BTC USD 35,377.4 Gold USD 1,877.60
Time now: Jun 1, 12:00 AM

AS$2.99 bilion diperlukan untuk laksana mandat - PBB

InstaForexRebat

CG Hardcore Club
Joined
Nov 9, 2008
Messages
55,058
Reaction score
4,485
Points
601
NEW YORK: Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, berkata sebanyak AS$2.99 bilion (RM12.4 bilion) diperlukan pada tahun 2021 untuk melaksanakan sepenuhnya amanah yang diberikan kepada organisasi itu.

"Untuk melaksanakan sepenuhnya mandat yang diberikan, sebanyak AS$2.99 bilion (RM12.4 bilion) diperlukan iaitu pengurangan bersih sebanyak 2.8 peratus berbanding tahun 2020, meskipun ada inisiatif tambahan dan kegiatan yang diamanahkan.

"Ini termasuk penurunan bersih sebanyak 25 jawatan. Kami terbuka untuk perniagaan dan kami menjalankan organisasi ini dari mana-mana saja.

"Tahun lalu, saya mencadangkan peningkatan dana sebanyak AS$3.3 juta (RM13.6 juta) atau sekitar 10 peratus untuk projek kerjasama teknikal," katanya.

Guterres berkata, draf cadangan yang dibentangkan itu bertujuan mengekalkan Program Biasa untuk Kerjasama Teknikal pada tahap lebih tinggi bagi memaksimumkan sokongan untuk mencapai Matlamat Pembangunan Mampan.

Menurutnya, projek itu akan memenuhi permintaan negara anggota secara responsif dan lancar serta melengkapkan sistem Koordinator Residen yang diperbaharui.

"Reformasi pengurusan membawa perubahan besar termasuk dalam struktur, akauntabiliti, perwakilan kuasa dan operasi dalaman.

"Ini sangat penting untuk mempertahankan kesinambungan perniagaan ketika situasi pandemik ini. Dengan tanggungjawab dan akuantabiliti, kami dengan cepat dapat menyesuaikan dasar dan prosedur dalaman untuk menampung realiti baharu di lapangan dan pada masa sama, kami memiliki kemampuan khusus untuk memfokuskan perhatian pada bidang-bidang utama yang menjadi perhatian seperti pengurusan rantaian kesihatan dan bekalan," katanya.

Ketua PBB itu juga memberi amaran bahawa krisis kecairan belum reda dan menghambat kemampuan organisasi itu untuk memenuhi kewajipannya. - AGENSI


 

CG Sponsors




Top
Log in Register