BTC USD 39,061.8 Gold USD 1,817.40
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Artis luar negara promosi vaksin, artis Malaysia sibuk langgar SOP – Netizen

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201

Artis luar negara promosi vaksin, artis Malaysia sibuk langgar SOP – Netizen​

PETALING JAYA – Marah dan tidak puas hati.

Itu yang dapat ditakrifkan tentang perasaan segelintir rakyat Malaysia berhubung isu rentas negeri dan pelanggaran prosedur operasi standard (SOP) dalam kalangan selebriti tanah air.

Sejak kelmarin, nama dua figura terkenal, Datuk Seri Siti Nurhaliza, 42, dan Neelofa, 32, tidak pernah sunyi daripada menjadi topik perbualan netizen dalam semua platform media sosial.

Sehingga kini, nama Neelofa juga masih sohor kini dalam Twitter.

Hasil tinjauan dalam media sosial, rata-rata netizen berpendapat terdapat segelintir golongan selebriti di Malaysia terlalu mementingkan diri sehingga berani melanggar undang-undang yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Malah, ada juga membandingkan usaha selebriti tanah air dengan negara jiran iaitu Singapura yang aktif mempromosikan kepentingan pengambilan vaksin Covid-19.

Perkara tersebut tercetus selepas tular sebuah video selebriti popular Singapura, Gurmit Singh yang terkenal menerusi sitkom Phua Chu Kang mempromosikan isu vaksin dalam kalangan rakyat negara tersebut.

WhatsApp-Image-2021-05-04-at-3.29.13-PM.jpeg
Tangkap layar ciapan seorang pengguna Twitter tentang isu berkenaan.
“Selebriti Singapura hebahkan tentang vaksin manakala artis Malaysia pula promosi cara hendak melanggar SOP, berulang-kali,” tulis seorang pengguna Twitter, @wanbasmu.

“Hendak harap golongan selebriti (Malaysia) promosi vaksin? Mereka sibuk langgar SOP seperti pertandingan siapa paling kayangan dan kebal,” tulis seorang lagi netizen, @elwaiemaren.

WhatsApp-Image-2021-05-04-at-3.29.12-PM.jpeg
Netizen membuat dakwaan segelintir golongan selebriti di Malaysia kurang mempromosikan pengambilan vaksin.
Kosmo! semalam turut melaporkan Siti telah membuat permohonan maaf tentang majlis Tahnik anak lelakinya yang didakwa melanggar SOP.

Sehingga kini, pihak berkuasa juga telah mengumumkan bakal melakukan siasatan terhadap dua figura tersebut.

Untuk rekod, Neelofa dan beberapa ahli keluarganya lain telah dikompaun pihak berkuasa atas kesalahan pelanggaran SOP pada majlis perkahwinannya serta salah guna kebenaran rentas negeri ke Pulau Langkawi pada Mac lalu. – K! ONLINE
 
Sponsored Post

puyol

CG Top Poster Club
Joined
Jun 28, 2011
Messages
24,255
Reaction score
2,540
Points
201
Kalau tengok TV Singapura di Johor memang ada iklan vaksin sekarang ning.

 

Niyang

CG Top Poster Club
Joined
May 13, 2009
Messages
41,962
Reaction score
1,341
Points
201
Pengeluar vaksin utamakan negara kaya - KJ
 

akudotcom

Legendary Member
Joined
Jun 17, 2007
Messages
16,575
Reaction score
2,585
Points
201
Beza artis kapir vs melayu
Ingatkan lg byk ulama lg bagus la penganut nya 😂
 
Sponsored Post

CG Sponsors




Top
Log in Register