BTC USD 84,940.8 Gold USD 3,319.43
Time now: Jun 1, 12:00 AM

Artis Kita Hisap Ganja ???!!!

surfer957

Super Active Member
Messages
7,974
Joined
Mar 30, 2008
Messages
7,974
Reaction score
26
Points
70
TERKEJUT Cik Normah apabila mendapat tahu seorang finalis program realiti ini rupa-rupanya kaki ganja. Bukannya apa, apabila melihat penampilan dan perwatakan artis ini, tentu ramai yang tidak percaya bahawa dia sanggup mengambil benda terlarang itu.

Cerita teman Cik Normah yang mulutnya muncung sedepa ini, bintang realiti itu didakwa melakukan perbuatan itu ketika dia dan beberapa selebriti lain mengikuti sebuah percutian. Di mana dan bila, tak payahlah Cik Normah bagi tahu.

Yang kelakarnya, punyalah nak ‘cover line’ supaya orang tak boleh tangkap dia sedang pekena benda tu, dia sanggup letak bunga cengkih. Kononnya nak hilangkan bau supaya orang lain tak perasan. Tapi kata teman Cik Normah ini, walaupun dia tak pernah hisap benda itu, tapi dia tau juga nak membezakan yang mana rokok asli dan yang mana satu ganja.

Pelik juga Cik Normah apabila diberitahu cerita ini. Apa motifnya dia menghisap benda tu, nak kata ada masalah keluarga, tak juga sebab setahu Cik Normah, dia mempunyai sebuah keluarga yang cukup bahagia. Itu daripada pandangan mata kasar Cik Normahlah.

Tapi manalah tahu kalau-kalau dia hisap benda tu sebab nak jaga suara. Kalau betullah kerana benda terlarang tu suaranya sedap, nasihat Cik Normah buat-buatlah bertaubat sebab selalunya benda macam tu tak tahan lama.

Nanti esok, lusa suara ke mana, awak ke mana. Bila dah tersadai macam bangkai bernyawa, masa tu nak berpatah balik memang sudah terlambat.
 
Sponsored Post

Sponsored Post

Back
Top
Log in Register