BTC USD 23,180.3 Gold USD 1,929.83
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS catat lebih sejuta kematian senjata api dalam 10 tahun

Yallah

Active+ Member
Messages
2,800
Joined
Jun 21, 2021
Messages
2,800
Reaction score
372
Points
41

AS catat lebih sejuta kematian senjata api dalam 10 tahun​

Disember 2, 2022 @ 1:43am

Pelbagai senjata api untuk jualan di Salem, Oregon, Amerika Syarikat. - Foto AP
Pelbagai senjata api untuk jualan di Salem, Oregon, Amerika Syarikat. - Foto AP

WASHINGTON: Tembakan rambang dan kematian akibat senjata api di Amerika Syarikat (AS) mencatatkan sebanyak 1,110,421 kes maut antara 1990 hingga 2021.

Kajian itu diterbitkan dalam jurnal perubatan JAMA Network, yang turut melaporkan tahun lalu saja berlaku 48,953 kes kematian akibat senjata api.
Ia adalah kematian akibat senjata api yang tertinggi direkodkan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit (CDC) sejak 1981.

Kajian itu juga menunjukkan kira-kira 25.8 peratus daripada mangsa adalah individu kulit hitam .

Menurut artikel yang diterbitkan di Persatuan Perdagangan Industri Senjata Api; Sistem Pemeriksaan Latar Belakang Jenayah Kebangsaan (NICS), Biro Siasatan Persekutuan merekodkan 192,749 pemeriksaan latar belakang pada musim beli-belah Black Friday tahun ini.

Angka bagi pemeriksaan terhadap setiap individu sebelum membenarkan urus niaga senjata api itu adalah itu 2.8 peratus lebih tinggi berbanding musim jualan Black Friday tahun lepas.

Sementara itu, Menurut Kajian Senjata Api yang berpangkalan di Switzerland, pemilikan senjata api adalah paling tinggi di AS dengan terdapat kira-kira 120 senjata api untuk setiap 100 rakyat AS .- REUTERS

 
Sponsored Post

Sponsored Post

Top
Log in Register