BTC USD 38,507.3 Gold USD 1,810.10
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Asal tua saja dibayar murah. Apa nak jadi?

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,653
Reaction score
2,595
Points
201

Asal tua saja dibayar murah. Apa nak jadi?​

FotoJet-7-12.jpg
RAJA AZMI, DATIN FADILAH MANSOR, CHE MAN, OSMAN ALI
  • Oleh Media Mulia
  • 6 Jun 2021, 1:30 pm
Share on facebook

Share on twitter

Share on whatsapp

Share on email

Share on telegram
“KALAU di Hollywood, lagi lama dan senior, lagi lebatlah bayarannya tahu!”
Seringkali ayat sebegini diluahkan oleh penggiat seni yang tergolong sebagai orang lama dalam industri yang nyatanya sudah lama menyimpan kecewa dan rasa tersinggung apabila tiba soal harga dan bayaran.
Bukan apa, perbezaan itu amat ketara bahkan seakan sudah begitu dinormalisasikan oleh segelintir pemain industri yang entah barangkali tamak mengaut keuntungan seorang diri.
Semua tahu, pelakon senior ini ‘kaya’ dengan pengalaman tetapi mengapa perlu ada diskriminasi soal bayaran? Tidak adil sama sekali untuk mereka semua.
Apalagi kalau sentiasa ‘didendangkan’ dengan ayat ‘maaf, kami tiada bajet yang banyak’.
Ia seterusnya membuatkan si pelakon kategori warga emas ini biasanya terpaksa rela menerima tawaran yang diberikan lantaran memikirkan selagi masih bernyawa, masih ada perut untuk diisi, masih ada bil dan tanggungan yang harus dibayar.
Masih ada yang tidak percaya? Pancaindera bentangkan luahan beberapa pelakon senior dan penerbit mengenai isu ini.
Kalau bandingkan dengan negara barat, marah pula
Pelakon veteran, Datin Fadilah Mansor, menegaskan kepada pihak penerbit agar membetulkan semula perspektif mereka terhadap pelakon-pelakon veteran dalam industri seni tanah air.
Fadilah meluahkan rasa simpati dan sedih apabila mendengar khabar ada rakan-rakan artis lama lain dibayar tidak setimpal oleh segelintir penerbit.
“Fahamlah kedudukan pelakon-pelakon lama. Tanpa yang lama, tiada yang baharu. Kini, pengalaman orang lama seolah-olah tidak dihargai.
“Semasa pengambaran, wataknya memerlukan tenaga, emosi dan segalanya. Tetapi bayaran tidak setimpal berbanding dengan pelakon lain. Kalau kita bersuara lebih, kita pula akan menerima tempiasnya.
“Jika kita nak bandingkan negara barat, marah pula. Tetapi apa yang kita nampak dengan mata kasar, negara luar, lagi tua lagi dihormati dan diberi penghargaan,” katanya.
Dalam pada itu, dia juga menegaskan kepada pihak terbabit agar berhenti beranggapan pelakon lama memang layak diberi bayaran sebegitu.
Katanya, pelakon veteran juga memerlukan sumber pendapatan, kerana itulah mereka masih bekerja.
Salah pengurus produksilah
Tidak mahu memanjangkan cerita, pelakon senior, Kamarool Yusoff, 63, melihat isu ini sepatutnya dipertanggungjawabkan kepada si pelaku yang duduk di kerusi pengurus produksi.
Kata pelakon yang popular dengan watak Che Man ini, dia sudah biasa mendengar ayat-ayat ‘manis’ mengenai soal tiada bajet atau peruntukan kecil filem atau drama dan ia datangnya daripada segelintir pengurus produksi.
“Mereka inilah yang biasanya main peranan mengecilkan bayaran seseorang artis itu, apalagi kalau artis itu tua atau veteran.Mereka inilah ‘sampah’ yang menghuru-harakan produksi.
“ Ada pengurus produksi yang sering buat begitu bila nak dapatkan seseorang artis, adakala tempat penggambaran pun kalau boleh dia nak percuma tak nak bayar.
“Bagi saya, mereka inilah yang sepatutnya disekolahkan supaya cerdik sikit. Lagi satu, pengarah dan penerbit pun ada juga yang begitu, jadi saya harap mereka ini bersikap relevanlah dan ambil tahu akan hal ini,”katanya hampa.
Pelakon lama patut dibayar setimpal
Bagi penerbit dan pengarah, Osman Ali pula, pelakon lama harus ada kadar tertentu yang perlu ditetapkan berdasarkan reputasi kerja atau peratusan penglibatan dalam sesebuah drama tersebut.
Tegas Osman pada mana-mana pihak produksi, mereka tidak sepatutnya memberikan bayaran yang tidak setimpal kepada pelakon berkaliber.
“Perkara sebegini selalu timbul apabila penerbit sesebuah drama terpaksa mengambil pelakon popular semasa untuk watak utama.
“Terpaksa bayar mereka dengan harga yang terlalu tinggi hingga menjejaskan bajet produksi untuk membayar pelakon pembantu dan tenaga produksi yang lain.
“Walau apa pun situasinya, pelakon lama tetap harus dibayar dengan bayaran yang setimpal atas budi bicara kedua-dua belah pihak,” katanya.
Ada yang terpaksa catu bajet
Tidak menafikan isu bayaran tidak setimpal pelakon lama ini wujud dalam industri, bagi Raja Azmi pihak produser seharusnya bijak dalam mengatur dan menyusun kos keseluruhan bayaran pelakon yang terlibat dalam satu-satu naskhah.
Baginya, bayaran pelakon utama yang tinggi juga menjadi salah satu sebab mengapa ada penerbit terpaksa mencatu bayaran kepada pelakon lain. Malah, bayaran kru produksi juga turut terkena tempias. Itu belum masuk keuntungan penerbit.
“Bagi saya, pelakon utama juga janganlah letak harga tinggi sangat. Bukan semua tetapi ada segelintir pelakon baharu yang popular terutama di media sosial ini meletakkan harga yang tak masuk akal. Saya dengar pun terkejut.
“Jadi terpaksalah pihak penerbit memotong bayaran pelakon tambahan dan juga kru. Sebab itu, di kala ini, janganlah kita ada sikap pentingkan diri sendiri. Kita semua hendak cari makan, tak ada yang nak kerja percuma.
“Tetapi biarlah kita sama-sama dalam menyelesaikan isu ini. Saya bukan hendak salahkan mana-mana pihak cuma kita harus sedar, bukan kita sahaja yang mahu jual drama itu. Pelakon tambahan dan kru juga penting juga tau!” katanya.
Sepanjang bergelar penerbit, Raja Azmi mengakui dia tidak pernah memotong bayaran mana-mana pelakon tidak kira baru atau lama.
Baginya, rezeki harus dikongsi bersama dan paling penting, kelestarian industri sentiasa terjaga
 
Sponsored Post

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,045
Reaction score
13,855
Points
2,376

Menda dah lama jadi
Industri kat 🇲🇾 ni pentingkan orang muda
Boleh tarik penonton katanya
 
jaws_am

Legendary Member
Joined
May 29, 2008
Messages
14,487
Reaction score
4,236
Points
201
Nak banding dgn hollywood gi duduk sana la..

Artis malaysia patut kne sedar.. klo dh semakin berumur, elok setup bisness buat side income sementara boleh rolling duit..
 
TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
306,045
Reaction score
13,855
Points
2,376
Nak banding dgn hollywood gi duduk sana la..

Artis malaysia patut kne sedar.. klo dh semakin berumur, elok setup bisness buat side income sementara boleh rolling duit..

Budaya di Hollywood dengan Bollywood memang gitu
Tapi di Malaywood memang macam sekarang la
Makin tua makin dilupakan
 
mrvx

Legendary Member
Joined
Feb 20, 2009
Messages
11,368
Reaction score
769
Points
171
artis veteran kena belajar dengan azwan ali a.k.a DIVA AA
 
sapit87

Super Active Member
Joined
Oct 4, 2012
Messages
8,162
Reaction score
456
Points
91
Kalu bollywood lg la dok ulang2 plakon yg sama dr zaman 80an sampai skrg jd hero lg,srk la,salman la,padayapa la..plakon muda jarag jd hero..kalu jd pun x laku sgt haha
 
Sponsored Post

CG Sponsors

Top
Log in Register