BTC USD 66,512.1 Gold USD 1,786.47
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS kecam China gagal reda ketegangan di Korea

wenn

Active Member
Joined
Mar 13, 2010
Messages
1,637
Reaction score
0
Points
20
2010/12/10- TOKYO: Ketua tentera Amerika Syarikat, Laksamana Mike Mullen semalam menyelar Beijing gagal memainkan peranan sebagai kuasa global kerana tidak melakukan secukupnya bagi meredakan ketegangan di semenanjung Korea.

Dalam persinggahannya di Tokyo semalam selepas melawat Seoul, Mullen berkata China mesti berusaha lebih keras bagi menghalang Korea Utara daripada memperhebatkan ancamannya sehingga tercetus peperangan, yang boleh mengakibatkan kemusnahan besar.
Korea Utara baru-baru ini melancarkan serangan artileri ke atas sebuah pulau di kawasan sempadan yang dipertikaikan dan mengakibatkan empat rakyat Korea Selatan terbunuh dan dituduh kerana menenggelamkan sebuah kapal perang Korea Selatan Mac lalu.
“China mesti mengemudikan Korea Utara ke arah masa depan lebih baik,” kata Mullen.

“Tiada satu pun negara di dunia ini yang mempunyai pengaruh besar terhadap Pyongyang selain China,” katanya. “Ia adalah sebahagian daripada usaha bagi menjadikannya kuasa global. Saya berharap China akan bertindak balas kepada gesaan ini dan mengambil langkah sepatutnya.”

Korea Utara, yang tidak mempunyai banyak rakan negara bersekutu, bergantung kepada China bagi bantuan ekonomi dan sokongan diplomatik. China juga pernah menyebelahi Korea Utara dalam Perang Korea 1950-53.

Baru-baru ini Beijing turut mengambil langkah berhati-hati ketika melemparkan tuduhan dalam pertempuran kecil dan penenggelaman kapal perang Korea Selatan, dan meminta semua pihak supaya mengelakkan tindakan kekerasan. China mencadangkan agar diadakan lebih banyak rundingan dalam isu Korea Utara ini termasuk pembangunan senjata nuklearnya.
Di Beijing, jurucakap Kementerian Luar, Jiang Yu menyelar kecaman yang dilemparkan terhadap cara ia menangani krisis Korea Utara itu.

“Saya ingin bertanya kepada pihak yang membuat tuduhan terhadap China, apa usaha yang anda buat ke arah kestabilan dan keamanan serantau? Ancaman ketenteraan tidak boleh mengatasi masalah, dan hanya menambahkan ketegangan,” kata Jiang semalam.

China juga bersikap kritikal terhadap latihan ketenteraan AS-Korea Selatan di laut Kuning yang dijalankan selepas serangan artileri itu. – AP

INFO; Berita Harian
 
Sponsored Post

arjan

Fun Poster
Joined
May 14, 2010
Messages
570
Reaction score
11
Points
15
AS ni bab nak spin no 1, sebelum dia spin, dia cucuk kasi panas, pastu dia spin
 

logammaut

Legendary Member
Joined
Dec 12, 2009
Messages
10,938
Reaction score
1,166
Points
201
US takut nak perang dgn Korea Utara. Cuba manipulate & libatkan China pulak.
 

copy left

CG Top Poster Club
Joined
Jun 25, 2008
Messages
26,999
Reaction score
562
Points
161
ntah2 cina yg letupkan kapal korea selatan tuh hehehehe
 

Uzyr R

Super Active Member
Joined
Jul 23, 2008
Messages
7,750
Reaction score
86
Points
70
Yg diorg buat latihan ketenteraan dgn korea selatan kat sempadan KU-KS tu bukan umpama tindakan provokasi ke..? mcm nk tunjuk kekuatan..mcmn la KU tak hangin..
 

anakmalaya

Active+ Member
Joined
Oct 1, 2009
Messages
3,632
Reaction score
47
Points
30
bkn amarika ke punca ketegangan korea... pastu nak salahkan china je.. mentang2 la semua benda made in china.. haha..
 

incoming

Active Member
Joined
Dec 2, 2008
Messages
1,017
Reaction score
2
Points
25
china dah ubah dasar luar negara.(lanie china memang dah tak berminat nk perang sbb china dah maju,rakyat n peminpin dah tahu cara mengguna duit..
korea utara masih ketinggalan(komunis)..kesian aku tengok rakyat korea utara,kebuluran,banjir,tiada kebebasan bersuara,miskin bangatt(sampai xda seorang pon rakyat korea utara gemuk yang ada kurus kering macam lidii)..
pemimpin dah jadi macam raja--monarkiii

yang depa tauu hanya perang...
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register