AS salah serang Iraq - Suruhanjaya Belanda

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
THE HAGUE, Belanda - Pencerobohan ke atas Iraq yang diketuai Amerika Syarikat (AS) pada 2003 jelas bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, kata satu suruhanjaya bebas semalam yang menyiasat sokongan politik Belanda berhubung tindakan kontroversi itu.

"Tiada asas yang kukuh bagi pencerobohan itu," kata pengerusi suruhan jaya berkenaan, Willibrord Davids kepada pemberita di sini.

Dalam laporannya, suruhanjaya itu menyatakan, Resolusi 1441 Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bukan bermakna mana-mana negara anggota PBB diberi kuasa untuk menggunakan kekerasan tentera bagi memaksa Iraq mematuhi resolusi Majlis Keselamatan.

Resolusi Majlis Keselamatan itu yang diluluskan pada 2002, memberi peluang terakhir supaya Baghdad mematuhi tuntutan PBB dengan memusnahkan senjata pemusnah miliknya.

Suruhanjaya sama turut mendapati agensi perisikan Belanda tidak mempunyai bukti kukuh bahawa Iraq memiliki senjata pemusnah iaitu alasan utama AS untuk menyerang negara berkenaan.

Davids pernah menjadi Presiden Mahkamah Agung Belanda.

Sehingga kini tiada senjata pemusnah pernah ditemui di Iraq seperti didakwa Barat.

Suruhanjaya itu, yang memulakan tugas pada Mac tahun lalu, ditubuhkan oleh kerajaan susulan tekanan pembangkang dan awam berhubung dakwaan sebelum ini bahawa terdapat pihak yang sengaja menyembunyikan maklumat penting bagi mengabui Parlimen Belanda supaya menyokong AS.

Walaupun gagal mendapat maklumat perisikan terperinci, Parlimen Belanda memutuskan untuk menyokong serangan tersebut dengan menghantar 1,100 askar ke Iraq pada Julai 2003.

Pada bulan lalu, seorang bekas penyiasat senjata PBB memberitahu, bekas presiden AS, George W. Bush dan bekas perdana menteri Britain, Tony Blair memejamkan mata berhubung kekurangan bukti kukuh bagi menyerang Iraq.

Mereka sebaliknya berusaha mengabui mata rakyat dengan berulang kali menuduh bekas presiden Iraq, Saddam Hussein sebagai ancaman kepada dunia. - AFP
 
Sponsored Post

roBUST

Banned
Joined
Oct 13, 2008
Messages
12,406
Reaction score
136
Points
123
nk tunjuk US ni baik la..konon2 nyesal dulu pendapatan..tunggu je la bala Allah
 

eizzbizz

Super Active Member
Joined
Sep 2, 2009
Messages
8,363
Reaction score
473
Points
86
kalo dah terbukti bersalah .. apalagi dakwa je lah ..
kalo setakat menyalak bukit .. super tak payah :mad:
 

fms

CG Top Poster Club
Joined
Feb 10, 2007
Messages
20,453
Reaction score
305
Points
131
abis laa Bush..
patut ke tali gantung je..
 

atlantis

CG Top Poster Club
Platinum Member
Joined
Feb 3, 2008
Messages
35,221
Reaction score
767
Points
161
cari glamer je tu. takde kemana nyer
 

WangEmas

Active+ Member
Joined
Aug 28, 2009
Messages
3,519
Reaction score
55
Points
30
It's too late to be true.. ni lebih kpd rancangan bg merealisasikan agenda dajjal ni.. bukan sekadar politik..
 

kamal_kampong

Legendary Member
Joined
Apr 30, 2007
Messages
16,664
Reaction score
836
Points
171
memang ternyata salah..

suka2 serang negara org..

tapi masalahnya, sapa yang nak ambil tindakan..mcm israel, terbukti salah bina tembok n perlu runtuh menurut mahkamah antarabangsa..tapi diorang x runtuh2 pun..undang2 dunia diorang selamba leh langgar ja..:(scam
 
Sponsored Post
Top
Log in Register