika berada pada produk sejuk beku, menunjukkan kemungkinan virus ini mungkin diimport, satu teori yang makin kerap dibangkitkan di China sejak kebelakangan ini.

"Pada masa sama, tiada petanda bahawa penyakit akibat COVID-19 sudah menular di Wuhan sebelum Disember 2019, apabila kes rasmi pertama dilaporkan," katanya.

Pakar asing WHO, Peter Ben Embarak, yang pernah bertugas di WHO Beijing selama dua tahun bermula 2009, menyokong dapat itu dengan menyatakan tiada 'penularan besar wabak' di Wuhan sebelum akhir 2019.

Misi siasatan WHO itu mencetuskan banyak isu diplomatik sebelum ia bermula lagi, dengan Amerika Syarikat (AS) menuntut siasatan terperinci dan menuduh China cuba menyembunyikan bukti awal pandemik.

Sementara itu, China menuduh AS cuba mempolitikkan siasatan WHO dan banyak berahsia serta mengenakan pelbagai halangan terhadap usaha antarabangsa bagi melakukan siasatan.

Sepanjang misi siasatan yang diawasi rapi itu, media dilarang menemui anggota pasukan siasatan dan hasil dapatan mereka hanya dikongsi melalui Twitter atau temu bual tertentu.

Malah, kumpulan itu hanya menghabiskan masa sejam di pasar makanan laut Wuhan, di mana kluster pertama jangkitan besar-besaran dilaporkan lebih setahun lalu.

Mereka juga dilihat menghabiskan beberapa hari di dalam hotel, dengan hanya menerima lawatan pelbagai pegawai kanan China, tanpa meninggalkan bandar penginapan mereka.

Bagaimanapun, penyelidikan lebih mendalam dilakukan di Institut Virologi Wuhan (WIV) di mana mereka menghabiskan hampir empat jam.

Di sana, mereka turut menemui saintis China termasuk Shi Zhengli, salah seorang pakar coronavirus menjangkiti kelawar merangkap timbalan pengarah WIV.

Sebelum ini, bekas Presiden AS, Donald Trump, beberapa kali mengulangi teori kontroversi beliau mengatakan virus itu mungkin bocor dari institut virologi itu.

Saintis di WIV melakukan penyelidikan terhadap beberapa penyakit paling berbahaya di dunia termasuk varian coronavirus kelawar yang mirip kepada COVID-19.

Beijing terdesak untuk mematahkan kritikan mengenai caranya mengendalikan kekecohan peringkat awal dalam menangani wabak itu.

Kini, ia menumpukan perhatian di negara sendiri dan luar negara berhubung cara menangani dan pemulihan daripada pandemik itu. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601

Investigators on Tuesday said they were still trying to find the animal vector through which the COVID-19 virus was transmitted to humans. Scientists think the disease originated in bats, but the World Health Organization (WHO) team visiting the Chinese city of Wuhan is looking into how it could have made the jump to humans via another mammal. The WHO presented its findings so far alongside Chinese experts at a joint study news conference.

WHO virus expert Peter Ben Embarek told the briefing that work to identify the origins of the coronavirus pointed to a natural reservoir in bats. However, he said the absence of bat environments in Wuhan indicated that it had been transmitted to humans through another animal. Widespread testing for the virus had been carried out across animal species in many Chinese provinces, but this had failed to yield a result. "Through these studies, it has not been possible to pinpoint any animal species as a potential reservoir for this disease," Embarek said. The possibility remains that the virus was directly transmitted to humans from bats, or that it had somehow been transmitted through food — particularly frozen products. The team remains hopeful that the animal source can still be identified. Team member Marion Koopmans said it was important to trace back all animal species and products that were on the market. This had already shown that there were some animals confirmed as susceptible, like rabbits, or suspected of being susceptible, such as ferrets, badgers or bamboo rats.

Lab leak eliminated as explanation

The WHO expert essentially ruled out a fourth theory that the novel coronavirus had somehow leaked from a Chinese lab. "The laboratory incident hypothesis is extremely unlikely to explain the introduction of the virus into the human population," said Embarek. "Therefore it is not in the hypothesis that we will suggest for future studies." He agreed with a Chinese assessment that there was "no indication" the disease was circulating in the city before December 2019, when the first official cases were recorded.
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
Kelawar pembawa virus dikaitkan dengan COVID-19 turut ditemui di luar China

SINGAPURA: Penyelidikan mendapati 'horseshoe bat' atau kelawar ladam kuda yang mirip kepada spesies kelawar pembawa coronavirus menyebabkan COVID-19, turut ditemui di luar China.


Penemuan terbaru pakar penyelidik itu menguatkan teori sebelum ini yang mendakwa pandemik terbabit mungkin tidak berasal dari China, sebaliknya sampai di Wuhan dari tempat lain.

Salah seorang penyelidik dari Sekolah Perubatan Duke-NUS di Singapura, Profesor Wang Linfa, yang terbabit dalam kajian mengenai COVID-19 itu turut mengesahkan penemuan berkenaan.

"Bagi menentukan sama ada sesuatu spesies itu adalah pembawa coronavirus, harus ada persamaan genetik lebih 99 peratus antara genom SARS-CoV-2 dan virus pada haiwan.

"Kaedah ini sama seperti yang digunakan ketika penyelidikan virus sindrom pernafasan akut teruk (SARS)," katanya yang bertanggungjawab menemui spesies kelawar pembawa asal virus SARS pada 2003.

Hasil kajian terbaru itu diterbitkan semalam dalam jurnal Nature Communications, mengenai penemuan coronavirus pada kelawar ladam kuda Rhinolophus acuminatus di Thailand.

Virus itu mempunyai persamaan 91.5 peratus dengan SARS-CoV-2, virus yang menyebabkan COVID-19.

Setakat ini, virus terdekat dengan SARS-CoV-2 dikesan pada kelawar ladam kuda Rhinolophus affinis di wilayah Yunnan, China, dengan persamaan genetik 96.2 peratus.

Dalam kajian awal yang diterbitkan Januari lalu, penyelidik turut menemui virus yang sama dalam kelawar ladam kuda Rhinolophus shameli di Kemboja dengan ketepatan virus 92.6 peratus menyamai SARS-CoV-2.

Kesemua tiga spesies kelawar ladam kuda itu adalah dari jenis Rhinolophus, di mana terdapat lebih 100 spesies dalam kumpulan kelawar yang ditemui secara meluas dari Australia ke Eropah.

Bagaimanapun, ketiga-tiga spesies Rhinolophus yang sudah terbukti menjadi pembawa coronavirus dikaitkan dengan SARS-CoV-2 itu tidak ditemui di Singapura.

Dalam pada itu, Prof Wang menegaskan tindakan memusnahkan hidupan liar itu bukan pilihan bijak bagi mengekang penularan virus yang dibawanya.

"Ini kerana kajian menunjukkan mengganggu habitat kelawar dan memusnahkannya tidak dapat mengubah tingkah lakunya, malah mungkin meningkatkan kadar penyebaran atau pemindahan virus kepada spesies lain," katanya.

Seorang lagi penyelidik di NUS, Chua, turut bersetuju dengan pandangan Prof Wang kerana virus mudah bermutasi mengikut keadaan.

"Apa yang lebih penting ialah manusia elakkan mengganggu habitat hidupan liar dan jauhkan diri daripada binatang liar selain meningkatkan pengawasan serta pemantauan bagi membendung penularan virus.

"Tambahan pula, kelawar ada peranan dalam ekosistem kerana ia adalah pemangsa serangga yang menjaga keseimbangan jumlah serangga dan menjadi penyebar benih yang penting," katanya.

Tambah beliau, jika dibandingkan dengan risiko penternakan haiwan berskala besar di mana haiwan berada dekat dengan manusia, kemungkinan penularan zoonosis daripada haiwan liar kepada manusia lebih rendah. - AGENSI
 

lau_kau

Legendary Member
Top Poster #4
Joined
Aug 2, 2007
Messages
10,346
Reaction score
1,332
Points
201
Kelawar jgk salah nooo Batman mai tolong sat hahaha
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601
COVID-19: Jangan terlalu bergantung kepada risikan AS

WUHAN: Seorang anggota misi menyiasat punca wabak COVID-19 Pertubuhan Kesihatan Dunia (WHO) ke China mengkritik penyelidik Amerika Syarikat (AS) selepas Jabatan Negara AS meragui ketelusan siasatan badan dunia itu.

Pakar Zoologi Britain, Peter Daszak, berkata matlamat AS ialah Presidennya, Joe Biden, 'harus dilihat lebih kuat berbanding China'.

"Justeru, jangan terlalu bergantung pada maklumat penyelidik AS kerana mereka masih menyebarkan pelbagai berita berunsur politik.

"Walaupun sudah terlepas daripada cengkaman bekas Presiden AS, Donald Trump, AS berterusan membuat kesilapan dalam banyak aspek," katanya menerusi ciapan Twitter selepas misi itu berakhir semalam.

Misi WHO ke China berakhir tanpa menemui punca coronavirus yang setakat ini sudah menjangkiti 107,451,122 mangsa dan mengorbankan 2,352,419 nyawa di 219 negara di seluruh dunia.

Pakar penyelidik WHO menghadapi tekanan dalam melaksanakan tugas mereka kerana didesak AS supaya bertindak tegas ketika siasatan manakala China pula kerap mengingatkan mereka supaya jangan mempolitikkan isu itu.

Daszak, menerusi ciapan Twitter, menyifatkan tugasannya kali ini dipenuhi pelbagai tekanan politik yang memerlukan diplomasi tahap tertinggi.

Beliau juga merujuk kepada Biden sebagai pemimpin yang secara membuta tuli memasuki kancah geopolitik mengenai asal-usul virus COVID-19.

Komen Dasak itu menyentuh mengenai kenyataan Jabatan Negara AS yang berulang kali meragui ketelusan China untuk bekerjasama dengan misi WHO.

Meskipun misi WHO gagal menemui asal-usul coronavirus itu, pakar penyelidik asing bersetuju ia mungkin berpindah dari kelawar ke spesies haiwan yang tidak diketahui sebelum menjangkiti ke manusia. - AFP
 

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
53,473
Reaction score
4,441
Points
601

Australian scientist Professor Dominic Dwyer speaks out on the World Health Organisation’s investigation into the origins of COVID-19, believing it did start in Wuhan, China
 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,614
Reaction score
1,221
Points
201
WHO-han.... china puppet
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register