AS batal larangan askar wanita mengandung

CG Sponsors




eboss

CG Hardcore
Platinum Member
Joined
Nov 29, 2007
Messages
85,652
Reaction score
1,894
Points
591
BAGHDAD 26 Dis. - Tentera Amerika Syarikat (AS) telah membatalkan peraturan bagi menghukum askar wanita negara itu yang ditempatkan di utara Iraq yang didapati mengandung atau askar askar lelaki yang menyebabkan askar wanita mengandung.

Jurucakap tentera Amerika berkata, pembatalan itu berikutan bimbang peraturan itu yang diperkenalkan oleh Mejer Jeneral Anthony Cucolo, komander pasukan tentera AS di utara Iraq akan menyebabkan anggota tentera AS dihadapkan ke mahkamah tentera.

"Dalam situasi biasa, kajian ke atas semua peraturan, perintah dan dasar sedia ada pasukan tentera AS-Iraq (USF-I) sedang dilakukan,'' kara Lieutenant Pertama Elizabeth Feste dalam satu e-mel.

"Pengemaskini dasar USF-I tidak termasuk peraturan berhubung mengandung.

"Sebagai tambahan, semua permintaan oleh unit sokongan untuk melaksanakan sekatan ke atas sebarang aktiviti... perlu mendapat kelulusan Komander USF-I." katanya.

Tentera AS di Iraq pada masa ini beroperasi di bawah satu perintah sebauah Pasukan Pelbagai Negara, tetapi keadaan ini akan berubah berkuatkuasa 1 Januari, 2010 bagi menggambarkan tidak ada lagi negara ditempatkan di negara itu.

Di bawah peraturan yang diperkenalkan Cucolo itu, yang menimbulkan perdebatan hangat, mereka yang melanggarnya akan menghadapi tuduhan jenayah atau dihadapkan ke mahkamah tentera.

Ia merujuk kepada askar wanita yang mengandung atau askar lelaki yang menyebabkan askar wanita mengandung, walaupun mereka sudah berkahwin. - AFP
 
Sponsored Post
Sponsored Post
Top
Log in Register