Artis makan pisang karya seni bernilai AS$120,000

CG Sponsors




TXT

CG Super Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Mar 15, 2010
Messages
264,944
Reaction score
8,923
Points
2,226


DAVID Datuna mengejutkan orang ramai di pertunjukan Art Basel di Miami semalam, apabila bertindak mengambil sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding galeri itu dan memakannya. - Foto Reuters
MIAMI : Seorang artis mengejutkan orang ramai di pertunjukan Art Basel di Miami semalam, apabila bertindak mengambil sebiji pisang yang dilekatkan pada dinding galeri itu dan memakannya.

Pisang itu, adalah sebahagian daripada karya seni artis Itali, Maurizio Cattelan bertajuk ‘Comedian’ dan dijual kepada seorang pengumpul Perancis dengan harga AS$120,000 (RM499,140).

Dalam satu hantaran video di akaun Instagram miliknya, David Datuna yang menggambarkan dirinya sebagai artis Amerika kelahiran Georgia di New York, berjalan ke arah pisang itu sebelum mengambil buah berkenaan.

“Pertunjukan seni, artis yang kelaparan,” katanya sambil mengupas pisang terbabit dan menggigit buah itu.

“Terima kasih, sangat sedap,” katanya.

Beberapa penonton kedengaran tertawa sebelum pegawai galeri yang berang menariknya ke kawasan lain untuk disoal siasat.

Adegan itu bagaimanapun berjaya diselesaikan dengan baik tanpa sebarang kejadian tidak diingini.

Menurut laporan akhbar, nilai sebenar karya itu terletak pada keunikan dan keaslian idea dan pisang berkenaan digantikan dengan yang baharu.

Ia dilekat semula pada karya itu kira-kira 15 minit selepas aksi mengejut Datuna.

“Aksi beliau mencetuskan ketegangan dan menarik perhatian yang tidak dijangka. Namun maklum balas diterima amat hebat. Ia membuatkan penonton terhibur,” kata pengarah muzium seni itu, Lucien Terras. - AFP


 
Sponsored Post

JOLUVUDA

Active Member
Joined
Oct 3, 2011
Messages
1,285
Reaction score
21
Points
25
usd120k dah boleh beli ladang pisang...
 

GeeKaDoY

Fun Poster
Joined
Feb 12, 2008
Messages
456
Reaction score
34
Points
20
Art tu macam tu je? Lekat buah pisang kat dinding pakai tape? $120K!!?? 😧

"Emmanuel Perrotin, founder of the Perrotin Gallery, left, talks about Italian artist Maurizio Cattelan piece's 'Comedian' (a banana duct taped to the wall) with an art patron during Art Basel in Miami, Florida. Rhona Wise / EPA"
 

nokia3210

Active Member
Joined
Sep 6, 2012
Messages
1,736
Reaction score
155
Points
38
lekat pisang ngan duck tape kat dinding ...art la sangat .. :ROFLMAO: :ROFLMAO:

Untitled.jpg
 

TT

CG Super Hardcore Club
Gold Member
Joined
Jan 13, 2009
Messages
150,447
Reaction score
20,748
Points
1,661
Selepas pisang, seni durian dilekat pada dinding pula



SINGAPURA - Jika karya seni pisang dilekatkan pada dinding boleh dijual pada harga AS$120,000 (RM499,752), bagaimana dengan durian?


Pertubuhan tempatan di Singapura saling bertanyakan tentang perkara itu di media sosial masing-masing selepas seorang pengumpul warga Perancis membeli karya seni pisang tersebut yang kemudiannya dimakan oleh seorang artis lain pada Sabtu lalu.

Difahamkan, karya seni pisang digelar Comedia itu adalah hasil cetusan idea artis dari Perancis, Maurizio Cattelan dan dipamerkan di Art Basel di Miami Beach, Florida.

Isnin lalu, satu lagi karya seni digelar Durian Tape to White Wall berharga S$163,056 (RM499,531) dipamerkan di kedai durian dan pencuci mulut, 99 Old Trees.

Durian Mao Shan Wang seberat 2.15 kilogram itu dijangka 'rosak' dalam tempoh tiga hari.

99 Old Trees menerusi kapsyen pada gambar yang dimuat naik di Facebook menyatakan, "Ia kelihatan seperti seni, berbau seperti kentut. Hasil seni ini adalah untuk memperingati susah payah nenek moyang kita. Pita pelekat itu menjadi simbol penindasan ketika zaman penjajahan sebelum ini".

"Ada individu membuat tawaran, namun kami sangka mereka hanya bergurau," kata pengurusnya, Kelvin Tan.

Ketika ditanya The Straits Times sama ada jika ada orang membuka dan memakan durian itu sebagai satu bentuk seni seperti dilakukan artis, David Datuna kepada hasil karya seni pisang Cattelan, Kelvin berkata, dia tidak kisah dan berita buruknya adalah pita pelekat itu tidak cukup kuat untuk menampung buah durian tersebut dan ia telah terjatuh.

Menurutnya, Durian Tape to White Wall itu telah dijual pada harga jauh lebih murah daripada yang ditawarkan. - Agensi

 

dausbiz

CG Hardcore Club
Platinum Member
Joined
Apr 27, 2015
Messages
51,163
Reaction score
1,531
Points
596
ada ka orang beli ratus ribu camtue

mesti bengong tahap cipan
 
Sponsored Post
Top
Log in Register