AS mahu banteras 'perikanan haram' China di Pasifik, Laut China Selatan

CG Sponsors




mazri_2008

CG Top Poster Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
49,256
Reaction score
4,259
Points
201
bcad308c-4eb8-11e9-8617-6babbcfb60eb_image_hires_174115_1603529622.jpg

Kapal pemintas pantas pasukan Pengawal Pantai AS. - Foto Jabatan Pertahanan AS

WASHINGTON: Amerika Syarikat (AS) menegaskan akan mengerahkan kapal Pengawal Pantai (Coast Guard) miliknya di barat Pasifik bagi mengawasi kegiatan haram China di kawasan perikanan yang dipertikaikan di Laut China Selatan.

Dalam pada itu, AS menuduh China melakukan penangkapan ikan secara haram, tidak mengikut peraturan dan mengakibatkan 'gangguan' kepada bot nelayan dari negara serantau.

Penasihat Keselamatan Rumah Putih, Robert O'Brien, dalam satu kenyataan, berkata Pengawal Pantai AS itu secara strategik melakukan operasi yang diselaraskan dan diperkasa dengan Kapal Pemintas Pantas (Fast Response Cutters) di barat Pasifik.

"Kapal kelas Sentinel ini akan menjalankan operasi keselamatan maritim termasuk membantu bot nelayan di bawah kerjasama dengan rakan serantau.

"Pasukan ini akan membantu penguatkuasa maritim negara serantau yang terhad keupayaan mereka untuk melakukan tinjauan luar pesisir pantai selain memastikan kebebasan pergerakan kapal nelayan negara masing-masing," katanya.

Washington secara konsisten menuduh China melanggar undang-undang antarabangsa dengan menghantar kapal perang sebagai pengawal kapal nelayan China ke kawasan perikanan negara lain.

Julai lalu, Setiausaha Pertahanan AS, Mark Esper mengecam 'tingkah laku buruk' di Laut China Selatan sejak beberapa bulan lalu.

Beliau turut menuduh tentera China menenggelamkan sebuah kapal bot nelayan Vietnam, mengganggu gugat penerokaan minyak dan gas Malaysia serta mengawal bot nelayannya yang menceroboh Zon Ekonomi Eksklusif (EEZ) Indonesia.

O'Brien berkata, Pengawal Pantai AS di bawah naungan Jabatan Keselamatan Dalam Negeri (DHS) juga sedang mengkaji sama ada akan menempatkan beberapa kapal peronda secara kekal di wilayah Samoa Amerika di Selatan Pasifik.

Bulan lalu, Indonesia memprotes pencerobohan kapal pengawal pantai China di EEZ yang terletak di antara perairan wilayahnya dan perairan antarabangsa, di mana negara terbabit menuntut hak eksklusif untuk mengeksploitasi sumber semula jadi.

China menuntut hampir keseluruhan perairan Laut China Selatan sebagai miliknya, yang ditentang oleh beberapa negara termasuk Malaysia, Taiwan, Filipina, dan Indonesia. - AFP

 
Sponsored Post

lau_kau

Super Active Member
Joined
Aug 2, 2007
Messages
9,133
Reaction score
946
Points
121
Blk la amerika ngn China awat la duk sibuk tempat org
 
Sponsored Post
Top
Log in Register