AS$13 juta lesap, polis Korea Selatan buru wanita Malaysia

CG Sponsors




cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
AS$13 juta lesap, polis Korea Selatan buru wanita Malaysia


Januari 12, 2021 @ 5:03pm

54719d705afbd377708b456c_1610442221.jpg

Gambar hiasan. - Foto AFP

SEOUL: Polis Korea Selatan sedang memburu seorang eksekutif kasino warga Malaysia selepas dipercayai melarikan diri bersama wang tunai berjumlah 14.6 billion won atau AS$13 juta (RM52.82 juta) dari pusat perjudian itu.

Syarikat berpangkalan di Hong Kong, Landing International Development, yang mengendalikan kasino Jeju Shinhwa World, dalam satu kenyataan, berkata wanita terbabit yang bertanggungjawab terhadap tabung kasino berkenaan gagal dihubungi.

Jeju, pulau peranginan popular di luar pesisir pantai di selatan Korea Selatan itu mempunyai banyak kasino yang dikhususkan untuk pelanggan warga asing asing saja.

Polis Daerah Jeju enggan mengulas lanjut, namun mengesahkan kejadian itu dan memaklumkan pihaknya sedang menjalankan siasatan bersama pasukan anti rasuahnya.


Difahamkan, pekerja terbabit tidak kembali bekerja selepas bercuti sejak hujung Disember lalu.

Polis turut merampas kamera litar tertutup (CCTV) dari kasino berkenaan, namun rakaman video ketika kejadian itu berlaku tidak ditemui.

Wang tunai yang hilang itu dianggarkan seberat 280 kilogram dan sukar untuk seorang individu mengangkatnya keluar dari kasino berkenaan. - AGENSI

 
Sponsored Post

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Wanita Malaysia diburu polis Korea Selatan

Polis Korea Selatan pada rabu berkata wang tunai bernilai 8.1 bilion Won atau 29.8 juta ringgit dijumpai di sebuah kasino di Pulau Jeju, dipercayai mempunyai kaitan dengan kes kecurian wang membabitkan pekerja.
Siasatan dijalankan untuk mengenal pasti sama ada wang dijumpai di peti besi kasino itu adalah sebahagian daripada wang bernilai 14.56 bilion Won yang hilang dari Kasino Landing di Jeju Shinhwa World minggu lalu.
#AWANInews

 

cek mek molek

CG Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #2
Joined
Jun 3, 2013
Messages
76,014
Reaction score
12,082
Points
1,906
Eksekutif kasino berusia 50-an disyaki dilaporkan suspek utama kecurian di Kasino Landing di Jeju.

Bukit Aman sedia kerjasama kesan wanita Malaysia disyaki curi wang di kasino Korea




January 14, 2021 9:16 PM


Datuk-Dev-Kumar_bernama-pdrm-142021.jpg

Dev Kumar berkata, PDRM belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita itu. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedia bekerjasama dengan pihak berkuasa Korea Selatan bagi membantu mengesan seorang wanita pekerja warga Malaysia yang didakwa terbabit dalam kes kecurian wang dari pusat perjudian Jeju Shinhwa World di pulau peranginan Jeju.

Timbalan Pengarah (Risikan/Operasi) Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ) Bukit Aman, Dev Kumar berkata sehingga kini PDRM masih belum menerima permintaan rasmi daripada pihak berkuasa Korea Selatan bagi mengesan wanita yang bekerja sebagai eksekutif di kasino terbabit.

“Kami masih menunggu sekiranya polis Korea Selatan ingin memohon bantuan untuk mendapatkan maklumat berhubung kes itu dan sekiranya mereka sedang menjalankan siasatan serta mengesan wanita terbabit.

“Jika ada permohonan melalui saluran rasmi dan wanita berkenaan sah berada di negara ini, kita sedia membantu,” katanya kepada Bernama.



Media antarabangsa hari ini melaporkan pihak berkuasa menemukan timbunan wang bernilai beberapa bilion won di kediaman wanita berusia 50-an itu yang kini menjadi suspek utama susulan kejadian kecurian di Kasino Landing di Jeju Shinhwa World, minggu lalu.
Laporan tersebut menyebut sebanyak 14.56 bilion (RM53.7 juta) dilaporkan hilang dari Kasino Landing di Jeju Shinhwa World itu.


 

GamezStar

CG Top Poster Club
Joined
Jul 1, 2008
Messages
31,288
Reaction score
1,543
Points
201
sebb apa malaysia ??? lubang tikus berlambakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ... pintu keluar masuk leh dibayar undertableeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
 

TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Top Poster #1
Joined
Mar 15, 2010
Messages
290,793
Reaction score
12,195
Points
2,376
sebb apa malaysia ??? lubang tikus berlambakkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkkk ... pintu keluar masuk leh dibayar undertableeeeeeeeeeeeeeeeeeeeee
Tak boleh di takwil lagi kenyataan dan hakikat ni
 

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
644
Reaction score
89
Points
30
Macam2 ni syok kalau diadaptasiskan dalam movie true story... dia punya planning tu mengiurkan...
 
Sponsored Post
Top
Log in Register