hiduprakyat
Legendary Member
- Messages
- 18,168
- Joined
- Dec 6, 2010
- Messages
- 18,168
- Reaction score
- 1,246
- Points
- 201
Artis budaya China, Singapura dicekup atas pentas opera
SEBERANG PERAI – Enam artis budaya warga China dan Singapura diberkas Jabatan Imigresen (JIM) Pulau Pinang ketika sedang mengadakan persembahan di pentas opera di sebuah rumah ibadat di Butterworth, di sini semalam.
Mereka memasuki ke negara ini sebagai pelancong dan dikatakan telah mempromosikan aktiviti di laman media sosial dengan menjalankan aktiviti persembahan opera.
Menurut Pengarah Imigresen Negeri, Nur Zulfa Ibrahim, operasi tersebut dijalankan berdasarkan aduan awam berhubung kehadiran sekumpulan warga asing tanpa permit yang membuat persembahan di pekarangan rumah ibadat terbabit.
“Pemeriksaan yang dijalankan mendapati terdapat enam warga asing lengkap dengan kostum watak masing-masing sedang membuat persembahan.
“Semakan ke atas pasport mendapati mereka hanya diberikan pas lawatan sosial dan tiada sebarang kebenaran yang tercatat di dalamnya.
“Mereka terdiri daripada dua lelaki dan dua wanita Taiwan serta dua wanita Singapura berumur 40 hingga 60 tahun,” katanya di sini, hari ini.
Jelasnya lagi, mereka disyaki telah melanggar syarat-syarat pas selaras dengan peruntukan di bawah peraturan 11(7)(a) Peraturan-peraturan Imigresen 1963.
“Siasatan lanjut akan dilakukan dan sekiranya disabit kesalahan, mereka bakal dikenakan tindakan di bawah Peraturan 39(b) Peraturan-peraturan Imigresen 1963 yang membawa hukuman penjara tidak melebihi enam bulan atau denda tidak melebihi RM1,000 atau kedua-duanya,” ujarnya.
Katanya, berdasarkan peraturan semasa yang sedang berkuat kuasa, mana-mana artis perlu membuat permohonan kepada Agensi Permohonan Penggambaran Filem dan Persembahan Artis Luar Negara (PUSPAL) yang diwujudkan kerajaan sebagai sebuah agensi setempat untuk menyelaras permohonan penggambaran filem dan persembahan artis luar negara.
“Tindakan tegas akan diambil terhadap mana-mana pihak yang melanggar peruntukan di bawah Akta dan Peraturan-Peraturan Imigresen tanpa kompromi” ujarnya. – KOSMO! ONLINE
Artikel Kosmo