AS gesa EU setuju pemasangan pengimbas tubuh

CG Sponsors




alisha_qistina

Super Active Member
Joined
Jun 27, 2008
Messages
6,407
Reaction score
256
Points
81
MADRID: Amerika Syarikat (AS) akan menggesa Kesatuan Eropah (EU) meluluskan pemasangan pengimbas tubuh di lapangan terbang pada rundingan di Sepanyol berikutan cubaan mengebom pesawatnya bulan lalu.

Setiausaha Keselamatan Dalam Negeri AS, Janet Napolitano dan Menteri Dalam Negeri EU yang bermesyuarat di Toledo, akan membincangkan penggunaan pengimbas tubuh itu yang dilihat sebagai melanggar hak individu.

AS menyegerakan pemasangan alat itu di lapangan terbang sejak kegagalan serangan terhadap pesawatnya yang dalam perjalanan ke Detroit dari Amsterdam pada Hari Krismas lalu.

Britain dan Belanda sudah memasang pengimbas berkenaan tetapi beberapa negara seperti Jerman menangguhkan keputusan sehingga EU mengambil pendirian bersama. - AFP
 
Top
Log in Register