AS dakwa Hambali, dua rakyat Malaysia terbabit pengeboman Bali, Jakarta

CG Sponsors




InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
52,013
Reaction score
4,420
Points
601
hambalibu_1611285283.jpg

(dari kiri) Hambali, Mohammed Nazir Lep and Mohammed Farik Amin.

WASHINGTON: Pendakwa raya tentera Amerika Syarikat (AS) memfailkan pertuduhan rasmi terhadap ekstremis Islam Indonesia dan dua lagi individu yang terbabit dalam pengeboman Bali pada 2002 serta serangan di Jakarta pada 2003, kata Pentagon.

Pertuduhan itu difailkan hampir 18 tahun selepas ketiga-tiga tertuduh ditangkap di Thailand dan dikurung dalam penjara tentera AS di Teluk Guantanamo, Cuba, lebih 14 tahun.

Pertuduhan pertama membabitkan ketua kumpulan jihad Indonesia, Jemaah Islamiyah (JI), Riduan Isamuddin yang juga dikenali sebagai Hambali, dipercayai turut menjadi wakil kanan Al-Qaeda di rantau itu.

Kumpulan itu yang disokong Al-Qaeda, menjalankan pengeboman kelab malam di Bali pada 12 Oktober 2002, yang membunuh 202 individu, serta serangan di hotel JW Marriott di Jakarta pada 5 Ogos 2003, yang meragut 12 nyawa dan puluhan lagi cedera.

Dua pertuduhan lagi membabitkan rakyat Malaysia, Mohammed Nazir Lep dan Mohammed Farik Amin, yang menjadi orang kanan Hambali dalam JI dan dilatih Al-Qaeda, menurut dokumen kes Guantanamo.

"Pertuduhan itu membabitkan konspirasi, pembunuhan, cubaan membunuh, dengan sengaja mendatang kecederaan, keganasan, menyerang orang awam, menyerang dan memusnahkan harta, serta melanggar undang-undang perang," kata Pentagon dalam satu kenyataan.

Bagaimanapun, tidak jelas mengapa pertuduhan itu dibuat selepas beberapa tahun pertuduhan di hadapan tribunal tentera di Guantanamo, diumumkan semalam.

Pada 2016, usaha Hambali untuk dibebaskan dari Guantanamo ditolak kerana menurut pendakwa raya, militan itu masih 'menjadi ancaman kepada keselamatan AS'.

Pertuduhan itu diumumkan pada hari pertama pentadbiran penuh Presiden baharu AS, Joe Biden.

Ketika Biden menjadi Naib Presiden kepada Barack Obama, mereka berusaha untuk menutup penjara di Guantanamo milik tentera dan membebaskan atau mendakwa baki banduan di mahkamah awam AS, namun usaha itu gagal.

Donald Trump yang menggantikan Obama pula tidak berminat pada Guantanamo serta banduannya, yang turut membabitkan pemimpin kanan Al-Qaeda dan perancang serangan 11 September, Khalid Sheikh Mohammed.

Pada masa sama, tiada perkembangan lanjut mengenai status 40 banduan lain yang masih ditahan di Guantanamo. Penjara itu pernah menahan sehingga 780 'banduan keganasan', namun kebanyakannya sudah dihantar kembali ke negara asal masing-masing. - AFP

 
Sponsored Post

kopirait

CG Top Poster Club
Top Poster #5
Joined
Apr 18, 2010
Messages
37,084
Reaction score
2,593
Points
206
ingat dah lepas dah.
dari 2016 lagi kata akan dibebaskan.
 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,755
Reaction score
12,037
Points
1,906
Hambali dan dua warganegara Malaysia akan dituduh di mahkamah berhubung pengeboman di Bali pada 2002 dan serangan di Jakarta pada 2003.

1611411274560.png


Malaysia sambut baik tindakan AS dakwa Hambali di mahkamah
Diterbitkan 23 Jan 2021, 4:14 pm

Dikemaskini 4:22 pm



Ketua Polis Negara Abdul Hamid Bador mengalu-alukan tindakan AS untuk mendakwa pengganas warga Indonesia, Hambali dan dua militan Malaysia di mahkamah berhubung pengeboman di Bali pada 2002 dan serangan di Jakarta pada 2003.

Hambali, atau nama sebenarnya Enjep Nurjaman, bersama dengan warga Malaysia Mohd Farik Amin dan Mohammed Nazir Yep akhirnya didakwa secara rasmi oleh AS setelah bertahun-tahun ditahan di Teluk Guantanamo.

Satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Pentagon pada Khamis mengatakan bahawa tuduhan tindakan keganasan terhadap ketiga-tiga mereka telah diserahkan kepada suruhanjaya tentera, langkah yang menandakan permulaan perbicaraan ketenteraan.

Perkembangan ini hadir sehari selepas Presiden AS Joseph Biden mengambil alih pentadbiran dari Donald Trump.

Bagaimanapun, tidak jelas sama ada situasi Covid-19 akan mempengaruhi rencana berkenaan.

"Jabatan Pertahanan hari ini mengumumkan bahawa Pihak Berkuasa Mesyuarat, Pejabat Suruhanjaya Ketenteraan, menyerahkan tuduhan kepada suruhanjaya tentera dalam kes Amerika Syarikat lwn Encep Nurjaman, Mohammed Nazir Bin Yep, dan Mohammed Farik Bin Amin,” kata kenyataan itu.

"Peraturan itu menyatakan bahwa perbicaraan itu akan berlangsung dalam 30 hari setelah rujukan," kata Ron Flesvig, jurucakap Kuasa Konvensi Pejabat Suruhanjaya Tentera, seperti dilaporkan.
Abdul Hamid berkata, keputusan seperti itu sudah lama ditunggu kerana keadilan mesti ditegakkan.

"Ketiga-tiga mereka ditahan lama di Teluk Guantanamo. Kami menyambut baik keputusan AS untuk akhirnya menuduh mereka,” katanya kepada The Star, sambil menambah bahawa menggagalkan ancaman keganasan di negara ini tetap menjadi keutamaan bagi Bukit Aman.

Sebelum ini dilaporkan bahawa Farik adalah pakar peledak dan merupakan antara yang bertanggungjawab menyalurkan dana untuk serangan di JW Marriot Hotel di Jakarta pada tahun 2003, sementara Nazir dikhususkan untuk tugas merampas dan mensasarkan kepentingan AS di wilayah tersebut.

Seramai 202 terkorban dalam pengeboman kelab malam Bali pada 2002 sementara 12 mati dalam serangan di JW Marriot Hotel.


 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
75,755
Reaction score
12,037
Points
1,906
Syahril A. Kadir

· 12m ·

AKHIRNYA setelah lebih 15 tahun ditahan tanpa bicara, dua rakyat Malaysia yang kini dikurung Guantanamo Bay kerana disyaki terlibat dalam pengeboman Bali lebih sedekad lalu, akan mula diadili pada 22 Februari depan.

Mereka ialah Mohammad Nazir Lep dan Mohd Farik Amin.

Tu dia aihhhhhh...lepas 15 tahun baru nak tuduh, gila babi punya sistem, aku rasa dalam tempoh tu mau lunyai depa ni kena tarok dengan askar-askar kat dalam penjara Guantanamo yang terkenal dengan kaedah2 penyiasatan 'ngeri' tu.

Nak baca lebih lanjut, korang pergi ke sini... aku pun baru tahu lepas baca https://www.benarnews.org/.../my-guantanamo-tarikh-210128...

 

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
22,782
Reaction score
2,224
Points
201
Syahril A. Kadir

· 12m ·

AKHIRNYA setelah lebih 15 tahun ditahan tanpa bicara, dua rakyat Malaysia yang kini dikurung Guantanamo Bay kerana disyaki terlibat dalam pengeboman Bali lebih sedekad lalu, akan mula diadili pada 22 Februari depan.

Mereka ialah Mohammad Nazir Lep dan Mohd Farik Amin.

Tu dia aihhhhhh...lepas 15 tahun baru nak tuduh, gila babi punya sistem, aku rasa dalam tempoh tu mau lunyai depa ni kena tarok dengan askar-askar kat dalam penjara Guantanamo yang terkenal dengan kaedah2 penyiasatan 'ngeri' tu.

Nak baca lebih lanjut, korang pergi ke sini... aku pun baru tahu lepas baca https://www.benarnews.org/.../my-guantanamo-tarikh-210128...

mesti dah pandai cakap spanish kat dalam tu.
 
Sponsored Post
Top
Log in Register